Showing posts with label jalan2 | Jakarta. Show all posts
Showing posts with label jalan2 | Jakarta. Show all posts

Friday, November 11, 2011

Jakarta - Jalan Thamrin, Tanah Abang & Grand Indonesia

Pagi esoknya kami berjalan di sekitar hotel untuk bersarapan kerana jenis bilik yg kami stay tak sekali dengan sarapan. Di sekitar hotel, terdapat banyak gerai makan dan restoran kerana kawasan ini memang terkenal sebagai tempat makan popular di Jakarta. Sebelum makan, jalan2 dulu sampai di jalan Thamrin yg dipenuhi dengan bangunan2 moden dekat je dengan hotel.

Jalan Thamrin

jalan ni terletak di sebelah hotel menuju Jalan Thamrin
Lontong Betawi......sedap

Selepas bersarapan lebih kurang pukul 8.30 kami bertolak ke Tanah Abang. Tanah Abang terkenal sebagai gedung membeli belah secara borong di Jakarta. Tapi kebanyakan barang di Thamrin city lagi murah dan tempatnya pun jauh lebih selesa.

Tanah Abang
 Sementara diorang yg lain sibuk shopping, kami yg teruna ni berjalan di kawasan sekitar. Daripada buang masa macam tu je, baik pegi tempat lain. Kami bejalan menuju Grand Indonesia yg terletak di sebelah Thamrin City. Tengah bejalan, nampak ada sebuah bajai....kami pun tahan, dapat la merasa naik bajai ni



Di depan plaza Grand Indonesia. Kat area ni banyak shopping mall kelas...makan kat sini best gak...restoran kat pun sini tak de la mahal sgt walaupun shopping mall sangat grand.
depan Grand Indonesia
menikmati kopi toraja di plaza grand indonesia....nak makan benda lain dah tak larat
 Dah puas lepak kat sini, balik ke Tanah Abang....Dari Tanah Abang terus bertolak balik ke Bandung... tak sempat nak melawat tempat2 menarik di Jakarta...huhu




Wednesday, November 2, 2011

Jakarta - Thamrin City, MONAS dan Jalan Sabang

Niat asal nak terus pergi ke Tanah Abang tetapi disebabkan kemacetan (jam) yg terus, supir kami menasihatkan kami supaya ke Thamrin city.Menurutnya Thamrin city lebih selesa dan barang2 kat sini lebih murah dan jalan pun tak sesak. Memang betul pun, barang-barang kat sini lagi murah dari kat Tanah Abang..buang masa je pegi Tanah Abang, sesak yg amat.


lepak2 depan Thamrin city...puas tunggu diorang sibuk shopping



Monumen Nasional (MONAS)

Seterusnya kami melawat MONAS (Monumen Nasional) iaitu tugu monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki)  mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia memperjuangkan kemerdekaan. Bahagian atas tugu ni dibuat daripada emas. Di tugu MONAS ni, pelancong boleh naik ke puncak atas dan menikmati panorama kota Jakarta dari atas. Tapi, sebab waktu pun dah malam, kami hanya bergambar di luar tugu sahaja.



depan MONAS

Jalan Sabang (Jalan Hj. Agus Salim)

Dah puas bergambar, kami pun pegi check in hotel yg terletak tak jauh pun dari MONAS ni iaitu Maxonehotel.com yg terletak di Hj. Agus Salim atau lebih dikenali sebagai Jalan Sabang. Hotel ni kami booking dari website airasia awal-awal. Harga diorang kira amat berpatutan bagi sebuah hotel baru yg terletak di lokasi strategik di tengah kawasan tumpuan kota Jakarta. Perasa ramai gak orang Malaysia menginap di sini. Hotel ni designya sangat cantik,stail,cozy dan walaupun agak kecil tapi lansung tak terasa.
 


Selepas check in, kami berjalan-jalan di sekitar Jalan Sabang untuk makan. Jalan Sabang sememangnya terkenal sebagai tempat makan popular di Jakarta. walaubagaimanapun, kena berhati-hati sebab bukan semua warung dan restoran di sini halal. Nak selamat masuk kedai-kedai yg standard je lah.














