Showing posts with label jalan2 | perak. Show all posts
Showing posts with label jalan2 | perak. Show all posts

Sunday, June 17, 2012

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Baru-baru ni ada kawan datang melawat ipoh....ntah kenapa sejak ahir-akhir ni ramai pulak la yg datang melawat Ipoh yg takde apa ni..haha. Antara tempat yg kami pergi ialah Taman Rekreasi Gunung Lang. Gunung Lang ni terletak di jalan Kuala Kangsar dekat je dengan highway...

Masuk ke sini perlu bayar boat RM3.00 sorang untuk ke seberang tasik. Pemanangan kat sini sangatlah cantik...dah tak rasa macam kat ipoh lagi dah...haha. Masa kami datang ni agak ramai orang mungkin disebabkan cuti sekolah. Selain Gunung Lang ni, di sini ada satu air terjun buatan yg boleh dilihat dari highway dengan tulisan Taman Rekereasi Gunug Lang.






naik ke atas menara
view dari atas menara


air terjun buatan




Friday, February 10, 2012

Muzium Kapal TLDM, Lumut dan Marina Island

Dalam beberapa minggu ni banyak betul cuti...haha. Kali ni balik jalan-jalan di sekitar kampung kat Manjung tu je la. Tapi nasib baik la di kampung ni banyak gak tempat pelancongan oleh itu cuti harus digunakan dengan sebaik-baiknya iaitu dengan melancong di tempat sendiri...hahaha

Di Lumut sekarang ada satu lagi tarikan terbaru iaitu muzium kapal perang TLDM yg terletak di Lumut Waterfront. Muzium terapung ni sebenarnya adalah sebuah kapal lama milik TLDM dijadikan muzium sempena Lumut sebagai bandar tentera laut. Kawasan ni sekarang menjadi tumpuan orang ramai kerana di sini gak terdapat sebuah food court tepi laut dan tapak permainan. Sesuai sangatlah pun kalau datang sini seisi keluarga.

muzium kapal TLDM

depan food court
Seterusnya kami pergi ke Pangkor Marina.Island. Di sekitar jeti Marina ni sekarang ada gerai-gerai makan yg dibina atas air. Malam-malam lepak-lepak minum kat sini memang best lah sambil menikmati pemandangan menarik di pulau buatan ni.

kawasan parkin depan jeti marina



Dulu ramai yg jangka bila buka je feri baru kat Marina Island, pekan Lumut akan kurang meriah tapi sebaliknya yg jadi. Dua2 jeti penuh dengan orang dan pekan Lumut tetap sama malah sekarang makin meriah.  Tempat parking di kedua-dua jeti sentiasa penuh. Jeti lama di Lumut tetap jadi pilihan terutama bagi penduduk Pangkor sebab kat sini parking berbumbung. Harga tiket nak ke Pangkor sama je cuma kalau dari Marina Island kurang 10 minit dah sampai Pangkor.


Read previous post about Marina Island:

Sunday, January 29, 2012

Bukit Merah Laketown - Ecopark dan Wheelchair

Cuti baru-baru ni, kami sekeluarga pegi ke Bukit Merah Laketown yg terletak di daerah Kerian, Perak. Biasanya pelancong kalau datang ke Bukit Merah untuk mandi mandi di waterpark, tapi kami kali ni pegi untuk mencuba aktiviti lain pulak.

Banyak aktiviti lain lagi yg boleh dibuat kalau datang ke sini selain mandi di waterpark antaranya melawat pulau orang utan, kayak, indoor games, wheelchair, ecopark dan banyak lagi. Selain tu terdapat pelbagai pilihan chalet, hotel atau apartment untuk pelancong yg memilih menginap di sini.



Antara yg menarik kat sini ialah Ecopark. Kat sini ada sebuah mini zoo dan pelawat boleh memilih untuk jalan kaki atas jambatan atau naik Skycycle rides. Banyaran untuk naik skycicle ni RM6.00 seorang. Benda ni kena kayuh pakai tangan, seronok gak naik benda ni.

Yg kat depan tu chalet Kampung air




Lepas tu naik wheelchair dengan bayaran RM7.00 seorang. Dari sini boleh nampak pemandangan yang cantik dan orang mandi manda kat waterpark. Sayangnya masa kami naik, waterpark dah nak tutup..tinggal berapa kerat je yg ada kat waterpark tu.


waterpark

Datang ke sini semangnya satu pengalaman yg menarik. Banyak lagi aktiviti lain yg boleh dicuba. Yang pastinya, Bukit Merah Laketown betul-betul menepati temanya sebagai premier eco-tourism destination in Malaysia





Friday, January 20, 2012

2012 Tahun Melawat Perak

Tahun 2012 telah diisytiharkan sebagai tahun melawat Perak. Banyak program dah dirancang untuk menarik lebih ramai pelancong ke Perak dan banyak hotel baru telah dan akan dibuka pada tahun ni. Antaranya yg baru dibuka ialah Kinta Riverfront Hotel (5 bintang), MH hotel (4 bintang) dan pelbagai hotel bajet yg akan dibuka tak lama lagi temasuk salah satunya Tune hotel (mulai March).

