Showing posts with label jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Marina Island dan Pulau Pangkor

Marina Island - pulau buatan manusia

Di Lumut terdapat sebuah pulau buatan manusia dikenali sebagai Marina Island. Pulau buatan ni terletak di Jalan Teluk Batik dekat dengan base TLDM. Kat sini terdapat jeti baru untuk ke Pulau Pangkor. Selain itu ada juga hotel, baungalow,hall dan kafe2 . Dari sini pegi ke Pulau Pangkor  hanya mengambil masa kurang 10 minit berbanding dengan jeti lama di pekan Lumut lebih 40 minit. Harga tiket sama pegi balik RM10.00 sorang.
pulau buatan - Marina Island
setiap hari ramai orang melepak dan beriadah di pulau ini
jeti yg luas dan menjadi tempat rekreasi
Cuti tahun baru cina yg lepas, kitorang sekeluarga ke Pulau pangkor buat lawatan paling sekejap dalam
sejarah iaitu melawat Pulau Pangkor dalam masa sejam kemudian balik....haha....xdak kerja betul


Pulau Pangkor

Tak sampai 10 minit naik feri dah sampai Pulau Pangkor. Tunggu feri nak gerak lagi lama....

jeti pulau Pangkor
Pekan Pangkor yg dah semakin cantik
Kira-kira sejam kat Pulau Pangkor kitorang pun bergegas balik sebab feri terakhir ke Lumut dari sini ialah pukul 7.30 samaada ke Marina Island mahupun pekan Lumut.




Saturday, March 12, 2011

Gerbang Malam, Ipoh

Beberapa hari lepas teman kawan pergi Gerbang Malam untuk cari aksesori yg susah dicari dengan harga yg murah. Tempat ni konsepnya sama seperti Uptown /downton di KL menjual pelbagai jenis pakaian, aksesori dan lain-lain lagi sehingga lewat malam. Paling banyak kat sini ialah barangan bunddle berjenama dijual dengan harga yg murah.

Gerbang malam ni terletak betul-betul di tengah pusat bandaraya Ipoh iaitu di Jalan Tahwil Azhar, Pekan Baru bersebelahan dengan bangunan BSN dan dibuka setiap hari. Sangat sesuailah bagi sesiapa yg suka membeli-belah dan tawar-menawar di lewat malam

 


sibuk memilih
Gerbang Malam ni akan menjadi lebih sesak semasa bulan puasa kerana jumlah gerai akan bertambah dua kali ganda dan jumlah pengunjung akan betambah berlipat kali ganda. Banyak baju-baju dan kelengkapan lain untuk beraya dijual di sini dengan harga yg amat berpatutan.




Friday, January 28, 2011

Padang Polo dan Laksa Kedah RM2.00

Salah satu tempat yg best tuk lepak dan makan kat Ipoh ni ialah Padang Polo atau nama rasminya Taman Rekreasi Sultan Azlan Shah.

Tempat ni memang sentiasa dikunjungi terutamanya pada hujung minggu. Kalau hujung minggu, memang ramai orang datang sini sepanjang hari dan gerai-gerai makan dibuka dari tengah hari lagi sampailah ke malam. Pagi2 akan ada aktiviti senamrobik, main layang-layang dan sebagainya. Yang bestnya kt sini selain dapat melakukan aktiviti beriadah dpt gak menikmati pemandangan yg cantik. Kawasannya pun luas.

Kat sini banyak gerai2 yg menjual makanan-makanan seperti mi rebus, laksa, mi kari, cendol dan sebagainya. Tapi dalam banyak2 yg plg best skali ialah laksa Kedah. Gerainya terletak di hujung sekali. Laksa kedah diorang mmg sedap dan harganya pun sgt murah 2 ringgit je.

laksa Kedah RM2.00 yg sedap

Dah kenyang bersiar-siar di padang Polo

waktu ni tgh hujan renyai2 tapi kitorang selamba je bejalan sambil begambar macam xde benda yg berlaku....haha

lepas hujan orang kembali ramai

cantik kan






Wednesday, January 26, 2011

Berkelah di Ulu Chepor

Sabtu lalu, tgh2 malam tiba2 ada orang mesej ajak mandi Ulu Chepor. Lepas tu kitorang pun sibuk la ajk kawan2 yg lain lagi join keesokkan hari. Boleh kata plan last minit gak la ni. Esok tu awal-awal pagi (kononnya) kitorang pun pegi la Ulu Chepor untuk bermandi manda.

Ulu Chepor ni terletak tak jauh dari tol Meru/Jelapang. Sebab tu blh plan sesuka hati je. Lagipun bukan kena keluar duit pun pegi sana. Memang sesuai pegi tgh tak dapat gaji lagi ni.

