Monday, December 19, 2011

Mutiara Damansara dan Putrajaya

Masa di KL baru ni kitorang lepak di Mutiara Damansara sebab dah lama rindu nak datang sini..hehe. Masa zaman belajar dulu, Mutiara Damansara ni antara shopping mall yg tak ramai orang tapi sekarang dah sesak nak parking pun susah. Suka betul datang tempat ni terutamanya makan di IKEA, makanan paling famous kat sini dah tentulah meatball diorang yg paling sedap di dunia tu (suka2 ja)...selain tu, makanan2 western kat sini betul2 western,sedap dan tak mahal...air pulak boleh refill banyak kali.

di IKEA Mutiara Damansara. datang makan je...haha

dalam food court IKEA

Dah puas makan kat IKEA, lepak kat The Curve.


tengok performance jazz kat The Curve

Dah puas lepak kat Mutiara Damansara (tak puas pun sebenarnya) bergerak ke Nilai. Sementara nak ke Nilai singgah dulu di Putrajaya...Kat Putrajaya ni kawasan kediaman banyak, tapi nak cari kedai makan susah, tak banyak pilihan. Lama gak la berpusing di Putrajaya ni nak cari tempat makan yg okey sikit. Sayang, kawasan perumahan banyak, besar2 tapi kawasan komersil sikit...terlampau planning sangat agaknya.

Malam tu selepas makan lepak sekejap di Jambatan Seri Wawasan, Putrajaya menyaksikan pemandangan Putrajaya di malam hari. Putrajaya memang cantik dan indah dengan lampu2 tapi terlalu sunyi sepi di malam hari. Malam minggu pun sunyi sepi... tunggu ada program apa2 kot baru meriah









Thursday, December 15, 2011

Reunion di UM

Cuti kali ni sempat la lepak di KL...alang-alang dah ada kt KL ni selalu gak la reunion ngan kawan-kawan masa di UM dan GEMS dulu...haha. Nak kata reunion tu, tak de la sangat, setakat contact kawan2 terdekat je yg kebetulan kerja kat KL ni. Sori lah kepada sesapa yg tak sempat diajak sebab tak plan betul2 pun...nanti plan beria takut tak jadi pulak. Diorang sume pun walau masing-masing duduk di KL tapi jarang gak bejumpa.

Sekali tu, tengah malam-malam saje masuk UM pusing-pusing lepas rindu....hehe. Baru je 2 tahun, dah ada beberapa bangunan baru yg dulu tak ada..cantik pulak tu. Sebelum balik begambar dulu wat kenangan...

lepak di Restoran Saba

tempat wajib begambar

depan Dewan Tunku Cancelor

bangunan baru sebelah DTC, design bangunan ni dengar kata direka oleh  student  architecture UM  



Monday, December 12, 2011

Kenanga Wholesale city - Pusat borong fesyen pertama di Malaysia

Baru-baru ni ada satu shopping mall yg baru dibuka di KL iaitu Kenanga Wholesale city. Istimewanya, tempat ni dibina sebagai hab fesyen, pusat textile dan pakaian utama negara. Bangunannya saja setinggi 22 tingkat termasuk tempat parking.

Kenangan wholesale city ni terletak di jalan Kenanga kat area San Peng. Baru tau kat kawasan ni memang banyak kedai baju dan butik-butik walaupaun tak sepopular jalan TAR. Ramai lagi tak tau tempat ni. Kalau nak datang senang je, amik monorail atau LRT star turun kat stesen Hang Tuah. Dari stesen ni, boleh nampak jelas bangunan gedung diorang.




food court non-halal. kafe2 halal ada banyak di tingkat 3 dan ground floor

Level 15, 16 dan 17 masih dalam pembinaan. Rasanya kawasan ni dibuat sebagai tempat pameran, pertunjukan fesyen, event2 dan sebagainya.








Masjid Agung An-Nur dan jalan-jalan di sekitar Pekanbaru

Masjid Agung An-Nur

Tak lengkap kalau ke Pekanbaru jika tak singgah di Masjid Agung An-Nur. Masjid Agung An-Nur ni ialah sebuah masjid besar yg dibina oleh pemerintah Riau. Masjid ni mempunyai halaman yg sangat luas hampir setara dengan halaman Masjid wilayah di KL. Masjid ini terletak betul-betul di tengah kota Pekanbaru iaitu di Jalan Hang Tuah.

Biasa dari bilik hotel memang boleh nampak masjid ni dengan jelas. Pada waktu malam masjid ni kelihatan sangat indah dan bercahaya. Hari akhir kat Pekanbaru baru sempat singgah masjid ni.

Masjid Agung An Nur di Jalan Hang Tuah (gambar oleh Rilham)



halaman masjid yg luas


Jalan-jalan di sekitar Pekanbaru


Hari terakhir sebelum balik, ronda-ronda di Pekanbaru. Sempat la singgah di beberapa tempat seperti Masjid Agung An-Nur. Dah dekat-dekat nak balik tiba-tiba lak hujan. Terpaksa la naik taxi. Ada banyak taxi kat Pekanbaru ni, tapi digalakkan amik taxi Riau Argo (taxi warna kelabu), harganya lebih murah berbanding taxi lain.

