Showing posts with label Jalan2 | Pahang. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 | Pahang. Show all posts

Sunday, June 3, 2012

BOH tea centre, Sungei Palas, Cameron Highland

Seterusnya kami ke BOH tea centre yang terletak di Sungei Palas tak jauh dari Gunung Brinchang. Sebenanrya walaupun dah selalu datang ke Cameron ni, tapi ni la kali pertama masuk ke BOH centre ni. Selalunya ke Cameron Bharat je. Ramai gak yg tak tau tempat ni, jalan nak masuk kawasan ni agak sempit dan berbengkang bengkok. Ada sesetengah pelancong masuk ke sini jalan kaki berkilometer...rajin betul terutamanya pelanong asing.

View dari sini sangat-sangatlah cantik..tak sia-sia betul datang tempat ni. Di sini ada sebuah cafe BOH yang mana makanan serta minuman kat sini tak la mahal, Jauh lagi murah dari di Cameron Bharat. view pun jauh lagi cantik


sampai sini je la, dah tak larat nak turun sampai bawah





design dalam yang cantik
dalam cafe...best betul minum kat sini...nyaman dan view cantik


camera orang...berangan sekejap

Masa nak balik singgah tempat ni kejap yg terletak tak jauh dari Brinchang, beli oleh-oleh...kawasan ni memang menjadi tempat utama untuk membeli cenderamata, sayur sayur atau apa-apa je untuk dibawa balik


Friday, August 5, 2011

Overnight at Cameron Highland

Baru-baru ni tak sengaja terpergi ke Cameron Highland. Kali ni betul-betul tak dirancang malah tak terpikir lansung pun nak pergi. Niat hati nak lepak je kat mana-mana kat Ipoh ni malam-malam buta. Sampai kat Simpang Pulai tiba-tiba ternampak signboard jalan ke Cameron….Dengan tak fikir apa, terus je masuk ke jalan Cameron Highland tu…huhu.

Dari Ipoh keluar kira-kira pukul 10…bawa slow2 sampai ke Pekan Tanah Rata, Cameron dalam pukul 11.30. .Masa sampai, kebanyakan kedai dah tutup walaupun malam minggu…Nasib baik la  kedai  makan banyak lagi yang buka.




Memang best lepak minum teh kat Cameron ni dengan cuacanya yang sentiasa sejuk dan dingin… kat Cameron ni pegi je mana-mana kedai mesti ada je makanan stimbot dan tomyam..…tempat sejuk macam Cameron ni  sangat sesuai makan makanan2 mcm ni…



Kira-kira pukul 2 kami balik ke ipoh….suka-suka hati je pegi tempat-tempat macam ni ikut suka…haha



Wednesday, May 4, 2011

Cameron Highland di waktu malam

Cuti 1 Mei baru ni pegi ke Cameron highland...tapi waktu tu jalan jam sangat teruk....betolak dari Ipoh pukul 5 kira-kira pukul 8 baru sampai ke pekan Brinchang. Jadi kali ni hanya sempat menikmati malam hari di Cameron Highland sebab malam tu jugak nak betolak balik ke Ipoh.. Cameron Highland waktu cuti ni sangatlah sesak dengan pelancong.

sampai sini dalam pukul 6...waktu ni tak jam lagi

dekat pukul 8 baru sampai Brinchang
makan dulu
jalan-jalan
Brinchang night market
macam-macam ada
Pekan Brinchang
 On the way balik singgah sekejap di kedai bunga....waktu tu dah pukul 11 lebih....singgah je tak beli pun...






Friday, March 11, 2011

Kuantan dan Teluk Cempedak

Entri terakhir untuk trip ke Pantai Timur. Di Kuantan, setelah memusing satu bandar akhirnya kami menginap di sebuah hotel yg terletak betul-betul di tengah pusat bandar Kuantan. Tak jauh dari hotel ni terdapat sebuah masjid besar yang tersegam indah iaitu Masjid Negeri.

pusat bandar Kuantan

Teluk Cempedak

malam itu, kami pegi ke Pantai Teluk Cempedak seperti yg dicadangkan sekiranya berkunjung ke Kuantan. Selain kedai-kedai Melayu ada juga restoran f&b seperti McD dan KFC. Memang best lepak dan makan kat sini sambil menikmati keindahan pantai di waktu malam.

pantai yg cantik dan bersih

Kat sini terdapat  juga tempat rekreasi yg dikenali sebagai Teluk Tongkang. Yang bestnya tempat ni ialah apabila melalui jambatan kayu di atas cerun-cerun berbatu di tepi bukit dengan pukulan ombak deras melalui bawah jambatan di tengah malam pulak tu...(bahasa sungguh nak explain...haha)






Monday, February 21, 2011

Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang

Antara destinasi kami di negeri Pahang ialah Bukit Tinggi. Bukit Tinggi ni sebenarnya terletak tak jauh pun dari KL dan Genting. Di sini terdapat beberapa tarikan menarik seperti Japanese tea garden, golf and Country club, Chateau spa resort, bird park dan yg paling popular ialah Colmac Tropicale. Nak masuk ke Bukit Tinggi Berjaya Hill ni kena bayar RM12.00 setiap seorang.
Chateau Spa Resort
Bird park - bayaran masuk RM3.00
Suasana Perancis di Colmar Tropical Bukit Tinggi

Dibangunakan oleh Berjaya Hill, Colmar Tropical terkenal dengan bangunan-bangunan dan suasananya yang betul-betul terasa seperti berada di Eropah.Di tambah pula dengan suhu di sini yg agak sejuk seperti di Cameron Highland.

Selain hotel, terdapat beberapa cafe dan restoran yg hampir kesemuanya menjual makanan-makanan western seperti pizza, pasta, donut, bakeri dan sebagainya. Makanan di sini agak mahal contohnya pizza kecil berharga RM33.oo dan spageti RM29.oo. Jadi kalau rasa tak berapa nak mampu silalah bawa makanan sendiri.





terdapat beberapa cafe dan restoran
senibina bangunan dan landscape ala Perancis