Showing posts with label Jalan2 | kelantan. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 | kelantan. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Jeli, Kelantan

Dari Sungai Golok, kami bejalan menyebrangi sungai ke Rantau Panjang, Kelantan. Kami berada di Jeli, Kelantan selama 2 malam untuk menghadiri kenduri kahwin kawan baik masa di UM dulu. Kali ni tak jalan sangat la, sibuk dengan persiapan kenduri, bejalan pun di sekitar Jeli je.


di Rantau Panjang menunggu kawan datang ambik


Di Jeli kami menginap di Jelita Inn, sebuah hotel bajet yg dimiliki oleh MRSM Jeli. Tempat ni agak strategik terletak di sebelah MRSM, di tingkat bawah ada kedai-kedai ala-ala R&R sementara tingkat atas pula dijadikan hotel. Bilik yg kami duduk rm50 semalam dan biliknya agak luas dan selesa tapi tak ada aircond. Tak perlu aircond tu, kat sini malam-malam sejuk...lagipun orang sponsor, dah ira bagus sangat dah...haha. Satu lagi jenis bilik ada aircond siap dengan ruang tamu yg luas (ala-ala bilik apartment) dan ada tv astro rm90 semalam, satu bilik muat ramai.


Sebahagian masa kat sini lepak rumah kenduri. Tolongnya tak seberapa, makan je banyak...haha







Kat Jeli ni ada satu pekan tempat membeli belah yg agak popular iaitu Bukit Bunga. Barang-barang kat sini seperti toto, teddybear, bantal, kain batik dan makanan sebahagian besar dari Thailand. Harga barang kat sini pun sangat murah, tak payah pgi rantau panajng pun.



Gambar-gambar kahwin...yg lain sibuk tumpang glamer...hahaha ::p


Sunday, February 6, 2011

Kota Bharu part 2

Malam itu kami becadang makan di Pengkalan Chepa setelah direkomen oleh beberapa penduduk di sini. Sebelum itu sempat lagi jalan2 di KB Mall. Jalan dari sepanjang pusat bandar ke Pengkalan Chepa kelihatan meriah dengan lampu-lampu dan kedai-kedai yg masih dibuka sehingga lewat malam. Kota Bharu memang bandar yg hidup di malam hari. Tak macam Ipoh waktu malam sunyi sepi kecuali kt area Jusco je.

Kat area Pengkalan Chepa memang banyak kedai2 makan yg nampak best. Tapi sebelum tu kitorang singgah dulu kat airport Pengkalan Chepa. Saja nk tgk airport ni yg merupakan antara airport tesibuk di Malaysia.

Tiba2 terperasan lak kedai Hot & Roll ni. Masing2 teringin nak try sebab kt Ipoh takde. Kitorang order pizza dan roti plata
rangup dan sedap hingga menjilat jari

Lepas tu kitorang makan kt sebuah kedai yg ramai orang kat Pengkalan Chepa. Habis makan kitorang betolak ke Wakaf Che Yeh.



Punyalah seronok sampai tak sedar pun waktu tu dah dekat pukul 1 pagi. Dengar kata Wakaf Che Yeh ni tutup pukul 2-3 pagi.


Hari keesokannya ktorang besarapan di sekitar stadium Kota Bharu. Memang banyak kedai2 makan kat sini.  

kawasan stadium KB
Selepas besarapan dan puas bergambar kitorang pun bertolak ke Terengganu.

berangkat meninggalkan Kota Bharu menuju ke Terengganu






Friday, February 4, 2011

Jalan-jalan di Kota Bharu


Masa sampai di Kota Bharu, Kota Bharu waktu tu tengah jam. Agaknya waktu orang rehat sebab hari Ahad di sini ialah hari bekerja. Tapi tak tau la kalau waktu lain pun sama gak. Jam di sini agak teruk dan nak cari parking pun agak susah.

kesesakan lalu lintas di Kota Bharu

Destinasi pertama: makan dan shopping di bazar MPKB

Kalau dh datang Kelantan mestila pekena nasi kerabu

Membeli belah di Pasar Siti Khadijah dan kawasan sekitarnya


Pasar yg paling terkenal di Malaysia, nak gak tau macam mana rupanya. Yg sibuk membeli belah tu tentulah diorang, aku window shopping je la.



kawasan di sekitar pasar


Bergambar di sekitar Istana Kelantan


Gate besar Istana Kelantan



Antara keunikan Kota Bharu yg tak terdapat di tempat lain ialah pergi ke mana-mana akan Nampak tulisan Jawi pada setiap bangunan dan kedai. Tulisan Jawi ni pula terletak di line paling atas dan besar. Nampak tulisan Jawi begitu diutamakan sampaikan perkataan-perkataan bahasa Inggeris dan Cina pun ditulis dalam Jawi. Contohnya perkataan Mc Donals, Parkson, Kota Bharu trade centre, kedai Hock Seng dan lain-lain semua ditulis dalam Jawi.



Thursday, February 3, 2011

Tune hotel Kota Bharu

Inilah dia hotel yg menjadi pilihan kami semasa di Kota Bharu. Hotel ni baru je siap dan dibuka dari beberapa minggu lepas sebab tu ramai yg masih tak tau wujudnya hotel ni. Kelebihan hotel ni ialah harganya harganya yg sangat2 murah tetapi keadaan biliknya setaraf hotel 3 bintang cuma agak sempit je. kedudukannya sgt strategik iaitu di belakang KB Mall.

Harga paling rendah ialah RM45.00 tak termasuk aircond, pakej channel tv dan lain2.Kalau nak yg lain2 boleh tambah mengikut keperluan sendiri seperti tv RM10.00, air cond RM13.00 dan lain2 lagi lah. Aircond tu tak perlu pun sebab biliknya mmg dah sejuk dan kipasnya memang laju. Harga semurah ni mana nak cari kat tempat lain....hotel bajet pun kalah.

Tune hotel yg baru siap dibina
ruang lobby
bilik yg selesa walaupun agak kecil
pemandangan dari bilik hotel