Showing posts with label jalan2 | Thailand. Show all posts
Showing posts with label jalan2 | Thailand. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Pattani dan Narathiwat

Dari Hat Yai kami bergerak ke Kelantan melalui Patani. Sebenarnya niat asal nak balik Ipoh dulu kemudian baru pegi Kelantan nak menghadiri kenduri kenduru kawin seorang kawan. Tapi bila pikir-pikir balik, lebih jimat dan cepat kalau terus pegi Kelantan ikut Sungai Golok. Jadi kami pun dengan selambanya pergi ke Kelantan melalui Sungai Golok dan Patani....haha, suka hati ja, orang lain yg risau macam apa...

Pemandangan indah menuju ke Sungai Golok
Keluar je dari Hat Yai, jalan raya semua lebar lebar2 dari Songkhla, Patani hinggalah ke Sungai Golok (Narathiwat) jalannya adalah highway (4/6 lane) tanpa tol sedangkan jumlah kereta tak la banya. Jadi bas (bas van) yg kami naik tu memang bawak selajunya la, 4 jam dah sampai Sungai Golok dari Hat Yai. Di Patani disepanjang jalan lalu banyak kampung dan beberapa pekan kecil. Tapi sebab driver tu bawa laju, tak dapat la nak tangkap gambar sangat...





Rumah-rumah kat Pattani dan Narathiwat ni besar-besar gak. Lansung tak terasa seperti di wilayah bergolak dan wilayah yg dikatakan antara termiskin. Keadaan jalan raya juga sangat bagus. Di sepanjang jalan nampak panyak tulisan thai dan jawi. Tulisan melayu rumi baru sekali je nampak.... Selain tu yg menariknya kebanyakan rumah-rumah yg baru dibina mempunyai unsur senibina Melayu tempatan. Sampaikan bangunan2 kerajaan, sekolah, univesiti dan rumah-rumah orang biasa pun ada senibina Melayu dan Islamik. Di wilayah Patani ada dua universiti iaitu Yala Islamic University dan Prince of Songkhla university Pattani campus. Di Narathiwat ada satu lagi universiti.




Setelah hampir 4 jam kami sampai di wilayah Narathiwat. Di wilayah Narathiwat terdapat dua bandar utama iaitu bandar Narathiwat (ibu negeri) dan bandar Sungai Golok.Di Narathiwat ada sebuah airport dan sebuah universiti.
Tak lama lepas tu kami tiba di bandar Sungai Golok yang merupakan bandar sempadan di Thailand. Bandar Sungai Golok kelihatan lebih maju dan tersusun berbanding pekan Rantau Panjang di sempadan Kelantan.

tiba di wilayah Narathiwat


bandar Sungai Golok, Narathiwat

depan kompleks imigresen Thailand di Sungai Golok



Thursday, January 12, 2012

Jalan-jalan di sekitar bandar Hat Yai

Beberapa hari terakhir di Hat Yai dipenuhi dengan aktiviti jalan-jalan je di sekitar bandar Hat Yai ni...jalan kaki pulak tu, ntah mana-mana sampai, sesat pun buat tak peduli je...yg penting menjelajah kota Hat Yai..kalau sesat jauh2 pun takdek masalah, tuk-tuk banyak.










Hat Yai di waktu malam


Waktu malam pulak, kitorang banyak menghabiskan masa kat area Central Plaza...kawasan ni memang menjadi pusat tumpuan di Hat Yai pada waktu malam. Kat sini ada banyak kedai-kedai, shopping mall grand2, restoran-restoran dan gerai-gerai makanan halal dan hotel-hotel yg dipenuhi sebahagian besar pelancong Malaysia. Selain tu, banyak gak event-event di buat di sini.

