Showing posts with label jalan2 | penang. Show all posts
Showing posts with label jalan2 | penang. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Layang-layang terbang tinggi (Gurney, Penang)

Minggu lepas ikut abang sekeluarga pegi Penang...saja nak jalan-jalan katanya. Sampai je singgah makan kat queensbay. Nampak kat luar ada orang jual layang-layang, amik la beli satu. Angin kat sini memang sesuai main layang-layang tapi rasa nk main tempat lain. Lepas tu kami terus ke persiaran Gurney.

Rupa-rupanya kami je yg datang main layang-layang kat Persiaran Gurney ni...haha. Rasa menyesal lak tak main kat depan Quensbay je..Walaupun angin kat sini macam nak tak nak je ada, tapi nasib baik la nak juga terbang layang-layang tu. Tinggi pulak tu.







balik dari penang kali ni, kami naik feri plak...rasa excited sebab dah lama tak naik feri

atas feri meninggalkan jeti pulau pinang


menghampiri jetty butterwoth







Wednesday, February 8, 2012

Bukit Bendera, Penang

Hari esoknya kami pegi Bukit Bendera. Di Bukit Bendera sekarang dah ada tram baru, dari bawah ke atas tak sampai 10 minit pun berbanding tram lama dalam 45 minit. Memandangkan waktu ni cuti umum, jadi penuh sesaklah orang kat atas Bukit Bendera. Pemandangan dari atas Bukit Bendera sangatlah cantik, boleh tengok sebahafian besar Pulau Pinang yg dipenuhi dengan bangunan pencakar langit. Dari sini gak dapat lihat jambatan Pulau Pinang yg merupakan salah satu jambatan terpanjang di Asia.





Kat atas ni, pelancong boleh naik tangga ke ke atas bukit kecil. Di atas ni terdapat beberapa rumah ibadah seperti masjid kecil dan kuil Hindhu. Selain itu, di atas ni ada sebuah meriam lama dan juga beberapa gerai yg menjual makanan dan cenderamata.



Di bukit Bendera ni jugak aa beberapa restoran seperti Strawberry Hill yg mana pemandangan dari restoran ni sangatlah cantik dan jelas. Tapi harga makanan kat sini agak mahal la...

di restoran Strawberry Hill...tak makan pun kt sini...haha


View dari Bukit Bendera

area George town

area Gurney

area Balik Pulau

* untuk gambar yg lebih besar, tekan right click dan open in new tab

Saturday, February 4, 2012

Straits Quay, Seri Tanjung Pinang, Penang

Dari Kedah ke Penang kemudian datang ke Straits Quay. Rasanya masih ramai yg tak tau tempat ni. Straits Quay ni terletak di Seri Tanjung Pinang area antara Gurney dan Batu Feringgi, Pulau Pinang dan mula dibuka awal tahun lepas kalau tak silap. Ada kawan orang Penang pun tak tau...hehe.

Yg bestnya datang sini kerana tempat ni terasa seperti berada di marina kat luar negara...(macam la penah pegi, perasan je lebih...haha). Selain marina, kat sini ada shopping centre yg agak menarik dengan kedai2 yg super brand (aka tak mampu), stage atas air, convention centre dan art gallery.








Dah alang-alang, kitorang datang amik kesempatan la makan kt sini. Restoran kat sini pun semestinya kelas-kelas. Tapi ada gak la yg boleh tahan macam subway dan secret recipe. Restoran lain kat sini ialah seperti dome, blue rich, Charlie Brown cafe (1st in Malaysia) starbuck, pappa rich, Aseana cafe, Heally Mac's dan sebagainya. Best betul makan tepi marina tambah plak dengan makanan western yg ala-ala dalam masterchef...haha.


Waktu malam di Straits Quay memang best dan lagi meriah... nasib baik masa datang memang dah dekat nak malam...dapat la merasa lagi suasana malam kat sini.





Next entry: Bukit Bendera

Sunday, July 3, 2011

Pasar Chowrasta, Penang

Seterusnya kami singgah di Pasar Chowrasta yg terletak di tengah-tengah bandar Georgetown. Tempat ni terkenal dengan pelbagai jenis jeruk yg dijual di sini dan sangat popular terutamanya kepada kaum perempuan. Dekat-dekat kawasan ni ada gak gerai-gerai makanan seperti cendol, pasembur dan sebagainya.

