Thursday, January 5, 2012

Trip ke Songkhla

Esoknya kami bercadang untuk terus melawat ke bandar Songkhla yg terletak kira-kira 25km dari Hat Yai. Bandar Songkhla ialah ibu negeri bagi wilayah Songkhla tetapi Hat Yai ialah bandar tebesar di wilayah Songkhla.
Di Hat Yai ada banyak transport agency kalau nak ke Songkhla. Harganya pun tak mahal dan boleh bawa ke hampir semua tempat menarik di Songkhla.


Antara tempat paling popular di Songkhla ni ialah Pantai Samila. Nama asal pantai Samila ni dulu ialah pantai Bismillah. Pantai Samila ni terkenal dengan patung duyung yg mempunyai lagenda tersendiri. Masa sampai sini jumpa ramai gak orang Malaysia datang sini. Banyak gak yg datang dengan kereta sendiri.




Dalam pejalanan seterunya, kami terlalu di depan konsulat Malaysia...beria-ria lak kami nak singgah kat sini tangkap gambar.Macam takde benda lain nak buat,,,,haha. Cantik gak bangunan konsulat Malaysia ni.

depan Konsulat Malaysia

Dekat ngan konsulat Malaysia ni, ada satu bukit iaitu Khao Tang Kuan. Di atas puncak bukit ni boleh nampak sebahagian besar bandar Songkhla dan juga Tasik Songkhla iaitu tasik terbesar di Thailand dengan keluasan hampir seluas negeri Perlis.

pemandangan bandar Songkhla dan tasik Songkhla dari atas bukit
Seterunya pegi Songkhla Aquarium. pegi tangkap gambar je, tak masuk pun dalam.



Dah puas berjalan di sekitar pantai Samila ni, kami menuju ke Tasik Songkhla yg sangat besar tu. Di atas tasik ada beberapa pulau antaranya pulau Ko Yai dan Ko Si. Tasik Songkhla ni airnya air masin bukan air tawar. Di atas tasik ni gak ada sebuah jambatan terpanjang di Thailand iaitu jambatan Tinnasulanon.

di atas Tasik Songkhla di Pulau Ko Yai
dari sini boleh nampak jambatan Tinnasulanon yang panjang
patung sleeping Buddha
Dah puas berjalan di Songkhla ni, kami pun balik ke Hat Yai. Dalam pejalanan ada floating market yg popular dikalangan pelancong Malaysia tapi dengar kata tutup pada hari tu...

6 comments:

  1. Floating market tu kalau tak silap buka pada hari Jumaat hingga Ahad je iaitu dari petang bawa ke malam...

    ReplyDelete
  2. @Mie: tu lah, kami pegi dari hari selasa sampai jumaat

    ReplyDelete
  3. @ kak mah: timaseh...tapi, mana la boleh nak lawan blog kak mah tu yg dah pegi banyak tempat

    ReplyDelete
  4. wah best aje tengok.. Yg pergi mesti lagi best (^^,)

    ReplyDelete
  5. mesti la best..tak puas..hehe

    ReplyDelete