Antara yg turut serta
Air yg tenang jgn disangka tiada buaya kerana banyak buaya-buaya di sana....hahaha
Gadis2 yg terlalu excited sehingga tak perasan ada ular di sebelah mereka....hebat betul
tiba-tiba buat iklan syampu kt sini

lihatlah dunia
Air sungai yg kelihatan jernih di dlm gambar






Monday, January 17, 2011

Suasana Eropah di Bandar Baru Kampar

Agak terkejut bila masuk ke bandar baru Kampar haritu bila tgk banyak bagunan2 di sini mempunyai senibina berunsurkan Eropah. Dari kedai, pejabat, hotel sampaikan apartment dan rumah kediaman pun bersdisignkan ala-ala Eropah gitu. Tambah plk dengan jalannya kebanyakkannya bukan jalan tar biasa.

Yg paling terasa ala eropahnya ialah apabila terlihat ramai betul yg menggunakan basikal. Siap ad kwsn khusus utk parking basikal. Kebanyakkan yg menggunakannya adalah student2 UTAR. Basikal seolah-olah menjadi pengangkutan utama di sini. Slalunya kat Eropah je yg byk guna basikal ni, kt Malaysia mmg jrg sgt la. Kt Asia ni pun rasanya Jepun dan Korea je yg byk guna basikal. Rasa suasana lain plk bla tgk mana2 je nmpk org kayuh basikal. Kt tepi2 kedai pun byk basikal park.

Bangunan kedai dan hotel
ala-ala western
Kedai apartment
Bangunan2 kedai pejabat dgn senibina yg unik
kawasan perumahan
   *Sebahagian gambar adalah milik peribadi dan sebahagian lagi diambil dari monkeywong dan skyscrappercity forum.

Bagi yg tak tau, bandar baru Kampar ni adalah kawasan di mana letaknya UTAR dan kolej TAR. Klu dari Tapah pergi ke Ipoh melalui Kampar kena msk simpang ke bandar baru/kolej TAR baru jumpa tmpt ni. Kalau stakat lalu je mmg takkan perasan la. Pemandangan di sini mmg cantik terutamanya di sekitar tasik

Pemandangan indah di Kampar westlake

Terasa mcm editor akhbar plk aku ni........mana2 akhbar yg tringin nk amik editor sambilan, silalah amik aku....hehe


Thursday, January 13, 2011

Jalan-jalan cari makan di Kuala Lumpur

Seronoknya bejalan di KL.....dh lama btul tringin nk pegi KL balik. Ni gambar beberapa hari sblm thn baru semasa melawat KL.....sambil jalan sambil mencari tmpt mkn best...hehe. Sume gambar dlm ni diambil dr facebuk Marea dan Nini sbb ak xde kamera...huhu

Mula2 skali lami pegi ke Times square bejalan2 dan menonton citer Hantu Mak Limah....pastu kami bejalan ke Pavillion semata2 utk makan.....

dari times square bejalan ke pavillion
di depan entrance pavillion
makan di food republic (pavillion punya food court yg best...)
Dari Pavillion kami bejalan kaki ke KLCC....konfiden je bawa anak dara org bejalan kaki pg KLCC padahal ak sendiri pun x tau jln, main redah je...seb baik jmp...haha...dekat je rupanya...

ice cream cake sempena besday Maria yg dh lama lepas....kah3
mesti la ak pilih gamba yg terbaik =p
mkn lagi.....kalini kt nandos KLCC...mula2 igt nk pegi Cillis tapi dh penuh

Mlm tu tmpg tdo kt UM...seb baik la ad lg member yg blaja kt UM ni....mlm tu tgh letih2 dan kekenyangan sempat lg lepak kt the curve dan makan kt Murni SS2 yg sgt2 femes terutamanya dikalangan student2 UM...

Second day

Hari keesokannya pula, pergi ke Sentul tgk org kawen dan secara x lnsg dapatlah kami bekas2 peserta GEMS (program utk lepasan graduan...atau lebih tepatnya graduan menganggur..haha) berreunion di sana. Yg kawen tu pun penyelia kami Abg Mus.

Lepas kenduri, kami pergi ke Capsquare Mall...kt sana kami melepak di Coffee Bean Leaf sementara memunggu tiket train ak blk ke Ipoh pkl 5.30 (Mcm la train tu lalu dpn capsquare mall ni....haha)


Tak lama lps tu, ak pun balik ke Ipoh dgn hati yg hiba....huhuhu

Sunday, January 9, 2011

Lumut town and waterfront

All the recently taken photos of Lumut town and Lumut waterfront





enjoy drinking espresso (always my favorite) while viewing the sea



view from my brother's house