Showing posts with label jalan2 | Hat Yai. Show all posts
Showing posts with label jalan2 | Hat Yai. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Jalan-jalan di sekitar bandar Hat Yai

Beberapa hari terakhir di Hat Yai dipenuhi dengan aktiviti jalan-jalan je di sekitar bandar Hat Yai ni...jalan kaki pulak tu, ntah mana-mana sampai, sesat pun buat tak peduli je...yg penting menjelajah kota Hat Yai..kalau sesat jauh2 pun takdek masalah, tuk-tuk banyak.










Hat Yai di waktu malam


Waktu malam pulak, kitorang banyak menghabiskan masa kat area Central Plaza...kawasan ni memang menjadi pusat tumpuan di Hat Yai pada waktu malam. Kat sini ada banyak kedai-kedai, shopping mall grand2, restoran-restoran dan gerai-gerai makanan halal dan hotel-hotel yg dipenuhi sebahagian besar pelancong Malaysia. Selain tu, banyak gak event-event di buat di sini.

Selain itu, di sekitar ni gak ada banyak kedai-kedai menjual cenderamata dan baju-baju yg murah...sayang betul, tak cukup bajet nak shopping sangat..kitorang beli 2-3 helai je baju Thailand kat sini. Yang pasti lepak2 kat kawasan ni waktu malam memang best la...Bandar Hat Yai sangat meriah di waktu malam




tebeliak tengok udang besar jual tepi jalan je...hahaha
dalam sebuah hotel di sekitar kawasan ni...




Monday, January 9, 2012

Hat Yai Park

Hari seterusnya kami pegi ke Hat Yai park atau lebih tepat Hat Yai municipility park yg terletak di atas bukit tak jauh dari pusat bandar Hat Yai. Di sini terdapat banyak patung-patung Buddha tapi rasanya patung-patung Buddha kat Penang lagi menarik. Antara yg menarik gak kat sini ialah dari sini dapat melihat sebahagian besar kota Hat Yai dan sehingga boleh nampak masjid besar Hat Yai dan laut yg sebenarnya agak jauh.

Kalau nak ke sini boleh naik tuk-tuk, tapi rasanya lebih mudah dan jimat kalau amik transport agency...diorang boleh bawa ke semua tempat menarik yg ada kat atas bukit ni.






masjid besar Hat Yai.....di belakang tu boleh nmpak laut


Hat Yai park cable car

Masa kami datang kereta kabel Hat Yai Park baru je buka Disember lepas... bayaran masuk ialah 200 bath. Di sini gak ada sebuah cafe sangat sesuai lepak2 sambil minum kopi.






Wednesday, January 4, 2012

Trip ke Hat Yai - part 1

Bulan lepas tune hotel buat promosi opening di Hat yai 10 Bath ( dalam RM1) semalam...tak sangka plak try2 kat website diorang 'ter'dapat lak booking 2 malam 20 bath...hehe. Dengar kata ramai yg try tak dapat...betuah betul kali ni. Tambah satu malam lagi jadi 3 malam dalam 500 bath (dalam RM50)..okay, kali ni dapat lah ke Thailand pulak dengan bajet yg sangat ciput.

Pegi ke Hat Yai pada dua minggu lepas betolak dari Ipoh pukul 12.45 naik bas, tiket bas RM45 seorang. Sampai di Hat Yai lebih kurang pukul 7 waktu sana.

cek pasport di Pekan Sadao, Thailand

check in Tune hotel..10 Bath semalam...wahaha

Lepas check in, terus cari makan...dekat2 ngan Tune Hotel ada satu restoran yg nampak cambest dan halal, kitorang pun try la..makanan kat situ memang sedap dan sangat banyak pilihan. Nama restoran Bird Nest

datang ke Thailand mestilah wajib makan tom yam

Dah makan, pegi merayau-rayau di sekitar kota Hat Yai. Tak banyak benda boleh buat, sampai sana pun dah malam. Yang pasti, Hat Yai tetap meriah di malam hari. Kat sana waktu malam sangat happening..best sangat



Gajah kat tengah-tengah bandar



ada banyak gerai makan Melayu/Islam kat Hat Yai ni