Pasar Chowrasta ni lokasinya terletak di hadapan ibu Pejabat Polis Kontigen Penang. Kalau dari KOMTAR boleh jalan kaki je datang sini....

nilah pasar Chowrasta

kawasan sekitar pasar

pelbagai jenis jeruk
gerai-gerai makanan sebelah pasar
gembira setelah puas membeli belah






Thursday, June 30, 2011

bergambar di Persiaran Gurney

Seterusnya kami bergerak menuju ke Persiaran Gurney.....tempat yg paling sesuai untuk bergambar dan menikmati pemandangan Pulau Pinang berlatarkan pantai dan bangunan-bangunan pencakar langit.



Sampai je sini terus pekena pasembur dan laksa penang...banyak gerai makanan di sini samada yg halal mahupun yg tidak halal...pasembur kat sini tak sesedap di Padang Kota tetapi harganya jauh lebih murah.

setiap sorang amik macam bukit....tak hingat

Selepas itu, melepak dan bergambar di tepi pantai sekitar prsiaran Gurney....aktiviti wajib


 



Kemudian bergambar ala-ala model.....ternyata yg kami ni berbakat dan fotogenik...hehehe....jangan marah


Ni pulak wajah-wajah kegembiraan.......ntah apa la yg hepi sangat depa ni....haha






Monday, June 27, 2011

LADAP di Pulau Pinang

sebagai penjawat awam yg bergelar guru, adalah diwajibkan menghadiri kursus Latihan dalam perkhidmatab atau lebih dikenali sebagai LADAP pada setiap tahun... wahaha... tiba-tiba je skima bagai...sebenarnya nak cerita yg slalunya LADAP ni dibuat di sekolah je dengar2 ceramah tak pun kena baca buku...tapi kali kami sangat la bertuah kerana LADAP kali ni dibuat di Pulau Pinang dan ditaja oleh alumni SMJK Yuk Choy (sekolah tempat kitorang mengajar di Ipoh).

LADAPnye 1 jam lebih je, yg lain tu sume program bejalan je semata-mata. Masa ni la terasa betapa seronoknya menjadi cikgu....eh silap, slalu je rasa seronok jadi cikgu walaupun dapat anak2 murid yg sangat2 nakal...mana taknya selalu je cuti , dinner, jalan...haha (saja bagi korang jeles....banyak je beban jadi cikgu ni)

Sampai je di Pulau Pinang destinasi pertama ialah Quensbay Mall.....punyalah banyak tempat best kat Pulau Pinang ni, shopping mall juga menjadi pilihan mereka...dah la masa ni gaji tak masuk lagi....lantak la, yg penting kita enjoy....bak kata sorang cikgu di sini....lawak betul ....masa ni la perangai cikgu mengalahkan anak murid....dah la dalam bas riuh rendah....wahaha

bergambar di depan Quensbay Mall

tuu dia cikgu...hangpa ingat hangpa model
dalam Quensbay Mall
kan betul....mengalahkan anak murid

makan dulu

dalam restoran T-bowl, restoran berbentuk tandas

Seterusnya, kami pergi ke SMJK Chung Ling yg terletak air hitam...ni la tempat kursus LADAP ni diadakan....tujuannya ialah mempelajari pendekatan sistem pelajaran di sekolah ini. Sekolah ni merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia, banyak pencapaian akademik dan juga luar akademik yg dikecapi sekolah ni di peringkat nasional mahupun antarabangsa....kawasan sekolah ni sangat luas dan pengurusan sekolah sangatlah teratur

Lepas dengar ceramah, kami melawat sekitar sekolah ni, antaranya ke menara observatory  astronomi yg digunakan oleh kelab astronomi sekolah ni....kagum betul, sekolah menengah pun ada menara observatory sendiri
 
dalam menara
Dah puas berjalan di sekitar sekolah yg sangat besar ni, kitorang  pun bergambar beramai-ramai di dewan besar SMJK Chung Ling

guru-guru SMJK Yuk Choy di SMJK Chung Ling