Showing posts with label tempat makan ipoh. Show all posts
Showing posts with label tempat makan ipoh. Show all posts

Monday, October 1, 2012

DInner di Garden Terrace, Lost world of Tambun

Beberapa minggu lepas sekali lagi kami dinner dan kali ini di Garden terrace cafe di Lost world of Tambun. Restoran ni terletak dekat dengan main entrance taman tema Lost worl of Tambun. Dinner kali ni dianjukan oleh kelab staf dengan budget yg agak kecil. Walaupun budget kecil, tapi makanan buffet kat sini agak banyak dan layanannya setaraf di hotel. Makanan yg ada kat sini mempunyai berbagai pilihan antaranya grill fish, lamb (tak ingat masak apa), roast chicken, pecal dan sebagainya. Makanan serta service di sini mungkin lebih bagus dari kebanyakan hotel. Sangat puas hati dinner di sini dengan harganya yg berpatutan.


ruang makan outdoor
antara aktiviti malam tu
kategori pakaian tercantik



Garden Terrace ni dibuka kepada awam dan kalau tengok menu ala carte nya untuk hari-hari biasa agak murah walaupun restoran ni terletak di taman tema popular. Contoh set chicken chop dan set nasi antara RM8-15.00. Harganya lebih kurang je dengan kedai-kedai kat tempat lain.

Saturday, August 4, 2012

Buka puasa di Heritage hotel, Ipoh

Kali ni berbuka puasa dengan rakan-rakan sekerja di Hotel Heritage, Ipoh. Dengar kata setiap tahun buffet Ramadhan kat hotel Heritage ni yg paling best. Tapi rasanya makanan tahun ni tak lah sebegitu banyak macam yg dikatakan. Tambah pulak buffet kali ni penuh sampai kami terpaksa duduk berpecah-pecah walaupun dah booking awal-awal. Tapi nasib baik la ada gak kambing panggang. Oleh kerana sampai sini dah lewat dan teralu khusyuk makan tak ingat dunia, maka tak sempat pun nak amik gambar-gambar makanan ke apa. Yang sempat ambik, muka2 tengah kenyang je..haha.



Sunday, June 17, 2012

Sakae Sushi @ Station 18, Ipoh

Balik je Ipoh, sepupu rapat datang ngan tunangnya merangkap kawan dari sekolah dulu dan bakal menjadi sepupu ajak makan sushi. Memang dah lama rasa nak makan sushi ni. Memandangkan kat Ipoh dah ada sakae sushi (selepas lembah kelang dan penang), kitorang pun datanglah try makan kt sini. Sushi kat sini memang sedap betul kalau banding dengan sushi king terutamanya sup miso tu dan tak la terlalu mahal....yg penting puas. Masa datang ni pun punya la ramai yg beratur nak masuk...

amik order

pilih pilih







Sunday, April 1, 2012

Mi udang & ketam sempoi @ Tanjung Rambutan, Ipoh

Penah dengar tak mi ketam?? Dari dulu duk teringin nak rasa mi ketam ni. Sekarang ni baru tau kat ipoh ni ada restoran mi ketam, itupun nasib baik la ada kawan yg bawa. Restoran ni namanya ialah Restoran Mi udang & ketam sempoi yg terletak di Tanjung Rambutan area belakang Petronas (agak hujung sikit kedai ni).

Mi udang dan mi ketam kat sini rupa dan rasanya nak seakan-akan char kuey teow sikit tapi kuahnya banyak la dan pekat bukan seperti mi udang di kuala sepetang. Kat sini boleh pilih ketam dari pelbagai saiz dengan harga yg tertentu, ketam dan udang diorang memang segar dan besar.

Selain mi ketam dan mi udang, Di sini juga ada jugak makanan lain seperti nasi goreng ketam, mi udang galah dan juga ikan bakar, masak stim dan lain-lain. Untuk nasi goreng, ketamnya dibakar dan bukan digoreng. harga kat kedai ni pun boleh tahan dan kena la datang awal sebab selalu penuh.

mi ketam - RM 12.00 

mi udang galah

ready nak makan...







Monday, March 19, 2012

Restoran Simpang Tiga, Ipoh - Masakan khas Minangkabau dan Indonesia

Salah sebuah restoran yg semakin popular di Ipoh kini ialah restoran Simpang Tiga, Ipoh. Istimewanya ialah restoran ini menyediakan makanan asli Minangkabau dan Indonesia dan cawangannya di Ipoh merupakan satu-satunya di Malaysia (cawangan lain kesemuanya di Indonesia). Selain makanan Indonesia, ada juga seksyen untuk makanan Western, Mi kicap (yg popular di Ipoh) dan lain-lain. Restorannya sangat besar, selesa dan ada suasana ala-ala kopitiam. Sangat best untuk lepak dan makan. Harga makanan kat sini agak berpatutan dan jauh lagi murah dari makan kat ayam penyet atau warong peyet.

Nasi goreng sarolangun (nasi goreng + udang & sotong goreng tepung + keropok + sayur) - RM7.90
Salah satu makanan western - Mushroom sup + roti (RM4.00) dan roti garlic
nasi padang
seronok lepak dan makan di sini

Restoran ni terletak di Greentown Square dekat area belakang Greentown mall. Senang je nak jumpa restoran ni sebab dari jauh boleh nampak design Minangkabau pada kedai ni.





