Monday, December 31, 2012

Mi kicap Ipoh

Di Ipoh ni ada satu makanan yg agak popular di Ipoh je tapi susah nak dapat kat tempat lain iaitu mi kicap. First time dengar dan makan mi kicap ni pun sejak duduk kat ipoh. Kat tempat lain susah nak dapat mi kicap (yg halal), tapi kat ipoh kat mana-mana je ada mi kicap. Mi kicap ni selalunya di makan pada waktu pagi dan petang selain nasi lemak. Mi kicap biasanya dimakan dengan kuah sup atau kari. Pada waktu pagi banyak kedai-kedai Melayu sekitar ipoh ni yg jual mi kicap.

Antara kedai mi kicap yg paling popular ialah kedai mi kicap/kari Hj. Mat Jasak. Kalau tak silap, kedai-kedai Mat Jasak sekarang diusahakan oleh cucu-cucu beliau. Kedai ni saja ada banyak cawangan kat Ipoh ni dan yg paling terkenal ialah gerai kat divider dekat dengan jalar besar depan Pasar besar Ipoh.

Di kebanyakan kedai mi kicap diorang tak dimasak tapi cuma campur sikit dengan kari je. Mi kicap yg betul-betul sedap ialah kuahnya dimasak dan agak cair. Salah satu kedai yg boleh dapat mi kicap macam ni ialah di restoran taman Alkalf kat Silibin. Ni gambar di restoran tu masa kawan-kawan dari KL datang ipoh dan mengidam nak makan mi kicap...haha





white coffee (kat ipoh dipanggil kopi je)

Saturday, December 29, 2012

Gambar-gambar dalam Legoland



salah sebuah roller coster di sini


bandar mini yang dibuat dari lego - model Kuala Lumpur

model Singapore
Thailand

Brunei
<
Bali, Indonesia
Filipina
Beijing
Putrajaya
Taj Mahal, India
Johor Bharu

Monday, December 24, 2012

Trip ke Johor dan Legoland

Bulan lepas ke Johor selama 4 hari 3 malam dan kali ni dengan tujuan utama ialah melawat Legoland. Kebetulan pula dapat voucher diskaun masuk 30%. Sepanjang di Johor menginap di tune hotel yang terletak di Danga Bay. Tune hotel di JB ni walaupun sempit tapi sangat bersih, kemas dan selesa. Rasanya tune di JB antara tune hotel yg paling okay berbanding dengan tune di tempat lain. Bilik dibersihkan setiap hari.

Hari pertama sampai di skudai dah waktu malam. Aktiviti malam tu ialah pusing-pusing di sekitar JB dan Danga beach serta makan di sebuah restoran yang terletak di sekitar danga bay. Tak ingat nama restiran ni, yg pasti restoran ni dibuka 24 jam dan lokasinya ialah di seberang jalan besar kalau dari tune hotel. Macam-macam jenis makanan ada kat sini makanan melayu/thai sampailah makanan arab, korean steambot, snogurt dan sebagainya. Puas hati makan kat sini.



danga beach 
Esoknya pegi ke Larkin makan kacang pool yg popular kat Johor ni. Dah lama teringin makan kacang pool ni. Akhirnya dapat gak merasa. Kalau tak silap kedai ni terletak di medan selera dekat dengan balai bomba Larkin.



Aktiviti-aktiviti kemudiannya hanyalah melawat sekitar-sekitar Johor Bharu dari satu mall ke satu mall sampailah ke lewat malam...haha.
Hari seterusnya melawat Legoland yang terletak di Medini dekat dengan Nusajaya. Harga biasa tiket masuk ke Legoland ni ialah RM140 sehari dan RM240 untuk tiket tahunan. Tapi lepas tolak diskaun 30% (kepada yg ada voucher) jadilah RM98 sekali masuk. Masa datang ni, Legoland ni agak sesak jugak mungkin disebabkan cuti sekolah. Nak masuk sesuatu permainan kena baris paling kurang 20-40 minit...penat betul nak tunggu satu-satu. Antara yang paling best kat sini ialah roller coster, filem 4D dan taman mini. Agak puas hati sebab memang dari dulu suka main lego dan suka tengok gambar2 legoland di negara lain.



taman mini - KL
model bandar di Philipines
Di luar Legoland ni ada mall of medini. Di sini ada banyak cafe-cafe dan restoran yg agak menarik. Salah satunya ialah Restoran Amigos yg menyediakan makanan Mexico. sedap makanan-makanan kat restoran ni

chicken grill ala Mexico
Hari terakhir sebelum balik melawat Nusajaya dan Puteri Harbour. Nusajaya ni ialah pusat pentadbiran negeri Johor yg ala-ala macam Putrajaya. Di sini ada Puteri Harbour yg mana kat sini marina dan tarikan terbarunya Hello Kitty town. Taman yg dibuat khusus untuk budak kecik terutamanya perempuan.

Nusajaya
Puteri Harbour 
Hello Kitty town di Nusajaya

Wednesday, December 12, 2012

Restoran Wingzone AEON Manjung - Wingzone pertama di Malaysia


Rasanya mesti ramai yg tak pernah dengar nama restoran Wingzone ni. Restoran ni berasal dari US dan mempunyai cawangan di beberapa negara lain seperti UAE, Rusia, Arab Saudi, Colombia, Bahrain dll. Restoran Wingzone di AEON Manjung ni ialah restoran wingzone pertama di Malaysia. Siap ada delivery lagi. Tengok ada beberapa orang staf kat sini ialah mat salih dan orang arab...yelah, dah nama pun cawangan pertama. Selain Manjung, Wingzone ni dirancang akan dibuka di KL, Ipoh dan bandar-bandar lain tak lama lagi

Ayam kat sini agak sedap dan mempunyai banyak flavor dari yg kurang pedas sampai yg paling pedas. Pedas dia lain macam sikit, agaknya bukan cabai malaysia kot. Salah satu yg best kat sini ialah konsepnya yg agak stail dan ada pulak seksyen khas untuk ipad. Bolehlah sambil makan sambil main ipad.









Nak tau lebih lanjut boleh tengok laman web rasmi dan fb page Wingzone Malaysia:

laman web: http://www.wingzone.com.my/

fb page: http://www.facebook.com/pages/Wing-Zone-Malaysia/263141987133516?fref=ts



Tuesday, December 4, 2012

AEON Mall Seri Manjung

AEON Mall Seri Manjung baru je dibuka mulai semalam 4 Desember 2012. Dalam mall ni agak grand juga dan tenant kat dalm ni pun boleh tahan best. Antata yg ada kat sini ialah Starbucks, Daiso, Giordano, Soda, FOS, Polo Haus, Hush Puppies, Tommie, Johnny steamboad, Black Canyon, Suki pedas, Old Town, Kenny Rogers, Wingzone dan macam-macam lagi. Wingzone AEON Manjung ni ialah Wingzone pertama di Malaysia dan akan dibuka di tempat-tempat lain seperti KL dan Ipoh. Tak sangka gak tempat sendiri iaitu bandar Manjung yg kecik ni boleh ada mall yg agak grand...hehe






akan dibuka, TGV cinemas