Showing posts with label jalan2 | Singapore. Show all posts
Showing posts with label jalan2 | Singapore. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Dari Singapore ke Batam, Indonesia

Di Harbour Bay, kami menaiki ferry untuk Batam...kat sini ada beberapa jenis feri dan harga ptuket pun berlainan. Feri yg kami naik tu kalau tak silap S$23. View sepanjang perjalanan ke Batam sangat cantik dan menarik kerana boleh tengok Singapore dari view yg berbeza tetapi sangat jelas. Kalau tak silap antara tempat yg lalu ialah downtown Singapore, Pulau Sentosa dan kawasan2 yg baru dibangunkan di atas tanah yg ditambak. Sepanjang perjalanan, kami berdiri di luar feri untuk tengok view cantik ni sampailah ke Terminal ferry di Batam. Dalam 1 jam gak la berdiri kat luar tu.

menuju ke Batam



Singapore skyline


Trip Batam

Di Batam terdapat beberapa terminal ferry. Kami naik feri yg berhenti di termnal feri Batam Centre. Dari Batam centre, kami menuju ke Nagoya untuk check in hotel. Nagoya ni adalah kawasan tumpuan di Batam dan merupakan pusat belanja yg mana di sini terdapat banyak hotel dan beberapa pusat membli belah.

Batam Centre 
Malam tu jalan-jalan di sekitar Nagoya, tak sempat pun nak bergambar...masing-masing dah penat dan lapar...haha. Lagipun Batam agak gelap di waktu malam. Jadi tak ada lah gambar-gambar di Batam pada waktu malam..huhu.

Esoknya, kami dah bersiap nak balik...kami di sekejap je, tampai pun sehari...tak sempat pun nak pergi ke tempat yg menjadi tumpuan pelancong seperti Jambatan Barelang yg sangat terkenal di sini. Awal pagi tu, lepas check out hotel, kami ke kedai kek yg menjual kek pisang. Rupanya kek pisang sangat terkenanl sebagai makanan khas Batam...(padahal di Malaysia mana2 pun ada kek pisang)..haha. Tapi kek pisang di sini atasnya diletak pelbagai jenis perisa seperti cokelat dan cheese, macam brownies di Bandung.

Seterusnya sebelum balik sempat singgah di Coastarina, Batam yg merupakan salah satu kawasan perlancongan di Batam. Kawasan ni dibuat theme park dan sebagainya tapi sayang waktu kami datang sini, tempat ni agak kurang terurus. Dari sini boleh nampak jelas view Batam Centre.

Coastarina, Batam


haha
Setelah puas bergambar di sini kami, pun siap untuk balik. Diorang semua balik ke Pekanbaru, Riau naik flight dari Batam sementara aku sorang-sorang balik ke Johor naik boat dari Batam centre..sedih betul..huhuhu. Semoga jumpa lagi di lain masa...seronok dan puas jalan ngan korang semua.

selamat tinggal Batam 









Sunday, June 10, 2012

Trip ke Singapore (final part)

Esoknnya kami ke Marina Bay lagi, tapi kali ni nak Marina by the bay iaitu sebuah taman botani moden yg terletak di sebelah Marina Bay Sands. Sampai sini baru kami tau yg tempat ni tak buka lagi...

Garden by The Bay yg belum dibuka (photo from Inhabitat.com)
Seterusnya kami bercadang ke Merlion Park. Masa ni tanya seorang pegawai (pegawai ni orang putih) macam mana nak ke situ. Ada dua pilihan ialitu samada berjalan dari Marina Bay atau menaiki public transport. Sebahagian kami memilih jalan kaki dan yg lain memilih naik public.

