Monday, December 31, 2012

Mi kicap Ipoh

Di Ipoh ni ada satu makanan yg agak popular di Ipoh je tapi susah nak dapat kat tempat lain iaitu mi kicap. First time dengar dan makan mi kicap ni pun sejak duduk kat ipoh. Kat tempat lain susah nak dapat mi kicap (yg halal), tapi kat ipoh kat mana-mana je ada mi kicap. Mi kicap ni selalunya di makan pada waktu pagi dan petang selain nasi lemak. Mi kicap biasanya dimakan dengan kuah sup atau kari. Pada waktu pagi banyak kedai-kedai Melayu sekitar ipoh ni yg jual mi kicap.

Antara kedai mi kicap yg paling popular ialah kedai mi kicap/kari Hj. Mat Jasak. Kalau tak silap, kedai-kedai Mat Jasak sekarang diusahakan oleh cucu-cucu beliau. Kedai ni saja ada banyak cawangan kat Ipoh ni dan yg paling terkenal ialah gerai kat divider dekat dengan jalar besar depan Pasar besar Ipoh.

Di kebanyakan kedai mi kicap diorang tak dimasak tapi cuma campur sikit dengan kari je. Mi kicap yg betul-betul sedap ialah kuahnya dimasak dan agak cair. Salah satu kedai yg boleh dapat mi kicap macam ni ialah di restoran taman Alkalf kat Silibin. Ni gambar di restoran tu masa kawan-kawan dari KL datang ipoh dan mengidam nak makan mi kicap...haha





white coffee (kat ipoh dipanggil kopi je)

5 comments:

  1. wah...saya org ipoh pon bru taw ada mi kicap..hurm..silibin, dah dekat dah tuh...boleh la terjah lpas ni :p

    ReplyDelete
  2. laa, ada belambak mi kicap kat ipoh ni. paling banyak kat sekitar pekan dan manjoi

    ReplyDelete
  3. nak rasa sikit... macam sedap jer

    ReplyDelete
  4. haha...boleh lah cuba bila2 ni

    ReplyDelete
  5. Sedih... baru mkn td.. xde la sedap mana pon

    ReplyDelete