Showing posts with label jalan2 | lumut. Show all posts
Showing posts with label jalan2 | lumut. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Food court Lumut Waterfront, Lumut

Beberapa minggu lepas iaitu waktu cuti sekolah, kami sekeluarga pegi ke foodcourt di waterfront Lumut yg teletak dekat dengan Muzium kapal perang TLDM. Waktu ni hari isnin petang, tak banyak kedai yg buka. Tapi nasib baik ada satu kedai yg paling kiri sekali buka plak sebab datang sini pun memang nak makan laksa kat kedai tu.

Laksa kat sini memang sedap dengan kuahnya yg pekat. Selain laksa, ada banyak lagi menu lain yg ada kat sini seperti char kuey teow dan mi udang. makanan-makanan lain kt sini pun sedap juga.

Lagi best plak sebab kali ni dapat duduk kat meja yg teletak betul-betul kat tepi laut mengadap muzium kapal. Ditemani plak dengan angin laut yg sepoi-sepoi bahasa, sungguh nyaman dan selesa (over plak kali ni..hehe). Foodcourt Lumut Waterfront ni terletak di kawasan playground kanak-kanak (bukannya dekat pekan), jadi sangat sesuai la datang bersama keluarga.


muzium kapal perang  KD Rahman




famous playground
waterfront

Saturday, February 18, 2012

Reunion di Teluk Batik

Kali ni reunion di teluk batik, lumut dengan kawan2 masa sekolah dulu. Dah lama sangat tak reunion, biasa kalau bejumpa waktu raya je..masing2 sibuk dengan kerja, kerja plak kat tempat org la katakan.

Waktu ni ada la dalam belas2 gak yg datang. Kira ok la, bukan senang nak kumpul balik setelah dekat 10 tahun habis sekolah. kebanyakan kitorang datang tak mandi pun sebab nak menghabiskan masa bersembang sampai la balik. Seperti biasa gak Teluk Batik ni sentiasa sesak dengan orang terutama waktu cuti umum macam ni.



bbq




membuat aksi di laut....haha




Friday, February 10, 2012

Muzium Kapal TLDM, Lumut dan Marina Island

Dalam beberapa minggu ni banyak betul cuti...haha. Kali ni balik jalan-jalan di sekitar kampung kat Manjung tu je la. Tapi nasib baik la di kampung ni banyak gak tempat pelancongan oleh itu cuti harus digunakan dengan sebaik-baiknya iaitu dengan melancong di tempat sendiri...hahaha

Di Lumut sekarang ada satu lagi tarikan terbaru iaitu muzium kapal perang TLDM yg terletak di Lumut Waterfront. Muzium terapung ni sebenarnya adalah sebuah kapal lama milik TLDM dijadikan muzium sempena Lumut sebagai bandar tentera laut. Kawasan ni sekarang menjadi tumpuan orang ramai kerana di sini gak terdapat sebuah food court tepi laut dan tapak permainan. Sesuai sangatlah pun kalau datang sini seisi keluarga.

muzium kapal TLDM

depan food court
Seterusnya kami pergi ke Pangkor Marina.Island. Di sekitar jeti Marina ni sekarang ada gerai-gerai makan yg dibina atas air. Malam-malam lepak-lepak minum kat sini memang best lah sambil menikmati pemandangan menarik di pulau buatan ni.

kawasan parkin depan jeti marina



Dulu ramai yg jangka bila buka je feri baru kat Marina Island, pekan Lumut akan kurang meriah tapi sebaliknya yg jadi. Dua2 jeti penuh dengan orang dan pekan Lumut tetap sama malah sekarang makin meriah.  Tempat parking di kedua-dua jeti sentiasa penuh. Jeti lama di Lumut tetap jadi pilihan terutama bagi penduduk Pangkor sebab kat sini parking berbumbung. Harga tiket nak ke Pangkor sama je cuma kalau dari Marina Island kurang 10 minit dah sampai Pangkor.


