Thursday, January 31, 2013

Sepetang di Bukit Merah Laketown

Dah agak lama tak update blog..agak takde mood berblog sejak akhir2 ni. Nak kata sibuk sangat tak gak. Ntah la.
Kali ni sekali lagi melawat Bukit Merah dan macam dulu gak singgah kejap2 je. Tak mandi pun. Yang bagusnya kat sini, walaupun sekadar singgah tapi ada je aktiviti yg boleh dibuat sambil mengadap tasik bukit merah yg besar tu.


depan chalet Kampung air

hujan lah pulak,,,tak sah lah sekitar taiping ni kalau tak hujan

Antara aktiviti yg boleh dibuat kat sini ialah naik chairlift. Walaupun tak mandi, sekurang-kurangnya dapat tengok orang mandi-manda kat waterpark bila naik benda ni.





Sebenarnya banyak lagi aktiviti boleh wat kat sini. Antaranya melawat pulau orang utan, skycycle, berkayak, eco park, mini safari dan lain-lain lagi. Mungkin lain kali je lah kot, datang pun sekadar singgah je. Sebelum balik, nyopping dulu







Thursday, January 3, 2013

Jalan-jalan di Kinta Riverfront - tarikan terbaru bandaraya Ipoh

Sekarang ni di Ipoh ada satu lagi tarikan terbaru iaitu Kinta riverfront yg semakin popular menjadi tempat lepak dan berkumpul di waktu malam. Kedudukannya sangat strategik terletak betul-betul di tengah pusat bandaraya Ipoh di antara old town (pekan lama) dan new town. Projek Kinta riverfront ni sebenarnya dah lama iaitu kedudukannya di sungai Kinta belakang sekolah St.Micheal yang mana masa tu cuma ada satu food court je tapi sekarang dipanjangkan sampai ke Taman DR.

Sepanjang sungai ni ada banyak pokok-pokok berlampu ala-ala I-city kat Shah Alam. Waktu malam tempat ni sekarang memang cantik betul. Di sepanjang sungai ni juga akan ada banyak cafe-cafe dan restoran yang baru je siap dibina. Setakat ni yang dah dibuka ialah cafe Haagen Dazz, restoran Arab Hadramout Paradise dan beberapa restoran makanan cina. Selain tu ada beberapa jambatan yang dibuat dengan rekaaan mengikut beberapa jambatan popular di dunia. Kalau sesapa yg datang Ipoh lepas ni wajib la datang ke sini. Yang pasti memang best lepak kat sini, setiap malam makin meriah. 

sungai Kinta yg dihiasi lampu-lampu dan cahaya


salah satu jambatan yg ada kat sini



seberang sungai
Kinta riverfront hotel & apartment