Wednesday, January 4, 2012

Trip ke Hat Yai - part 1

Bulan lepas tune hotel buat promosi opening di Hat yai 10 Bath ( dalam RM1) semalam...tak sangka plak try2 kat website diorang 'ter'dapat lak booking 2 malam 20 bath...hehe. Dengar kata ramai yg try tak dapat...betuah betul kali ni. Tambah satu malam lagi jadi 3 malam dalam 500 bath (dalam RM50)..okay, kali ni dapat lah ke Thailand pulak dengan bajet yg sangat ciput.

Pegi ke Hat Yai pada dua minggu lepas betolak dari Ipoh pukul 12.45 naik bas, tiket bas RM45 seorang. Sampai di Hat Yai lebih kurang pukul 7 waktu sana.

cek pasport di Pekan Sadao, Thailand

check in Tune hotel..10 Bath semalam...wahaha

Lepas check in, terus cari makan...dekat2 ngan Tune Hotel ada satu restoran yg nampak cambest dan halal, kitorang pun try la..makanan kat situ memang sedap dan sangat banyak pilihan. Nama restoran Bird Nest

datang ke Thailand mestilah wajib makan tom yam

Dah makan, pegi merayau-rayau di sekitar kota Hat Yai. Tak banyak benda boleh buat, sampai sana pun dah malam. Yang pasti, Hat Yai tetap meriah di malam hari. Kat sana waktu malam sangat happening..best sangat



Gajah kat tengah-tengah bandar



ada banyak gerai makan Melayu/Islam kat Hat Yai ni





8 comments:

  1. Ehem ehem gi Hat Yai ye...

    Saya pun akan ke sana tapi bulan Jun nanti, naik flight dgn enam orang member. Dah booking Tune Hotel jugak. hehe

    Ceciter lagi apa yg menarik kat sana selain floating market...

    ReplyDelete
  2. menarik bro kaki jalan gak ekk
    pasni nak g mana plak leh la joint back pack... terbaek

    ReplyDelete
  3. memang kaki jalan pun...tak tau lagi lps ni nk pegi mana..(nama pun back pack..hehe).Tapi rasanya lepas ni susah gak nk pegi luar negara lagi...huhu.

    ReplyDelete
  4. @Mie: antara yg menarik kat sana ialah hatyai park, ad patung2 Buddha kat atas bukit dan kereta kabel. kat sini boleh nampak sebahagian besar Hat Yau

    kalau ke hatyai wajib ke songkhla..kat sini lagi byk tempat menarik antaranya pantai samila dan tasik tonle Sap...tasik yg sgt besar selus negeri perlis dan ada jambatan panjang kat atas tasik ni

    kalau kat hat yai malam2 lepak kat bandar je dah best..meriah sana

    ReplyDelete
  5. TQ Kira, tapi member nak ajak gi sampai ke Krabi, tatau la sempat ke tidak sbb cuti empat hari saja.

    ReplyDelete
  6. pegi Krabi lagi bagus...pantai sana cantik. rasanya sempat je..1 malam di Krabi pun dah cukup (dengar kata, tak penah la pegi)

    ReplyDelete
  7. glamer kami dapat masuk dalam blog. hehehehee. Blog mmg bagus. Penuh informasi.

    -zrull-

    ReplyDelete
  8. thanks zrull...baca2 lah selalu =)

    ReplyDelete