[catatan: foto2 kali ni semuanya hak milik diorang (kebanyakan amik kat facebook je..hehe) sebab kamera dah habis bateri. Sebelum ni, ingatkan boleh lah tumpang charge bateri kat charger diorang rupanya tak boleh, walaupun kamera semuanya canon tapi jenis bateri lain2..huhu]

kusyuk dengar penjelasan (yolah sangat....buat-buat dengar je tu...)
sedia jalan kaki ke Merlion Park (Merlion Park kat belakang tu)
melalui Helix Bridge 
spectacular view from here...cantik betul skyline Singapore dari sini
Dari Manrina Bay, jalan kaki ke Merlion Park akan lalu Jambatan ni iaitu Helix Bridge atau juga dipanggil Jambatan DNA kerana bentuknya. Seterusnya Promenade dan satu lagi jambatan. Akhirnya kami yg jalan kaki sampai dulu di Merlion Park...haha..puas hati, lagipun view kalau jalan kaki sangatlah cantik..hehe

di Merlion Park
Dari sini, kami ke Raffles naik MRT ke Harbour Bay untuk ke Pulau Sentosa.

jalan ke station MRT
di Raffles dekat dengan station MRT
Dari Harbour Bay, naik monorail ke Pulau Sentosa untuk bergambar di depan Universal Studio. Tak masuk pun Universal studio ni sebab takde masa...lagipun mahal dan memang tak becadang nak masuk sini.



Dah habis bergambar, balik ke Harbour Bay nak bertolak ke Batam pula...






Tuesday, June 5, 2012

Marina Bay Sands, Singapore

Dari Orchard naik MRT ke Marina Bay...Marina Bay ialah tarikan terbaru di Singapore yang begitu popular sekarang. Kawasan ni terletak berhampiran dengan Downtown Singapore tak jauh dari Merlion Park. Marina Bay ni terletak di atas pulau buatan dan antara keunikan tempat ni ialah Bangunan Marina Bay Sand iaitu bangunan dengan sebina yg unik dan mengagumkan dan atasnya berbentuk seakan-akan kapal dengan view yg menarik.

Sesiapa yg datang ke sini boleh naik ke atas Marina Bay Sand tu atau dikenali dengan nama skypark. Ingatkan mahal la nak naik atas tu, rupanya 20 dollar je. Nasib baik la tiba2 rasa rajin nak tanya. Akhirnya dapat lah ke atas. Tak pernah lansung pun sebelum ni terpikir dapat naik atas...excited yg teramat sangat betul dapat naik Marina Bay sand skypark ni...hehe.

Marina Bay


depan Marina Bay Sands
dalam plaza
View dari Marina Bay Sands Skypark...kebetulan malam tu ada acara bunga api dan persembahan kat air tu...bernasib baik sungguh..agaknya sebab weekend kot







view dari bridge di bawah

Balik dari sini singgah kejap di Bugis untuk makan, lepas tu balik tidur...haha




Monday, June 4, 2012

Trip ke Singapore (part 1)

Dari Cameron ke KL kemudian dari ke KL ke Singapore naik Air Asia..haha. Tiket ke Singapore ni dah dibeli awal-awal kira-kira 3 bulan lepas lagi. Masa tu ada promo agaknya, harga tiket termasuk tax semua baru RM70 lebih..berbaloi-baloi. Dari LCCT kurang 1 jam sampailah di Budget Terminal Changi International Airport.

mantap betul budget terminal diorang...jauh beza dengan LCCT

Dari budget terminal naik skytrain ke main terminal...free je



Main terminal (kalau tak silap la)


Orchard Road

Di Singapore, kami menumpang di rumah saudara salah seorang dari diorang yg terletak di Ubi Avenue...jadi selamatlah duit hotel kali. Sampai je kemudian terus stesen MRT yg terletak di Eunos untuk ke Orchad Road...Orchad road terkenal sebagai tempat shopping kerana banyak pusat membeli belah di sini ala-ala Bukit Bintang, tapi kawasan Orchad ni lagi besar dan cantik dipenuhi pokok-pokok yg menghiasi jalan..




nyaman lepak sini, pokok berimbun


Besar betul kawasan Orchard road ni, tak larat la nak pusing habis..tu pun banyak gak diorang shopping kat sini, dah puas shopping naik MRT ke destinasi seterusnya iaitu Marina Bay...