Showing posts with label Jalan2 | terengganu. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 | terengganu. Show all posts

Friday, February 18, 2011

TTI River Cruise dan Masjid Kristal

Di Taman Tamadun Islam ni terdapat sebuah masjid cantik yg dibina dari kaca dan keluli serta terletak di atas air iaitu Masjid Kristal

di depan Masjid Kristal
Dekat sini ada beberapa cafe dan salah satunya terletak dekat dengan Masjid Kristal ni. Memandangkan dalam pakej yg kitorang ambik masa tu ada diskaun makan RM3.00 setiap sorang jadi kitorang pun makanlah kat sini sementara nak tunggu naik River Cruise


TTI River Cruise

Elok je kitorang habis makan, orang2 river cruise pun dah panggil kerana boat dah ready nak gerak.

excited sungguh
bergerak meninggalkan Pulau Wan Man
Pulau Duyung
Dari jauh dh nampak bandar Kuala Terengganu di sebelah kiri dan yg kat kanan tu masih lagi Pulau Duyung

Dalam boat ni kitorang je yg bergerak sana sini sebab terlalu excited
Felda Hotel
melalui jambatan yg menghubungkan Pulau Duyung dengan daratan
dah nampak Masjid Kristal menandakan kitorang dah nak sampai di TTI
Seronok betul naik river cruise ni. Jauh gak dia pusing.... memang cukup puas menikmati pemandangan di sekitar Kuala Terngganu ni.


Muzium Kuala Terengganu

Setelah puas menjelajah Taman Tamadun Islam, kitorang pun bergerak meninggalkan Kuala Terengganu nak menuju ke destinasi seterusnya iaitu Kuantan. Tapi sebelum tu, kitorang singgah sekejap bergambar di muzium Kuala Terengganu yg merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara.

dalam gambar tak nampak besar sangat tapi kalau tengok sendiri sangatlah besar





Wednesday, February 16, 2011

Taman Monumen, Taman Tamadun Islam, di Pulau Wan Man

Taman Tamadun Islam (TTI) terletak di pulau Wan Man tak jauh dari Losong (kawasan yg terkenal dgn kepok Losong) dan muzium Terengganu. Taman Tamadun Islam (TTI)ni ialah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh dunia.

kompleks Taman Tamadun Islam (yg belah kanan tu convention centre)
Kat sini kitorang ambil pakej promosi masa tu semperna karnival iaitu pakej termasuk tiket masuk dan keretapi di taman monumen, river cruise dan pakej makan serta cenderamata dengan harga RM20.00.


Taman Monumen

Di taman monumen ni terdapat pelbagai replika masjid dan senibina keagungan Islam. Selain menggunakan keretapi, pengunjung boleh gak menyewa basikal yg terdapat di sini.

kawasan dalam Taman Monumen
Kubah As Shakra (belakang) dan replika Masjid Badshahi, Pakistan (depan)
monumen Taj Mahal
Replika komplek Suleyman, Turkey
monumen masjid Sammara, Iraq
KulSharif, Russia


 taman monumen yg luas
Banyak lagi sebenarnya monumen2 yg ada kat sini selain daripada semua yg di atas. Kalau nak tengok kena la datang sini.





Monday, February 14, 2011

Makan seafood dan menginap di Teluk Ketapang

Malam itu kami memilih untuk makan dan meginap di Teluk Ketapang setelah dicadangkan oleh beberapa penduduk tempatan di sini. Agak susah nak jumpa tempat ni kerana tak banyak (ke takde lansung?) sign board bagitau tenpat ni. Hampir2 putus asa cari tempat ni tapi nasib baik la terjumpak sign board kecik bagitau beberapa km lagi sampai lapangan terbang Sultan Mahmud. Nasib baik la airport ni betul2 terletak di Teluk Ketapang, kalau tak sampai ke sudah la tak jumpa tempat ni.

