Showing posts with label Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Ipoh. Show all posts

Monday, July 2, 2012

Bangunan Perak Darul Ridzuan / SUK, Ipoh

Inilah dia bangunan Perak Darul Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Bangunan SUK yang
merupakan salah satu landmark negeri Perak khususnya Ipoh. Bangunan ni merupakan pejabat setiausaha kerajaan negeri Perak dan di sini lah letaknya Dewan Sidang DUN dan juga pejabat menteri besar negeri Perak. 

Bangunan ni terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh. Selain itu, bangunan SUK ini pernah dilanda kontroversi tiga tahun lepas kerana di sini lah berlakunya pertukaran kerajaan negeri secara tidak demokrasi dan seterusnya berlaku perhimpunan haram dari pihak yang tidak berpuas hati. Sayang betul, bangunan cantik macam ni tak terlepas dari kontroversi. Sedangkan bangunan SUK Perak ni diiktiraf antara yang tercantik di Malaysia dan pernah memenagi beberapa anugerah termasuk dari segi pengurusan berkualiti.


pandangan dari belakang
pandangan depan

sebahagian dalam


bangunan lama

Thursday, April 12, 2012

Ipoh street - pusat bandaraya

Foto-foto ipoh street diambil dari bangunan BSN/Umno yang terletak di Jalan Sultan Idris atau juga dikenali dengan nama Brewster road . Dari sini boleh nampak banyak bangunan-bangunan lama yang mewarnai pusat bandaraya Ipoh

* Right click and open in new tab for larger images







Thursday, March 29, 2012

AEON Ipoh station 18, Pengkalan - Jusco kedua di Ipoh

Harini (29 March) AEON atau Jusco baru dibuka di Station 18, Pengkalan, Ipoh. Jusco ni merupakan yg kedua di Perak dan dikatakan antara yg terbesar di Malaysia.

Memang besar pun AEON station 18 ni. Jauh lagi besar dari Jusco Kinta City di Ipoh garden tu. Antara f&b dan tenant2 yg ada kt sini ialah seperti Nandos, Sakae Sushi, coffee bean leaf, La Boheme, Daiso, caring pharmacy, pancake house, Espirit, padini concept, guess, La Kaffa, swatch dan sebagainya. Sekarang ni antara yg belum dibuka tetapi confirm akan masuk ialah TGV, sturbucks, Wendys dan Papa john pizza. Wendys dan sakae sushi ialah yg pertama di luar lembah kelang.





 akan dibuka- 8 screens TGV


Monday, March 26, 2012

tune hotel ipoh - Mulai 30 March ni dari RM39.00 semalam

Tak lama lagi tune hotel akan dibuka di ipoh mulai 30 march ni dengan harga dari RM39.00 ke atas. hotel ni merupakan satu entiti dengan air asia walaupun berbeza pengurusan. Konsepnya sama iaitu bayar untuk apa yg perlu je iaitu harganya hanyalah untuk bed (katil) sahaja dan boleh add on keperluan seperti shower, tv, intenet dan sebagainya dengan harga tambahan.

Berdasarkan pengalaman menginap di hotel-hotel tune yg baru dibina seperti di Kota Bharu dan Hatyai, tune ni memang cukup selesa walaupun kecil. design pun unik dan cantik.
Pengalaman dulu menginap di tune kota bharu:
http://kirapu.blogspot.com/2011/02/tunes-hotel-kota-bharu.html
Tapi dengar-dengar tune hotel yg dah lama seperti di KL dan Kuching kurang memuaskan. Tampahan pula tune yg lama tak ada tv untuk add on dan ada plak bilik yg tak ada tingkap. Kalau bosan tak boleh tidur, tengok dinding la jawabnya...haha.

kalau ceb di laman web diorang, sekarang ni memang boleh dapat harga RM39.00 tapi untuk weekdays la. Kalau weekend dalam RM50.

Kalau tengok design luar hotel ni cantik jugak. Nampak lain dan lagi cantik dari tune hotel kat tempat lain.

pandangan depan
dari tepi...cantik kan
pandangan belakang dengan shopoffice 3 tingkat
Alamat:
Tune Hotel - Ipoh
No. 2, The Host, 
Jalan Veerasamy, 
30000 Ipoh, 
Perak Darul Ridzuan,

Friday, March 9, 2012

Ipoh skyline (view dari Hospital Ipoh)

Foto-foto pemandangan skyline bandaraya Ipoh diambil dari Hospital Raja Permaisuri Bainun...