Perjalanan ke Jakarta

Kira pukul 11.30 pagi kami bertolak ke Jakarta dari Rumah Mode melalui jalan highway. Walaupun di atas highway, tapi kereta kat sini semua begerak tak lebih 100km sejam. Beza sangat dengan di Malaysia, mau-mau tak kurang 150km/j. Highway diorang lebih kurang la dengan highway di Malaysia.

Di sepanjang highway terdapat banyak R&R (di sini dipanggil rumah istirahat) dan jarak antara setiap dekat-dekat je. Yg tak tahan, setiap satu highway dah macam tempat shopping. Ada banyak restoran, F&B siap dengan outlet2 dan macam2 kedai. Ada sesetengah R&R siap dengan masjid...boleh R&R Malaysia kalah jauh la. Dalam perjalanan kami singgah di salah satu R&R untuk makan tengah hari.



Jarak antara Bandung dgn Jakarta sebenarnya taklah jauh sangat tapi disebabkan kereta kat sini semua bawa perlahan, jadi agak bejam gak la baru sampai di Jakarta. Sampai je jalan tengah jam dan ianya memang perkara biasa di sini. Kira-kira 4 jam gak la nak sampai ke pusat kota Jakarta dari Bandung....





 

Secara umumnya kota Jakarta sangat besar dan dipenuhi bangunan yg modern, glassy dan cantik2 walaupun tak sepadat KL...di banyak kawasan, Jakarta kelihatan lebih moden dari KL...cuma sayang, jalan-jalan di sana sentiasa sesak disebabkan sistem pengangkutan yg kurang memuaskan...lagi satu perasan di KL lebih  ramai orang berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam berbanding di Jakarta.




Monday, October 31, 2011

Trip Bandung & Jakarta - intro

Cuti Deepavali minggu lepas, kitorang pegi bercuti di Bandung dan Jakarta. Harga tiket flight kami agak murah sebab dah beli awal-awal. Pegi balik Kuala Lumpur – Bandung termasuk tax, bagasi dan booking seat tak sampai RM500.

Percutian kami agak pendek iaitu 2 malam di Bandung dan 1 malam di Jakarta. Tapi puas jugak la menjelajah kota Bandung dan Jakarta. Hotel yg kami duduk semua yg bagus-bagus dan terletak kat kawasan yg strategik di area2 pusat membeli belah. Disebabkan waktu pendek kami guna khidmat supir (kereta sewa+driver), kalau nak jimat pakai public je tapi buang masa la. Tempah hotel sendiri dan ambil supir jauh lagi murah la dari guna travel agency. Kalau guna travel agency selalunya diorang bagi hotel yg murah-murah je.

Flight kami sepatutnya pukul 7.15 malam ditunda 3 jam sebab airport Bandung ditutup disebabkan lawatan presiden Indonesia ke Bandung. Jadi kami sampai di Bandung pun dah lewat malam, rugi dah hari pertama.

puas tunggu flight di LCCT
akhirnya, betolak ke Bandung

Secara ringkas ni aktiviti kami sepanjang 3 malam 3 hari di Bandung dan Jakarta:

26/10/2011
12.30 am - malam tiba Bandung, check in hotel Amaris Cihampelas

27/10/2011
7.00 am – sarapan, jalan2 dan begambar di sekitar Cihampelas
9.00 am – shopping di rumah Mode
11.30 am – betolak ke jakarta, singgah makan di R&R di highway
3.30 pm - shopping di Thamrin city, Jakarta
7.00 pm – melawat MONAS (monumen nasional),
8.00 pm – check in hotel maxone.com di Jalan Sabang
9.00 pm – makan/bersiar-siar di Jalan Sabang

28/10/2011
7.00 am – sarapan di sekitar hotel
8.30 am – shopping di Tanah Abang, bersiar-siar di kawasan sekitar, window shopping di plaza Grand Indonesia
12.30 pm – betolak di bandung
3.30 pm – makan di resto Karambe Sundanese food Bistro
5.00 pm – shopping di Jalan Riau
7.30 pm – Jalan Dago
8.30 pm – Check in hotel Galeri Ciumbuleuit
9.00 pm – Jalan-jalan di Cihampelas Walk (Ciwalk)
11.00 pm – Berjalan pulang ke hotel

29/10/11
8.00 am – sarapan
9.00 am – shopping di Pasar Baru
12.30 pm – Kartika Sari
1.30 pm – betolak ke airport