Showing posts with label jalan2 | Bandung. Show all posts
Showing posts with label jalan2 | Bandung. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Bandung - Hari terakhir - Galeri Ciumbuleuit, Pasar baru & Kartika Sari


Esoknya bangun awal, menikmati sarapan di hotel. Makanan terlalu banyak, tak larat nak makan. Dah puas makan, kemas barang, check out nak pegi tempat lain pulak. Sebelum tu, tangkap gambar dulu dari

view dari bilik hotel di tingkat 20

depan lobi hotel
Destinasi pertama kami ialah Pasar Baru. Pasar baru adalah tempat belanja paling popular di kalangan pelancong Malaysia di Bandung khusunya yg beragama Islam. Kat sini banyak pakaian2 seperti telekung, baju batik, baju pengantin. Pakaian2 lelaki pun banyak seperti kasut, jaket dan lain-lain lagi. Harga di sini memang sangat murah dan berkualiti.

Gedung Pasar Baru (kanan)
Kira-kira 3 jam lebih jugak la shopping kat sini. Sementara tunggu diorang shopping, ak naik atas tangkap gambar Kota Bandung. Dari tingkat atas boleh nampak sebahagian besar kota Bandung


pemandangan Kota Bandung dari Pasar Baru
Seterusnya kami pergi ke kedai brownies popular di Bandung iaitu Kartika Seri...salah satu tempat wajib di Bandung. Di tingkat 2 dan 3 ada bistro yg mempunyai pelbagai pilihan makanan. Jadi, kami makan tengah hari dulu di sini.

Lepas makan, terus menuju ke airport....

Dalam perjalanan ternampak sejenis kereta kuda y dikenali sebagai Delman

berat hati meninggalkan Bandung, 3 hari 3 malam ke Bandung dan Jakarta mana cukup...huhu

Monday, November 14, 2011

Bandung - Jalan Riau, Dago, dan Cihampelas Walk


Dari Jakarta, tiba di Bandung kira-kira 3 jam lebih melalui jalan tol


Sampai je di Bandung, kami terus makan di sebuah restoran yg agak popular iaitu Karamba Sundanese Bistro yg terletak di sekitar Jalan Riau...makanan di sini sangat sedap dan semestinya wajib order makanan yg paling popular di Bandung ni iaitu ikan gurame (ikan kaloi). Air strawberry dan alpukat (avocado) pun sangat sedap dan pekat....kalau ke Bandung wajib minum dua air ni

ikan gurame yg popular
otak-otak kat sini rasanya lain dari di Malaysia...lagi sedap

Aktiviti seterusnya, shopping di factory-factory outlets sekitar jalan Riau dan Dago...belambak outlet/butik di sepanjang jalan, semuanya dekat-dekat...harga baju-baju branded kat sini sangatlah murah...kebanyakan murah 4-5 kali dari di Malaysia. Beli T-shirt bvlgari kat sini RM20 lebih je...wahaha. Rasanya barang-barang kat sini original, cuma mungkin yg direject dari kilang.. tengok kualiti memang bagus

antara factory outlet di Jalan Riau
Jalan Dago

Sedar-sedar hari pun dah malam, kira-kira pukul 7 kitorang bergerak ke Jalan Ciumbuleuit untuk check in di Galeri Ciumbulueit hotel...sume hotel kami dibooking melelui website airasia, masa booking, tengok hotel ni yg paling murah yg available, harga RM178 semalam...masa booking tak sedar pun hotel ni 4 bintang. Masuk tengok biliknya sangat la luas dan servis memang 4 bintang...ada ruang tamu, dapur..hotel apartment...rasa membazir pulak duduk 2 orang satu bilik..haha.

hotel Galeri Ciumbuleuit

Melepak di Cihampelas Walk

Biasanya orang Malaysia pukul 9 dah balik hotel tidur.Lebih kurang pukul 8 lebih, kitorang saja2 pergi ke Ciwalk (Cihampelas walk)..ingat nak overnight malam terakhir. Kebanyakan kedai di Bandung pukul 9 dah tutup. Nasib baik la tempat ni pukul 11.00 malam.