Read previous post about Marina Island:

Monday, September 5, 2011

Beraya di Pulau Pangkor

Raya ketiga baru baru ni kitorang pergi beraya di rumah sorang kawan di Pulau Pangkor. Lansung tak rancang pun main sergah je, nasib baik la sekarang ni ada feri dari marina island tak sampai 10 minit dah sampai ke Pulau Pangkor. Sepatutnya feri tu betolak setiap sejam, tapi sempena cuti dan hari raya ni banyak pulak trip sebab orang ramai, boleh kata setiap 15 minit ada ja boat betolak. Bayaran ialah RM10 sorang pegi dan balik.

Sampai kat Pulau Pangkor kitorang sewa motor. Bayaran sewa motor di sini antara RM20 - RM40. Selain motor, ada gak pengangkutan lain yg lebih popular iaitu van tetapi kalau nak rasa puas menjelajah pulau ni lagi baik la sewa motor...boleh pusing merata sesuka ati dan baru la adventure sikit. hehe

tiba-tiba ja diorang jadi minah rempit
merempit di pulau pangkor
Pantai Teluk Nipah
- Pantai ni adalah pantai yg paling utama di Pulau Pangkor, boleh dikatakan tempat yg wajib dilawati sekirang sampai ke Pulau Pangkor.



Dutch Fort
- Dutch fort atau Kota Belanda ialah tugu pertahanan tinggalan Belanda. Tempat ni terletak di sekitar kawasan kampung oleh itu ramai pelancong yg tak jumpa tempat ni. Ni kali pertama datang sini tupun nasib baik sebab rumah kitorang beraya tu tak jauh dari kota Belanda ni.




Pasir Bogak


Sekitar pekan Pangkor



Dekat pukut 7.30 kiorang pegi ke jeti betolak pulang kerana boat terakhir dari Pulau Pangkor ke Marina Island ialah pukul 7.30 setiap hari.

atas boat meninggalkan Pulau Pangkor

Thursday, July 28, 2011

Bersantai di Marina Island


Beberapa hari lepas pergi kami pergi ke Manjung untuk makan di Restoran Shabu Shabu. Selepas itu kami ke Marina Island iaitu pulau buatan yg semakin popular di Lumut ni. Marina Island ni terletak dekat dengan Teluk Murok dan pangkalan TLDM.

Sampai je sini lepak di kompleks jeti Marina Island…nampaknya makin ramai orang lepak di pulau ni di malam hari tak kira yg melepak bersama pasangan kekasih, rakan-rakan mahupun keluarga. Selain melepak, ada gak pebagai aktiviti riadah di sini yang sesuai sangat untuk kanak-kanak dan orang dewasa 



Selepas itu, kami jalan-jalan sekitar pantai…kat sekitar sini sekarang dah ada banyak gerai-gerai makan…memang ramai yg melepak kat sini.

Yang paling menarik iaah tempat duduk gerai makan yg dibina atas air…ala-ala terapung gitu. Sungguh menarik lepak  minum sambil menikmati pemandangan laut udara yg menyegarkan….




Sunday, May 8, 2011

Teluk Batik, Lumut dan Manjung

Esoknya (2 Mei) tiba-tiba je diajak pergi ke Lumut.Tanpa dirancang terus pergi ke Lumut dari Ipoh kira-kira 1 jam. Detinasi pertama ialah Teluk Batik yg penuh sesak kerana cuti. Pergi begambar je sebab tak bawa baju untuk mandi....sayang gak tak dapat mandi.



Dah puas jalan-jalan di Teluk Batik, kitorang pegi ke Marina Island untuk bergambar. Pulau buatan Marina Island ni kian popular terutamanya untuk bersantai, beriadah bersama keluarga dan juga untuk bergambar terutamanya di jambatan ni yg designnya ala-ala jambatan Putrajaya.



Kemudian pergi ke Lumut naik atas bukit yg ada tulis Selamat datang Lumut dan Pulau Pangkor. Dari atas ni boleh nampak Pekan Lumut, Manjung, TLDM dan Lumut Port.

Pekan Lumut di waktu senja

Malam tu makan di Shabu Shabu stimbot & bbq. Makanan di sini dihidangkan secara buffet dengan harga RM18.90 seorang. Boleh makan apa-apa saja termasuk stimbot, bbq, desert dan banyak lagi makanan-makanan lain. Memang puas dan sangat berbaloi makan di sini.