Showing posts with label manjung. Show all posts
Showing posts with label manjung. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

Mengunjungi kawasan pelancongan Pasir Panjang, Manjung

Baru-baru ni tergerak pulak nak pegi Pasir Panjang, Manjung. Sebelum ni tak pernah tau pun apa yg ada kat pasir panjang ni selain kampung-kampung melayu dan perkampungan nelayan. Tau tempat ni pun ada member post di facebook dan kebetulan pulak sekarang ni memang ada kat Manjung. Pasir Panjang, Manjung ni terletak di antara ni di antara jalan dari Seri Manjung ke Teluk Intan. Ada satu lagi tempat yg namanya pantai pasir panjang iaitu di segari antara Lumut nak ke Pantai Remis

Antara yg ada di sini ialah Tua pek Kong Temple yg di sini terdapat patung-patung patung gergasi dan hampir 100 patung-patung dan ukiran-uikiran yg melambangkan karakter-karakter dalam kalendar cina. Selain tu, di sini juga ada taman monyet di atas hutan paya bakau tapi tak lah sebesar hutan paya bakar yang di Lumut.


Friday, July 27, 2012

Pembukaan Billion baru Manjung

Hari ni (27/7) balik ke Manjung dan kebetulan pula ada pembukaan pasar raya Billion yg baru. Billion ni terjetak di area Pundut jalan ke Lumut berdekatan dengan IPD Manjung. Billion baru ni juga menggantikan BiIllion asal yg terletak di Taman Samudera. 

Billion baru ni sangat lah besar, jauh lagi besar dari Tesco dan Giant Manjung. Kedai-kedai lain yg disewa pun banyak dalam ni, macam-macam jenis kedai dan cafe ada kat sini walaupun bukan dari brand yg popular. Waktu sampai sini dalam pukul 11 lebih malam tapi orang masih sgt ramai. Hampir semua kedai masih buka sampai ke lewat malam. Nampak gayanya Billion masih menjadi pilihan penduduk Manjung walaupun dah ada tesco dan Giant beberapa kilometer je dari sini.


Tuesday, May 15, 2012

Menikmati cendol popular di Sitiawan

Di sitiawan ada satu gerai cendol yg sangat popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong. Kalau tak silap nama tuan kedai ni ialah James dan skrg diusahakan oleh isterinya. Gerai ni dulunya terletak di depan pasaraya Fajar (sekarang The Store) dan skrg berpindah di depan kuil hindu tak jauh dengan pasaraya The Store. Cendol kat gerai ni memang sedap dan sangatlah poplar, rasanya tak pernah lagi jumpa cendal kat tempat lain yg sesedap sini.




tu dia gambaq Sultan Azlan Shah dan Dato' Tajul Rosli dengan tuan gerai ni