Right click and open in the new tab untuk view image yg lebih besar.














Monday, March 5, 2012

Ipoh di waktu malam

Dulu masa awal-awal duk ipoh ni (dalam 2 tahun lepas) terasa sangat yg ipoh ni sunyi sepi di waktu malam terutamamnya di pusat bandar..atas pukul 9 jalan trus lengang, kedai2 tutup temasuk pada hujung mingu. tapi sejak akhir-akhir ni terasa ipoh dah semakin meriah bebanding dulu. banyak hotel-hotel yg baru dibuka dan kedai-kedai yg direnovate. sekarang ni kalau lalu pusat bandar, jalan raya dah makin sibuk dan meriah terutamanya pada hujung minggu. pelancong termasuk foreigner pun makin ramai datang melawat ipoh.

pusat bandar
jalan utama area depan gerbang malam


Gunung rapat - kat sini ada mcd, kfc dan old town (24jam), burger king, tutti fruity, dominos, pizza hut, secret recipe, ayamas, station 1 cafe, nanyang kopitiam, dan lain-lain lagi


Dataran Ipoh @ Greentown

Antara kawasan yg menjadi tumpuan utama pada waktu malam di ipoh ni ialah dataran ipoh yg terletak dekat dengan bangunan MBI di greentown. sekarang ni hampir setiap hujung minggu kat sini ada event-event atau roadshow sempena tahun melawat Perak 2012. Kalau takde apa-apa pun memang ramai yg lepak makan-makan kat sini. Kawasan gerai-gerai makan dah diupgrade jadi greentown walk @ MBI terrace.

greentown (depan ipoh parade)


dataran ipoh @ greentown
Selain dataran, antara tempat lain yg menjadi tumpuan di waktu malam ialah padang ipoh (di old town/pekan lama), gerbang malam, gunung rapat, area depan station keretapi (yg ditutup untuk renovation) dan juga yg paling meriah di area ipoh garden (di sekitar tesco), tapi kat sini yg banyak pub la..

Tuesday, January 31, 2012

Bandar Meru Raya, Ipoh - a mini Putrajaya in the making

Bandar Meru Raya ialah sebuah bandar baru yg dirancang sebagai pusat pentadbiran baru negeri Perak. Bandar Meru Raya ni terletak bedekatan dengan plaza toll Jelapang. Selain beberapa kompleks jabatan kerajaan, terdapat pelbagai projek komersil yg sedang rancak dalam pembiaan antaranya station bas baru, mall, kedai pejabat, hotel dan Mydin Mall yg bakal menjadi pasaraya Mydin tebesar di Malaysia.

kompleks-kompleks kerajaan di Meru Utama, Bandar Meru Raya
station bas baru sedang dibina

Mydin terbesar di Malaysia yg dah hampir siap
dalam pembinaan Taipan pedestrian mall 

Dalam pembinaan, hotel, office dan pusat convention/MICE





Tuesday, January 24, 2012

Pameran Kesultanan Perak di Dewan Bandaran Ipoh

Sekarang di Ipoh sedang diadakan pameran Kesultanan Perak sehingga 29 Januari ini sempena tahun melawat Perak. Pameran bertempat di Dewan Bandaran Ipoh bersebelahan Masjid negeri. Dibuka dari jam 10 pagi hingga 5 petang dan masuk percuma


Dewan Bandaran Ipoh

Friday, October 7, 2011

Bersiar-siar di Old Town/Pekan Lama Ipoh di waktu malam

Salah satu tempat yg menarik untuk lepak di waktu malam di Ipoh ni ialah di sekitar padang Ipoh. Kawasan ni dikenali sebagai pekan lama atau old town Ipoh. Nama old town white coffee memang berasal dari sini yg dari dulu terkenal dengan kopinya.

Kawasan ini sangat menarik kerana dikelilingi bangunan-bangunan dan senibina kolonial yg masih asli dan terjaga. Suasana kat sini kadang2 terasa seperti berada di eropah....hehe. Waktu siang di sini agak sesak dan susah nak parking tetapi waktu malam agak lengang.

Sekarang makin ramai orang datang sini samada untuk bergambar atau membuat aktiviti lain seperti bersiar-siar, main bola sepak, kereta kontrol, menunggang bike dan sebagainya. Seronok gak lepak sini malam-malam di tambah dengan suasana yg romantis...

ala-ala eropah gitew...haha




ntah basikal sapa2 la diorang kebas untuk bergambar...