Selain itu, di sekitar ni gak ada banyak kedai-kedai menjual cenderamata dan baju-baju yg murah...sayang betul, tak cukup bajet nak shopping sangat..kitorang beli 2-3 helai je baju Thailand kat sini. Yang pasti lepak2 kat kawasan ni waktu malam memang best la...Bandar Hat Yai sangat meriah di waktu malam




tebeliak tengok udang besar jual tepi jalan je...hahaha
dalam sebuah hotel di sekitar kawasan ni...




Monday, January 9, 2012

Hat Yai Park

Hari seterusnya kami pegi ke Hat Yai park atau lebih tepat Hat Yai municipility park yg terletak di atas bukit tak jauh dari pusat bandar Hat Yai. Di sini terdapat banyak patung-patung Buddha tapi rasanya patung-patung Buddha kat Penang lagi menarik. Antara yg menarik gak kat sini ialah dari sini dapat melihat sebahagian besar kota Hat Yai dan sehingga boleh nampak masjid besar Hat Yai dan laut yg sebenarnya agak jauh.

Kalau nak ke sini boleh naik tuk-tuk, tapi rasanya lebih mudah dan jimat kalau amik transport agency...diorang boleh bawa ke semua tempat menarik yg ada kat atas bukit ni.






masjid besar Hat Yai.....di belakang tu boleh nmpak laut


Hat Yai park cable car

Masa kami datang kereta kabel Hat Yai Park baru je buka Disember lepas... bayaran masuk ialah 200 bath. Di sini gak ada sebuah cafe sangat sesuai lepak2 sambil minum kopi.






Thursday, January 5, 2012

Trip ke Songkhla

Esoknya kami bercadang untuk terus melawat ke bandar Songkhla yg terletak kira-kira 25km dari Hat Yai. Bandar Songkhla ialah ibu negeri bagi wilayah Songkhla tetapi Hat Yai ialah bandar tebesar di wilayah Songkhla.
Di Hat Yai ada banyak transport agency kalau nak ke Songkhla. Harganya pun tak mahal dan boleh bawa ke hampir semua tempat menarik di Songkhla.


Antara tempat paling popular di Songkhla ni ialah Pantai Samila. Nama asal pantai Samila ni dulu ialah pantai Bismillah. Pantai Samila ni terkenal dengan patung duyung yg mempunyai lagenda tersendiri. Masa sampai sini jumpa ramai gak orang Malaysia datang sini. Banyak gak yg datang dengan kereta sendiri.




Dalam pejalanan seterunya, kami terlalu di depan konsulat Malaysia...beria-ria lak kami nak singgah kat sini tangkap gambar.Macam takde benda lain nak buat,,,,haha. Cantik gak bangunan konsulat Malaysia ni.

depan Konsulat Malaysia

Dekat ngan konsulat Malaysia ni, ada satu bukit iaitu Khao Tang Kuan. Di atas puncak bukit ni boleh nampak sebahagian besar bandar Songkhla dan juga Tasik Songkhla iaitu tasik terbesar di Thailand dengan keluasan hampir seluas negeri Perlis.

pemandangan bandar Songkhla dan tasik Songkhla dari atas bukit
Seterunya pegi Songkhla Aquarium. pegi tangkap gambar je, tak masuk pun dalam.



Dah puas berjalan di sekitar pantai Samila ni, kami menuju ke Tasik Songkhla yg sangat besar tu. Di atas tasik ada beberapa pulau antaranya pulau Ko Yai dan Ko Si. Tasik Songkhla ni airnya air masin bukan air tawar. Di atas tasik ni gak ada sebuah jambatan terpanjang di Thailand iaitu jambatan Tinnasulanon.

di atas Tasik Songkhla di Pulau Ko Yai
dari sini boleh nampak jambatan Tinnasulanon yang panjang
patung sleeping Buddha
Dah puas berjalan di Songkhla ni, kami pun balik ke Hat Yai. Dalam pejalanan ada floating market yg popular dikalangan pelancong Malaysia tapi dengar kata tutup pada hari tu...