Wednesday, May 30, 2012

Trip ke Cameron Highland (part 1)

Trip seterusnya ke Cameron Highland. Kali ni dengan menaiki van persiaran dari Parlo tour Agency di Ipoh. Bayarannya ialah RM400 untuk satu hari day trip ke Cameron Highland sekali dengan driver dan boleh memuatkan hingga 10 orang. Ada agensi lain yg boleh muat sampai 14 orang tapi tengok van Parlo Agency ni agak cantik amik je la, lagipun kami semua 9 orang je.

Destinasi pertama ialah Ladang teh Cameron Bharat yg terletak di hujung ke arah tapah. Singgah sini minum teh sekejap, tapi makanan kat sini agak mahal.


minum dulu



Seterusnya ke Pekan Tanah Rata yg terletak tak jauh dari sini. Pekan Tanah Rata ni ialah pusat pentadbiran bagi daerah Cameron Highland dimana di sini letaknya kebanyakan bangunan-bangunan kerajaan, station bas dan bangunan2 lama dengan seni bina Eropah. Selain hotel, apartment, kat sini ada beberapa cafe termasuk Starbuck dan Marrybrown.

Pekan Tanah Rata

Di Tanah Rata, kami dibawa ke sebuah resort yg terletak di atas bukit untuk bergambar...kat sini betul-betul terasa suasana Eropah dengan bangunan2, hotel dan apartment bersenibina Eropah.






Seterusnya singgah sebentar di Pekan Brinchang untuk solat dan membeli barang2 keperluan selain lepak-lepak sekejap di sini. Rasanya Pekan Brinchang adalah pekan terbesar di Cameron Highland. Pekan Brinchang yg semakin berubah ni terletak hanya beberapa km je dari Pekan Tanah Rata.

makan strawberry dan kuih muih 

di Pekan Brinchang

Melawat Kuala Kangsar - Bandar Diraja

Antara tempat yg sempat dilawati ialah Kuala Kangsar yg terletak kira-kira 30 minit dari Ipoh. Kuala Kangsar sememangnya terkenal dengan jolokan Bandar Diraja bagi negeri Perak. Sampai je Kuala Kangsar terus ke Bukit Chandan iaitu kawasan dimana letaknya istana-istana dan binaan terpenting di Kuala Kangsar ni.

Sampai je sini bergambar depan Pintu masuk Istana Iskandariah iaitu istana rasmi kesultanan Perak sekarang. Risau gak nak bergambar kat depan ni takut kena halau. Lagipun jarang tengok orang bergambar kat sini. Redah je lah



Seterusnya kami ke Istana Kenangan iaitu istana kayu yg terletak tak jauh dari Istana Iskandariah ni. Istana Kenangan yg dah dijadikan muzium ni masih ditutup waktu ni. Waktu ni, kat luar istana banyak pulak anak-anak muda (aka mat2 rempit) bergambar kat sini. Ramai pulak tu, lantak la...kurang2 pandai gak diorang menghargai nilai sejarah...rempit bukan sebarang rempit...haha.



Kalau dah datang ke Kuala Kangsar ni wajiblah singgah solat di Masjid Ubudiah. Masjid Ubudiah ni adalah antara salah sebuah masjid tercantik di Malaysia. Masjid ni walaupun nampak besar tetapi dalamnya kecik je namun tetap cantik dan moden.

Masjid Ubudiah

view Bukit Chandan dari depan Masjid Ubudiah
Seterunya makan di Kedai-kedai makan di tebing sungai Perak dan kemudia menikmati cendol...amat sesuai dengan waktu yg panas skrg ni.

Pekan Kuala Kangsar di waktu malam....


Monday, May 28, 2012

tetamu dari seberang - cuti-cuti Malaysia

Minggu ni, beberapa orang teman dari seberang datang melawat melancong ke sini. Hampir kesemua mereka berasal dari Pekanbaru, Riau termasuk seorang dari Jakarta yg hampir semuanya juga merupakan member skyscrappercity Riau, Indonesia. Di Malaysia, antara tempat yg sempat dilawati ialah KL, Putrajaya, Ipoh, Penang, Kuala Kangsar, Cameron Highland dan seterusnya ke Singapore dan Batam.

Di Ipoh, diorang menginap di Tune hotel yg mana hotel ni dah dibooking sejak awal lagi, jadi dpt la menginap dengan harga yg agak murah iaitu RM 45 semalam. Walaupun menginap di Ipoh, tapi sebahagian besar waktu dihabiskan melawat tempat2 lain seperti Cameron dan Penang. Ada daripada diorang yg dtg awal sikit, jadi sempat la melawat tempat2 seperti Taiping dan Kuala Kangsar.

