Friday, January 28, 2011

KWSP naik gaji berkurang

Agak terkejut baru-baru ni bila tengok gaji yg dapat kurang daripada sebelum-sebelum ni. Ingatkan pasal apa rupa-rupanya baru tau yang kadar kwsp tahun ni naik dari 8 kepada 11 peratus...

Apa hal lak tiba-tiba nak naik. Naik pun bukan nak bagitau awal-awal. Susah la orang macam ni dah la harga minyak, barang, sewa umah semuanya naik...kwsp pun nak naik gak. Itu cukai barang, kereta, rumah tak nak naik gak ke.

Terima kasihlah KWSP dan kerajaan Malaysia kerana menaikkan kadar simpanan dan secara tak lansung mengurangkan gaji kitorang semua. Lepas ni makin tinggi la hutang kad kredit aku berjela-jela.....(dan semakin kaya-rayalah bank-bank kt Malaysia ni)...sigh




3 comments: