Showing posts with label jalan2 | Riau. Show all posts
Showing posts with label jalan2 | Riau. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Masjid Agung An-Nur dan jalan-jalan di sekitar Pekanbaru

Masjid Agung An-Nur

Tak lengkap kalau ke Pekanbaru jika tak singgah di Masjid Agung An-Nur. Masjid Agung An-Nur ni ialah sebuah masjid besar yg dibina oleh pemerintah Riau. Masjid ni mempunyai halaman yg sangat luas hampir setara dengan halaman Masjid wilayah di KL. Masjid ini terletak betul-betul di tengah kota Pekanbaru iaitu di Jalan Hang Tuah.

Biasa dari bilik hotel memang boleh nampak masjid ni dengan jelas. Pada waktu malam masjid ni kelihatan sangat indah dan bercahaya. Hari akhir kat Pekanbaru baru sempat singgah masjid ni.

Masjid Agung An Nur di Jalan Hang Tuah (gambar oleh Rilham)



halaman masjid yg luas


Jalan-jalan di sekitar Pekanbaru


Hari terakhir sebelum balik, ronda-ronda di Pekanbaru. Sempat la singgah di beberapa tempat seperti Masjid Agung An-Nur. Dah dekat-dekat nak balik tiba-tiba lak hujan. Terpaksa la naik taxi. Ada banyak taxi kat Pekanbaru ni, tapi digalakkan amik taxi Riau Argo (taxi warna kelabu), harganya lebih murah berbanding taxi lain.

Flight petang tu kira-kira pukul 4.10. Baru teringat lansung tak beli apa-apa pun nak buat buah tangan nk bawak balik kampung. Barang-barang kat sini pun sume lebih kurang je mcm kat negara kita. Sebelum balik, diorang bagi sejenis makanan khas riau iaitu bolu kemojo (di Malaysia, bahulu kemboja...haha). Terima kasih banyak ye buat teman-teman di Riau kerana bersusah-payah melayan dan bawa jalan-jalan sepanjang di Pekanbaru ni =)










Friday, December 9, 2011

Pekanbaru di malam hari

Pekanbaru adalah sebuah kota yg meriah di malam hari. Berbeza sangat dengan Bandung yg sunyi di waktu malam, malah Pekanbaru lebih meriah berbanding kebanyakan bandaraya di Malaysia. Banyak kedai-kedai, cafe-cafe, bistro, warung dan gerai-gerai dibuka sehingga lewat malam.

restoran Kayu Manis
banyak minuman pelik kat sini....sedap 


Anjung Seni Idris Tintin di Bandar Serai

Anjung Seni Idris Tintin terletak di Jalan Sudirman dalam sebuah kompleks yg dikenali sebagai Bandar Serai (Bandar Seni Raja Ali Haji). Bangunan megah ini dibina bercirikan seni bina Melayu Riau dan digunakan sebagai pusat petunjukan seni dan kebudayaan. Di Bandar Serai ni pula, terdapat replika rumah2 yg dibina mengikut senibina Melayu bagi setiap daerah di Riau. 

Malam-malam ramai yg melepak di sini. Kawasan luar Anjung Seni ni dibuka kepada orang ramai. Di luar kompleks, ada banyak gerai-gerai makan dan yg paling banyak menjual jagung bakar.

Anjung Seni Idrus Tintin di Bandar Serai



Dah puas lepak sini, ronda2 di sekitar Pekanbaru. Kotanya besar dan meriah di waktu malam. Puas gak meronda di Pekanbaru ni. Dah puas ronda, balik lepak kat hotel. Jalan raya di depan hotel masih sibuk walaupun dah lewat malam.

tugu ikan selais
tugu songket

lepak2 di balkoni hotel di malam terakhir di Pekanbaru...huhu


*gambar oleh Jendry dan sebahagian lagi diambil dari skyscrappercity indonesia







Tuesday, December 6, 2011

Menara Lancang Kuning dan Perpustakaan Soeman HS di Pekanbaru Centre

Kebanyakan pelancong Malaysia kalau ke Pekanbaru tak tau sangat mana nak pergi. Harus diingatkan yg Pekanbaru bukanlah sebuah kota wisata (pelancongan) mahupun pusat belanja sepertimana Bandung. Sebaliknya Pekanbaru lebih terkenal sebagai pusat perdagangan dan pusat kebudayaan Melayu di Sumatera. 
Walaubagaimanapun ada gak beberapa tempat yg boleh dilawati sekiranya ke Pekanbaru. Antaranya Balai Adat Melayu Riau, Masjid Agung An-Nur, Anjung Seni Idrus Tintin, Labersa Waterpark, Menara Lancang Kuning dan Perpustakaan Soeman HS

Balai Adat Melayu Riau

Perpustakaan Soeman HS

Perpustakaan Soeman HS yg terletak di Pekanbaru Centre ialah perpustakaan yg dibina oleh pemerintah Riau. Perpustakaan ini merupakan salah sebuah perpustakaan terbesar dan tercantik di Asia Tenggara. Bangunannya mempunyai senibina yg moden dan menarik dengan ukiran dinding yg menunjukan budaya masyarakat setempat. Dalamnya sangat luas, mempunyai ruang khas seperti auditorium, ruang internet, bilik Melayu dan sebagainya. Di dalamnya juga terdapat pelbagai koleksi buku2 Melayu dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.


dalam perpustakaan


di depan perpustakaan
di depan Monumen Runtuhnya Demokrasi Rakyat Riau


Menara Lancang Kuning

Hari seterusnya, kami melawat Menara Lancang Kuning yg terletak bersebelahan dengan Perpustakaan Soeman HS. Menara Lancang Kuning ialah Pejabat Dinas Gabungan milik pemerintah Riau. Di tingkat paling atas ada sebuah sky garden yg dikenali sebagai Taman Zamrud.

Di sini, semua pelancong dibenarkan mengambil pas untuk naik ke tingkat atas bangunan. Dari atas bangunan, boleh tengok sebahagian besar kota Pekanbaru. Kota Pekanbaru boleh dikatakan antara kota paling terancang dan tersusun di Indonesia. View dari tingkat atas bangunan sangatlah cantik. Sedap betul lepak atas menara ni...rasa macam tak nak turun...haha



Taman Zamrud (roof top garden)



bangunan Menara Lancang Kuning (kiri) dan pejabar Gabenor Riau





Monday, December 5, 2011

Bangkinang, Kampar, Riau - bumi serambi Mekah


Esoknya kitorang bergerak ke kota Bangkinang yang terletak di Kampar, Riau. Niat asal nak pegi Siak Sri Inderapura, tapi disebabkan masalah bekalan minyak di sana, maka kami pegi Bangkinang yg lebih dekat. Orang Malaysia kalau pergi ke Riau memang selalunya akan melawat kota Siak Sri Inderapura.

Kota Bangkinang terkenal dengan jolokan bumi serambi Mekah bagi wilayah Riau. Di sini terdapat banyak masjid dan sebuah masjid besar dan penduduknya memang kuat pegangan agama. Masyarakat keturunan suku Kampar yg banyak di negeri Pahang dan Perak di Malaysia semangnya dipercayai berasal dari sini.

Islamic centre - Masjid besar milik pemerintah Kampar + madrasah



Minum dulu di sekitar masjid di kota Bangkinang....penat diorang bawa aku ke tempat ni..sampai demam2..Terima kasih banyak ye =)



Seterusnya, kami melawat di kawasan2 kampung di Kabupaten (daerah) kampar ni. Rumah-rumah di sini hampir sama dengan rumah-rumah yg terdapat di kampung2 di Malaysia.

sebijik macam rumah-rumah kat Malaysia
rumah tradisional Melayu Kampar...kalau perasan, di perak pun ada gak  rumah yg atapnya nak sama  macam ni

Berhampiran dengan pusat kota bangkinang, terdapat sebuah kawasan pentadbiran yg dikenali sebagai Bukit Candika. Hampir semua kompleks dan pejabat pemerintah Kampar terletak di sini termasuk sebuah stadium
PON (Pekan Olahraga Nasional). Bangunan-bangunan di sini semuanya mempunyai design Melayu kampar dan moden...





Dah lewat petang tu kitorang pun balik ke Pekanbaru

politeknik Kampar yg terletak di jalan antara kampar ke pekanbaru




Saturday, December 3, 2011

Trip ke Pekanbaru, Riau - Kota Bertuah - part 1

Ahad baru ni (27/11) melawat Pekanbaru yg terletak di wilayah Riau, Sumatera tengah.  Provinsi Riau ialah wilayah yg paling kental jati Melayu di Indonesia malah tidak keterlaluan kika dikatakan wilayah Riau lebih kental Melayu dari Malaysia. Majoriti penduduknya keturunan Melayu Riau, Cina, Minang dan sebagainya. Riau terkenal dengan jolokan Bumi Melayu Negeri Lancang Kuning.

Dari KL naik flight AirAsia, betolak pukul 4.10 ptg sampai di airport Pekanbaru lebih kurang 40 minit. Flight dipenuhi rakyat Malaysia dan Indonesia selain beberapa pelancong barat. Kebanyakan orang Malaysia datang samada belajar, bisnes atau mempunyai talian keluarga di Riau. Dari dalam flight, boleh nampak wilayah Riau yg terbentang luas, dipenuhi ladang sawit dan kawasan perumahan yg agak tersusuk dan kurang padat lebih kurang sama je dengan Malaysia. Flight airasia terbang setiap hari ke Pekanbaru dari KL. Tambang lebih kurang RM260 pegi balik harga promosi termasuk tax dan surcharge.

Sampai di Pekanbaru, kelihatan banyak bangunan2 dan pejabat2 dengan senibina Melayu yg indah . Bangunan-bangunan di Pekanbaru besar-besar tidak seperti di Bandung. jalannya juga lebar-lebar dan tidak terlalu sesak walaupaun ada sebuah flyover sedang dalam pembinaan di tengah kota. Tak jauh dari airport ada sebuah konsulat Malaysia dan kalau tak silap hanya ada tiga je di seluruh Indonesia. Dari airport pegi ke hotel naik taxi proton saga FL...saja je. Banyak gak taxi proton di sini, yg lain Toyota, Hyundai, Nissan  dan sebagainya.


taxi proton saga FL
Malam itu berjumpa dengan teman-teman yg dikenali di SSCI. Semuanya ramah-ramah dan menurut mereka, orang Riau memang sentiasa mengalukan dan menyambut kedatang orang Malaysia ke sana. Malam itu, diorang bawa pusing menaiki motor di jalan-jalan utama di kota Pekanbaru.

view dari bilik hotel...boleh nampak jelas Masjid Agung An-Nur  (masjid milik pemenntah Riau)



Aktivit malam pertama ialah karaoke dan pusing-pusing di sekitar Pekanbaru. Banyak pula lagu-lagu Malaysia kat sini. Ada lagu Slam, Siti, Spoon dan sebagainya. Lepas tu puas meronda di Pekanbaru yg sangat besar dengan luasnya lebih kurang Ipoh.