Thursday, September 20, 2012

Mengunjungi pekan Parit

Dah lama sangat tak ke pekan Parit. Biasanya pun sekadar lalu kalau dari Beruas nak ke Ipoh atau Kuala Kangsar. Pekan Parit ni ialah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Perak tengah  kira-kira 14 km dari Seri Iskandar.

Cuti baru-baru datang ke sini sekejap untuk menikmati mi hailam pekan Parit. Di pekan Parit ni ada beberapa kedai mi hailam yg agak popular dan antara yg paling polular ialah di satu kedai malayu di tepi sungai Perak terletak berhampiran dengan medan selera. Selain itu, Pekan Parit ni juga popular dengan laksanya (yg hampir sama dengan laksa kuala kangsar), cendol dan masakan-masakan traditional orang Perak seperti gulai tempoyak ikan patin.

Pekan Parit yg kecil dan comel



Memandangkan kami sampai di sini betul-betul pada waktu tengah hari hari jumaat, jadi kami cepat-cepat la singgah ke Masjid Pekan Parit untuk sembahyang Jumaat.

budak-budak ni first time pakai kain pelikat...haha

masjid pekan Parit
sempat lagi shopping...kalau dah perempuan, mana-mana pun boleh shopping

mi hailam pekan parit
setelah makan, jalan-jalan sekejap di sekitar pekan. Berhampiran dengan medan selera ada sebuah jambatan khas pejalan kaki dan motosikal yg menghubungkan pekan Parit dengan kampung Belanja Kiri di seberang sungai iaitu jambatan Cempakasari

jambatan cempakasari 

Tuesday, September 11, 2012

Taman Tasik Taiping dan The Gate cafe

Setiap kali ke Taiping mesti wajib akan singgah di taman tasik Taiping. Taman tasik Taiping adalah taman tasik yang teruta di Malaysia dan merupakan antara yang tercantik di Malaysia dan sering menjadi pilihan fotografi untuk pasangan pengantin. Masa datang sini tengok sebahagian tasik agak kering, tak taulah apa sebabnya tapi khabarnya mungkin kesan dari pembangunan di sekitar tasik ni.



sebahagian taman tasik yg kering



taman tasik Taiping
The Gate cafe 

dah puas jalan-jalan di sekitar taman tasik ni, kami singgah di sebuah cafe yg semakin popular di taiping ni iaitu di the gate cafe. The gate cafe ni menyediakan makanan western dan oriental food dan medapat sijil halal dari Jakim. Cafe ni terletak di pekan Taiping dan tak jauh dari taman tasik ni.yg bestnya ialah suasanan dalam cafe ni yg menarik dan cozy dan harga makanan pun agak berpatutan.


dalam bilik beraircond