Cihampelas walk aka Ciwalk
makan di kafe Roppan (Japanese fusion)

menikmati sushi inagari
Kira-kira pukul 11.00 malam jalan kaki dari Ciwalk ke hotel...dalam 20 minit gak la. Banyak je taxi kat sini, tapi saja kitorang jalan kaki. Tak terasa letih pun disebabkan cuaca kat sini yg sejuk dan nyaman.

jalan kaki malam2 buta

Tuesday, November 1, 2011

Bandung – Cihampelas dan Rumah Mode


Hari pertama
Hari pertama, kami menginap di Amaris Cihampelas. Harga hotel agak mahal berbanding biliknya yg kecik. Cuma kedudukannya strategik di tengah jalan Chihampelas. Pukul 7.00 pagi, kami bangun sarapan di sini. Makanan kat hotel ni walaupun ringkas dan tak banyak pilihan tetapi sangat sedap. Antara menu diorang ialah nasi goreng, mee hoon, ayam goreng, omelete dan bubur  semuanya sangat sedap….haha.

nice small restaurant with mini swimming pool

Kemudian kami pergi berjalan di sekitar Jalan Cihampelas. Kawasan ni terkenal dengan outlet-outlet yg menjual jeans tapi jeans kat sini tak semurah di toko tiga. Waktu ni kedai-kedai sume tak buka lagi tapi kami sempat mengambil peluang bergambar di kedai-kedai di sini yg dihiasi patung –patung watak superhero.




 Tak lama lepas tu seorang kenalan dari Indonesia telefon katanya dah sampai kat hotel. Memang sebelum ni dah plan nak jumpa kat Bandung…akhirnya dapat gak berjumpa di sini. Orangnya memang peramah sepeti kebanyakan masyarakat di Bandung ni, ramah, mesra dan mudah didekati. Memang tak puas berbual, banyak sangat cerita untuk dikongsi.

 
Kira-kira pukul 9.00 pagi kami bertolak ke Rumah Mode. Bandung memang terkenal dengan outlet-outlet yg menjual baju-baju branded pada yg sangat murah. Kalau kat Malaysia baju-baju yg sama mau-mau 3-4 kali ganda harga kat sini. Rumah Mode adalah outlet yg paling popular di Bandung ni dan dikalangan pelancong khususnya orang Malaysia. Selain butik, kat sini ada gak banyak restoran dan kedai aksesori.


melepak di salah sebuah kafe di rumah mode....sedap betul mochiato diorang




Monday, October 31, 2011

Trip Bandung & Jakarta - intro

Cuti Deepavali minggu lepas, kitorang pegi bercuti di Bandung dan Jakarta. Harga tiket flight kami agak murah sebab dah beli awal-awal. Pegi balik Kuala Lumpur – Bandung termasuk tax, bagasi dan booking seat tak sampai RM500.

Percutian kami agak pendek iaitu 2 malam di Bandung dan 1 malam di Jakarta. Tapi puas jugak la menjelajah kota Bandung dan Jakarta. Hotel yg kami duduk semua yg bagus-bagus dan terletak kat kawasan yg strategik di area2 pusat membeli belah. Disebabkan waktu pendek kami guna khidmat supir (kereta sewa+driver), kalau nak jimat pakai public je tapi buang masa la. Tempah hotel sendiri dan ambil supir jauh lagi murah la dari guna travel agency. Kalau guna travel agency selalunya diorang bagi hotel yg murah-murah je.

Flight kami sepatutnya pukul 7.15 malam ditunda 3 jam sebab airport Bandung ditutup disebabkan lawatan presiden Indonesia ke Bandung. Jadi kami sampai di Bandung pun dah lewat malam, rugi dah hari pertama.

puas tunggu flight di LCCT
akhirnya, betolak ke Bandung

Secara ringkas ni aktiviti kami sepanjang 3 malam 3 hari di Bandung dan Jakarta:

26/10/2011
12.30 am - malam tiba Bandung, check in hotel Amaris Cihampelas

27/10/2011
7.00 am – sarapan, jalan2 dan begambar di sekitar Cihampelas
9.00 am – shopping di rumah Mode
11.30 am – betolak ke jakarta, singgah makan di R&R di highway
3.30 pm - shopping di Thamrin city, Jakarta
7.00 pm – melawat MONAS (monumen nasional),
8.00 pm – check in hotel maxone.com di Jalan Sabang
9.00 pm – makan/bersiar-siar di Jalan Sabang

28/10/2011
7.00 am – sarapan di sekitar hotel
8.30 am – shopping di Tanah Abang, bersiar-siar di kawasan sekitar, window shopping di plaza Grand Indonesia
12.30 pm – betolak di bandung
3.30 pm – makan di resto Karambe Sundanese food Bistro
5.00 pm – shopping di Jalan Riau
7.30 pm – Jalan Dago
8.30 pm – Check in hotel Galeri Ciumbuleuit
9.00 pm – Jalan-jalan di Cihampelas Walk (Ciwalk)
11.00 pm – Berjalan pulang ke hotel

29/10/11
8.00 am – sarapan
9.00 am – shopping di Pasar Baru
12.30 pm – Kartika Sari
1.30 pm – betolak ke airport