Flight petang tu kira-kira pukul 4.10. Baru teringat lansung tak beli apa-apa pun nak buat buah tangan nk bawak balik kampung. Barang-barang kat sini pun sume lebih kurang je mcm kat negara kita. Sebelum balik, diorang bagi sejenis makanan khas riau iaitu bolu kemojo (di Malaysia, bahulu kemboja...haha). Terima kasih banyak ye buat teman-teman di Riau kerana bersusah-payah melayan dan bawa jalan-jalan sepanjang di Pekanbaru ni =)










Friday, December 9, 2011

Pekanbaru di malam hari

Pekanbaru adalah sebuah kota yg meriah di malam hari. Berbeza sangat dengan Bandung yg sunyi di waktu malam, malah Pekanbaru lebih meriah berbanding kebanyakan bandaraya di Malaysia. Banyak kedai-kedai, cafe-cafe, bistro, warung dan gerai-gerai dibuka sehingga lewat malam.

restoran Kayu Manis
banyak minuman pelik kat sini....sedap 


Anjung Seni Idris Tintin di Bandar Serai

Anjung Seni Idris Tintin terletak di Jalan Sudirman dalam sebuah kompleks yg dikenali sebagai Bandar Serai (Bandar Seni Raja Ali Haji). Bangunan megah ini dibina bercirikan seni bina Melayu Riau dan digunakan sebagai pusat petunjukan seni dan kebudayaan. Di Bandar Serai ni pula, terdapat replika rumah2 yg dibina mengikut senibina Melayu bagi setiap daerah di Riau. 

Malam-malam ramai yg melepak di sini. Kawasan luar Anjung Seni ni dibuka kepada orang ramai. Di luar kompleks, ada banyak gerai-gerai makan dan yg paling banyak menjual jagung bakar.

Anjung Seni Idrus Tintin di Bandar Serai



Dah puas lepak sini, ronda2 di sekitar Pekanbaru. Kotanya besar dan meriah di waktu malam. Puas gak meronda di Pekanbaru ni. Dah puas ronda, balik lepak kat hotel. Jalan raya di depan hotel masih sibuk walaupun dah lewat malam.

tugu ikan selais
tugu songket

lepak2 di balkoni hotel di malam terakhir di Pekanbaru...huhu


*gambar oleh Jendry dan sebahagian lagi diambil dari skyscrappercity indonesia







Tuesday, December 6, 2011

Menara Lancang Kuning dan Perpustakaan Soeman HS di Pekanbaru Centre

Kebanyakan pelancong Malaysia kalau ke Pekanbaru tak tau sangat mana nak pergi. Harus diingatkan yg Pekanbaru bukanlah sebuah kota wisata (pelancongan) mahupun pusat belanja sepertimana Bandung. Sebaliknya Pekanbaru lebih terkenal sebagai pusat perdagangan dan pusat kebudayaan Melayu di Sumatera. 
Walaubagaimanapun ada gak beberapa tempat yg boleh dilawati sekiranya ke Pekanbaru. Antaranya Balai Adat Melayu Riau, Masjid Agung An-Nur, Anjung Seni Idrus Tintin, Labersa Waterpark, Menara Lancang Kuning dan Perpustakaan Soeman HS

Balai Adat Melayu Riau

Perpustakaan Soeman HS

Perpustakaan Soeman HS yg terletak di Pekanbaru Centre ialah perpustakaan yg dibina oleh pemerintah Riau. Perpustakaan ini merupakan salah sebuah perpustakaan terbesar dan tercantik di Asia Tenggara. Bangunannya mempunyai senibina yg moden dan menarik dengan ukiran dinding yg menunjukan budaya masyarakat setempat. Dalamnya sangat luas, mempunyai ruang khas seperti auditorium, ruang internet, bilik Melayu dan sebagainya. Di dalamnya juga terdapat pelbagai koleksi buku2 Melayu dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.


dalam perpustakaan


di depan perpustakaan
di depan Monumen Runtuhnya Demokrasi Rakyat Riau


Menara Lancang Kuning

Hari seterusnya, kami melawat Menara Lancang Kuning yg terletak bersebelahan dengan Perpustakaan Soeman HS. Menara Lancang Kuning ialah Pejabat Dinas Gabungan milik pemerintah Riau. Di tingkat paling atas ada sebuah sky garden yg dikenali sebagai Taman Zamrud.

Di sini, semua pelancong dibenarkan mengambil pas untuk naik ke tingkat atas bangunan. Dari atas bangunan, boleh tengok sebahagian besar kota Pekanbaru. Kota Pekanbaru boleh dikatakan antara kota paling terancang dan tersusun di Indonesia. View dari tingkat atas bangunan sangatlah cantik. Sedap betul lepak atas menara ni...rasa macam tak nak turun...haha



Taman Zamrud (roof top garden)



bangunan Menara Lancang Kuning (kiri) dan pejabar Gabenor Riau