Perak semeangnya kaya dengan tempat pelancongan menarik dan syurga makanan.


Secara ringkas, antara tempat menarik yang boleh dilawati di negeri Perak:


1. Daerah Manjung
    - Pulau Pangkor, Teluk Batik, Marina Island, Lumut waterfont, Hutan paya bakau, Pantai Segari

2. Daerah Larut Matang (Taiping)
    - Taiping bandar warisan, Taman Tasik Taiping, zoo Taiping & Night Safari, Bukit Larut/Maxwell Hill, Kuala Sepetang

3. Bandaraya Ipoh
    - Historical buildings at Old town (pekan lama), Gunung Lang recreation park, Dataran Ipoh, Lost World Tambun

4. Daerah Kuala Kangsar
    - bandar diraja Kuala Kangsar, Sayong, Lata Ulu Kenas

5. Hulu Perak
    - Tasik Banding, Hutan Royal Belum

6. Daerah Batang Padang
    - Sungai Klah Hot Spring, Proton city

7. Hilir Perak (Teluk Intan)
    - Menara Condong Teluk Intan

8. Daerah Perak Tengah
    - Pasir Salak historical complex, UTP

9. Kerian
    - Bukit Merah Laketown

10. Kinta Barat (Batu Gajah)
      - Kellie Castle, Muzium kapal korek, Taman Herba Perak

11. Kinta Selatan (Kampar & Gopeng)
      - Gua Tempurung, Kampar Westlake, Bandar Baru Kampar, Gopeng rainforest

bandaraya Ipoh
Pulau Pangkor
Taman Tasik Taiping (foto dari jhazkitaro.blogspot)


Friday, October 21, 2011

Keindahan Kampar Westlake @ Bandar Baru Kampar

Di Kampar terdapat sebuah tasik yg cantik dikenali sebagai Kampar Westlake. Kampar Westlake terletak di Taman Bandar Baru Kampar dan dekat dengan pintu masuk utama Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR). Pemandangan dari ini sangat cantik dan dari sini boleh nampak sebahagian bandar baru, UTAR dan Kolej TAR. Ramai pelajar UTAR dan penduduk sekitar beriadah di sini setiap hari.



UTAR (kiri) dan Kolej TAR (kanan)



rumah-rumah mengadap tasik yg menjadi kediaman pelajar  UTAR

Untuk post sebelum ni tentang Bandar Baru Kampar sila klik:




Friday, October 7, 2011

Bersiar-siar di Old Town/Pekan Lama Ipoh di waktu malam

Salah satu tempat yg menarik untuk lepak di waktu malam di Ipoh ni ialah di sekitar padang Ipoh. Kawasan ni dikenali sebagai pekan lama atau old town Ipoh. Nama old town white coffee memang berasal dari sini yg dari dulu terkenal dengan kopinya.

Kawasan ini sangat menarik kerana dikelilingi bangunan-bangunan dan senibina kolonial yg masih asli dan terjaga. Suasana kat sini kadang2 terasa seperti berada di eropah....hehe. Waktu siang di sini agak sesak dan susah nak parking tetapi waktu malam agak lengang.

Sekarang makin ramai orang datang sini samada untuk bergambar atau membuat aktiviti lain seperti bersiar-siar, main bola sepak, kereta kontrol, menunggang bike dan sebagainya. Seronok gak lepak sini malam-malam di tambah dengan suasana yg romantis...

ala-ala eropah gitew...haha




ntah basikal sapa2 la diorang kebas untuk bergambar...




Monday, July 18, 2011

Melawat Kellis caslte di Batu Gajah

Minggu ni tak tau nak buat apa....niat hati nak kluar makan je...tengah-tengah makan kat Tesco Station 18 haritu tetiba lak terpikir nak melawat Kellis Castle kat Batu Gajah....dah semua setuju kami pun pegi jela...senang tak? haha...memang selalu macam ni pun, nak pegi mana-mana ikut suka hati je

Kellis castle terletak di antara jalan Batu Gajah menuju ke Gopeng tak jauh je dari Pekan Batu Gajah...bayaran masuk RM4.oo seorang. Tempat ni sesuai gak untuk bergambar terutamanya untuk pasangan pengantin dan jurugambar profesional...masa kitorang pegi pun memang banyak pasangan pengantin bergambar di sini...

depan pintu masuk

antara tempat popular untuk shoot foto

ke bilik bawah tanah...dalam bangunan ni banyak gak bilik dan terowong bawah tanah rahsia

menuju ke menara tingkat 3 dan 4

bersantai di atas bumbung

pemandangan dari atas sekali

Gambar-gambar di sekitar Pekan Batu Gajah di malam hari....

menara jam
kawasan pentadbiran daerah Batu Gajah