Thursday, March 1, 2012

Restoran Hj Sharin Low Grand, Ipoh - restoran masakan authentic cina muslim

pada malamnya, kami makan di restoran hj.syahrin low grand yg terletak di jalan greenhill, ipoh tak jauh dengan tower regency hotel. Restoran ni menyediakan makanan authentic cina muslim seperti itik panggang, ketam cili, sup herba dan sebagainya. Restoran ni sebenarnya asalnya dari KL (di jalan Ampang) dan yg di Ipoh ni ialah cawangannya, tapi ramai gak yg kata yg kat ipoh lagi sedap. rasanyan memang betul pun, kat sini memang sedap dan harganya pun tak la mahal dan berpatutuan dengan makanan yg kitorang order haritu.

Antara yg kitorang order ialah itik roasted, ikan kerapu sweet sour, fried butter prawn, sup cina (tak ingat nama apa), udang, sotong, tom yam seafood dan lain-lain...harganya dalam RM250 boleh makan lebih 10 orang. Kira agak murah lah untuk restoran yg macam ni, bukannya restoran biasa. Cuma dinasihatkan kalau datang sini elok datang ramai sebab setiap hidangan memang dibuat untuk beberapa orang dan lagi satu eloklah booking dan order siap-siap sebab ramai sangat yg datang dalam satu masa. Yg pasti memang puas hati makan kat sini.





ikan kerapu besar 
itik roasted
sup cina - tak ingat nama sup ni yg pasti sedap

Wednesday, October 12, 2011

Satay Kajang Aspirasi Bonda (nasi ayam Bukhari)

Kali ni nak kongsi satu tempat yg best nak satay kajang yg sedapkat ipoh...selalunya org ipoh lebih kenal satay kajang serai dekat ngan jusco, tapi kali ni nak kongsi satu kedai satay kajang yg jauh lagi sedap iaitu satay kajang aspirasi bonda nasi ayam bukhari(punyalapanjang nama) yg terletak di Dataran Sunway Ipoh.

Ramai yg tak sedar tentang kedai ni sebab agak tersorok....kadi terletak agak ke dalam gak...dataran sunway ni terletak bertentangan dengan LOST WORLD OF TAMBUN kat area2 sunway hotel in. Sebab tersorok, jadi kebanyakan yg datang ialah pelanggan tetap atau yg dengar dari orang lain...restoran ni buka dari 5.30 petang sampai 11 malam setiap hari Isnin hingga Sabtu

Satay diorang memang istimewa sebab sedap, lembut dan garing...bagi aku satay diorang ni boleh kata antara paling sedap penah aku makan. Selain tu, makanan2 lain kat sini pun sedap menarik dan berpatutan....antara yg ada ialah nasi ayam bukhari (RM4.80), nasi ayam golek sup cendawan (RM6.00), nasi asam pedas (RM5.50), nasi ayam black pepper, ais bandung spesel dan sebagainya.


sataykajang, bandung special, asam pedas


sebarang pertanyaan boleh hubungi:
0135286019 encik rosli 

Friday, September 30, 2011

Coffee Bean Leaf

Baru2 ni makan di coffee bean leaf kat Jusco Ipoh. Sekali sekala kat tempat macam ni memang best....layan je.

salmon bagel, hot coffee and cofucino latte


Dulu masa belaar kat UM penah keja part time kat Coffee Bean leaf Mid Valley...kelebihan coffee bean leaf ni ialah pilihan makanannya yg menarik dan pelbagai berbanding cafe lain yg seangkatan, Masa keje dulu dapat gak try makanan2 yg ada kat sini....hehe

Saturday, August 27, 2011

Buka puasa di restoran Koh Samui, Ipoh

Baru-baru ni kitorang berbuka puasa di restoran Koh Samui yg terletak di Jalan Raja Ekram, Ipoh. Restoran Koh Samui ni ialah sebuah restoran mewah yg menyediakan makanan asli Thai...harga makanan kat sini agak mahal kerana konsepnya ala-ala hotel gak...huhu...sekali sekala






Wednesday, August 24, 2011

Buffet Ramadhan di Hill city hotel, Ipoh

Baru-baru ni kami rakan-rakan sekerja berbuka puasa di hotel Hill city Ipoh. Setiap tahun hotel ni memang terkenal dengan buffet Ramadhan mereka yg menarik berpatutan.

Harga buffet bagi dewasa ialah RM32.00 seorang sementara kanak-kanak RM23.00. Harga ni boleh dikatakan standard di kebanyakan hotel dan restoran di Ipoh. Kelebihannya di sini ialah makanan sentiasa banyak, sedap, menarik dan pelagai jenis. Kitorang pun kena reserve beberapa hari sebelum ni baru dapat makan kat sini. Kalau tak sentiasa penuh je tempat ni



Untuk maklumat harga dan lokasi:
Price:
RM 32.00 (Adult)
RM 23.00 (Children 5-12 Years)

HILL CITY HOTEL AND CONDO
Address :
No. 227, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah (Jalan Gopeng)
Telephone :
05-3135555 or 05-3133155










Monday, August 15, 2011

Berbuka puasa di Restoran Black Canyon @ Jusco Ipoh

Baru-baru ni berbuka puasa di Restoran Black Canyon kat Jusco Ipoh dengan abang, kakak ipar dan anak-anak buah. Saja sekali sekala teringin pulak nak buka puasa dengan makanan yg lain sikit. Di restoran ni memang banyak menu yg agak lain sikit..

Sebelum ni pernah makan di sini....not bad dan lain dari yg lain
Lihat post sebelum ni http://kirapu.blogspot.com/2011/05/restoran-black-canyon-jusco-ipoh.html

sasame fish rice + mini tomyum

stick chicken


curi curi

Harga makanan kat sini boleh tahan, cuma minuman agak mahal....huhu...yg pasti sedap