Ipoh

depan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar
Gurney Drive, Penang
Strait Quay @ Seri Tanjung Pinang
makan di MBI Terrace, Greentown walk, Dataran Ipoh
Sungei Palas, Cameron Highlands
gathering di KLCC





Monday, May 21, 2012

Tune Hotel Ipoh room

Baru-baru ni ada kawan datang melawat Ipoh dan menginap di tune hotel Ipoh. Macam ni lah rupanya dalam bilik di tune hotel ni Ipoh ni. Kecil tapi design cantik, nice dan agak funky berbanding tune hotel di tempat lain. Design yg ala-ala kontemporari gitu. Harga bilik waktu ni rm45 je semalam tak termasuk tv,aircond, shower dan lain-lain yg kalau nak kena la add on. Selain tu, harganya sentiasa berubah setiap hari.




view dari bilik di tingkat 7:

(right click for larger image)

Friday, May 18, 2012

David's Diner, Greentown Ipoh - Truly American food

Kali ni saja-saja nak try la makan kat restoran western yg semakin popular di Ipoh ni iaitu David's Diner. Makanan kat sini betul-betul western dan katanya owner restoran ni ialah seorang rakyat Malaysia yg berkahwin dengan orang America. Tengok yg masak ni pun ialah orang putih. Decoration dalam restoran ni sangat nice, cozy dan terasa la 'kewesternan'ya...haha. Cuma makanan kat sini agak mahal lah, tapi puas hati. Sekali-sekala berhabis makan kat tempat macam ni kira ok la gak

tak sabar tunggu
pembuka selera, roti bun
lamb chop, curly fries, mac & cheese
cheese burger, curly fries, & cappuccino 
steak, mac & cheese, Mexican rice
baked potato, mozzarella burger, salad & strawberry coffee

Lokasi:
Greentown Square (satu block dengan ITP)
Ipoh

Thursday, May 17, 2012

Mydin Mall meru raya, Ipoh - Mydin terbesar di Malaysia

Hari ni (18 Mei 2012) Mydin Mall dibuka secara rasminya di bandar Meru Raya, Ipoh. Mydin ni merupakan Mydin wholesale yg petama di Perak dan terbesar di Malaysia. Dalam Mydin ni memang luas, tetapi masih banyak kedai yg belum buka termasuk pusat bowling dan hiburan/karaoke. Selain pasaraya Mydin, antara kedai-kedai yg ada kat sini ialah Habib, Big Apple, Marrybrown, Wah Chan dan lain-lain. Di tingkat bawah ada sebuah foodcourt yg agak besar dan cantik dikenali sebagai Rasa Village. Pelbagai aktiviti dan promosi menarik telah dirancang sepanjang 3 hari pembukaan ini iaitu dari 18 hingga 20 Mei ini.




pusat hiburan dan bowling yg belum dibuka



*right click and open in new tab for larger images

Tuesday, May 15, 2012

Menikmati cendol popular di Sitiawan

Di sitiawan ada satu gerai cendol yg sangat popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong. Kalau tak silap nama tuan kedai ni ialah James dan skrg diusahakan oleh isterinya. Gerai ni dulunya terletak di depan pasaraya Fajar (sekarang The Store) dan skrg berpindah di depan kuil hindu tak jauh dengan pasaraya The Store. Cendol kat gerai ni memang sedap dan sangatlah poplar, rasanya tak pernah lagi jumpa cendal kat tempat lain yg sesedap sini.




tu dia gambaq Sultan Azlan Shah dan Dato' Tajul Rosli dengan tuan gerai ni



Wednesday, May 9, 2012

Aktiviti riadah di Marina Island, Lumut

Minggu ni balik kampung lagi...bila dah balik je mesti nak besiar-siar jalan-jalan ala pelancong....haha. maklumlah dah tempat sendiri ni kawasan tarikan pelancong.

Kali ni pergi ke Marina Island lagi dengan keluarga dan anak-anak buah. Sampai sini pun dah dekat nak malam. Tempat ni sekarang memang dah jadi tempat melepak, bersantai dan melakukan pelbagai aktiviti riadah yang sihat. Apatah lagi dengan pemandangan di sini yang cantik dan mengadap Pulau Pangkor.

Marina Island
bersiar-siar di marina island

aktiviti untuk si kecil yg baru setahun jagung
tak tau apa nama benda ni, untuk orang dewasa...penat kayuh benda ni
keindahan Marina Island belatarkan Pulau Pangkor
bersantai sambil menyaksikan matahari terbenam kononya
feri terakhir ke Pulau Pangkor (7.30pm)