Memang banyak restoran2 terutamanya yg menjual makanan seafood di sini. Selain itu, terdapat banyak gak tempat penginapan seperti chalet dan homestay. Kiranya memang tak sia-sialah kitorang bersusah payah cari tempat ni. Malam tu kitorang check in di sebuah chalet yg terletak betul-betul dekat dgn lapangan terbang. Selepas itu, kitorang pun pegilah mencari restoran seafood di sekitar sini lagipun memang bercadang nak makan seafood kat Kuala Terengganu ni.

restoran yg menjadi pilihan, Sri Aman Seafood
Makan dengan penuh gembira
menu yg menjadi pilihan
Makanan kat sini memang sedap dan menu yg kitorang pilih ialah ikan kerapu besar masak stim, tom yam seafood, kerabu mangga, kangkung, sotong goreng, 3 laicikang, 1 air mangga semuanya baru RM 59.00. Pastu tambahlagi  kepok lekor RM2.oo yg agak banyak. Memang tak rugi lah makan kat sini, dah la sedap murah pulak tu. Agaknya makanan kt KT ni memang sume murah2 kot. Tempat lain memang tak dapat harga macam ni.


Bergambar dan bersarapan di Teluk Ketapang

Selepas puas tidak terkata makan kat sini, kitorang pun balik ke chalet.  Esoknya pagi2 lagi kitorang checkout untuk pergi ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Sebelum tu kitorang bergambar dulu dan bersarapan di Teluk Ketapang.
pantai Teluk Ketapang yg dilarang mandi
posing-posing

Sarapan kami pagi ni 2 bungkus nasi dagang, 3 nasi berlauk ayam, sekor ikan tongkol masak merah campur minuman dalam RM14.oo. Murah2....






Sunday, February 13, 2011

Restoran terapung MBKT

Tak jauh dari Pasar Payang terdapat sebuah restoran yg terletak di atas air iaitu Restoran terapung MBKT. Memandangkan kitorang memang dah sangat lapar, kitorang pun pegila makan kat restoran ni. Lagipun restoran ni nampak macam menarik je, betul-betul atas air.


Banyak gak pilihan makanan yg terdapat di sini. Selain lauk pauk untuk makan tengahari, ada juga makanan lain seperti mi sup dan makanan goreng. Makanan di sini memang sedap dan yg paling best ialah makan sambil merasai tiupan angin laut pantai timur yg nyaman dengan pemandangan yg cantik.

atas restoran

 

pemandangan ygmenarik
Makanan di sini boleh dikatakan agak murah. Makanan yg kitorang ambik haritu untuk 4 orang termasuk 2 ekor ketam masak merah yg agak besar sekali minuman baru lbh kurang RM24.00. Kat mana lagi nak dapat tempat yg best maam ni dengan hargan makanan yg sangat murah..sedap pulak tu. Rasa menyesal plak tak amik banyak2.
makanan kitorang baru RM24.oo (sekali 2 ekor ketam)
Kesimpulannya, makan  kat sini memang best. Tempat menarik, makanan sedap dan murah. Restoran besar, pemandangan pun cantik. Sesiapa yg pergi Kuala Terenganu singahlah makan di sini....(promote) 






Friday, February 11, 2011

Jalan-jalan di Kuala Terengganu - bandaraya warisan persisir air

Nilah dia Kuala Terengganu, sebuah bandaraya yg cantik. Kalau Kota Bharu mendapat gelaran bandaraya Islam, Kuala Terengganu pula mendapat jolokan bandaraya bandaraya warisan pesisir air. Memang best datang sini ditambah pula dengan kedudukannya yg terletak betul2 di tepi bantai. Nyaman dan layan....

bandar Kuala Terengganu yg dihiasi dgn bunga2 dan hiasan2 yg menarik

Sampai je Kuala Terengganu tempat pertama kitorang pegi ialah Pasar Payang. Pasar Payang terkenal dengan penjualan batik yg pelbagai jenis. Batik di sini betul-betul cantik dan harganya pun jauh lebih murah dari tempat lain. Memang tak rugi la bagi sesiapa yg meminati batik kalau datang ke sini

rambang mata tengok batik2 kt sini
baju yg menjadi pilihan....bolehlah pakai pegi kerja
Setelah puas shoping kat pasar payang ni, kitorang pegi ke satu bangunan ni yg juga menjual kain-kain batik dan benda-benda lain. Bangunannya jauh lebih cantik dan teratur tapi sayang tak ramai orang ke sini.

antara produk yg dijual selain batik
pemandangan dari tingkat atas
  Lepas puas shoping, kitorang bergambar di sekitar area2 ni....semaikin cantik bandar Kuala Terengganu skrg...

kawasan dataran berhampiran dengan pasar payang