Tak jauh dari Pasar Payang terdapat sebuah restoran yg terletak di atas air iaitu Restoran terapung MBKT. Memandangkan kitorang memang dah sangat lapar, kitorang pun pegila makan kat restoran ni. Lagipun restoran ni nampak macam menarik je, betul-betul atas air.
Banyak gak pilihan makanan yg terdapat di sini. Selain lauk pauk untuk makan tengahari, ada juga makanan lain seperti mi sup dan makanan goreng. Makanan di sini memang sedap dan yg paling best ialah makan sambil merasai tiupan angin laut pantai timur yg nyaman dengan pemandangan yg cantik.
|
atas restoran |
|
pemandangan ygmenarik |
Makanan di sini boleh dikatakan
agak murah. Makanan yg kitorang ambik haritu untuk 4 orang termasuk 2 ekor ketam masak merah yg agak besar sekali minuman baru lbh kurang RM24.00. Kat mana lagi nak dapat tempat yg best maam ni dengan hargan makanan yg sangat murah..sedap pulak tu. Rasa menyesal plak tak amik banyak2.
|
makanan kitorang baru RM24.oo (sekali 2 ekor ketam) |
Kesimpulannya, makan kat sini memang best. Tempat menarik, makanan sedap dan murah. Restoran besar, pemandangan pun cantik. Sesiapa yg pergi Kuala Terenganu singahlah makan di sini....(promote)
huaaa. pernah nak try makan situ. tapi tkot mabok. hak3. tros g pasar SAHAJA! haha
ReplyDeletemabuk laut ey....restoran ni yg kat belah depan atas darat
ReplyDeletepergh....murah nyer. mcm menarik jer tuh. bila la nak sampai ke KT lagi....
ReplyDeleterasanya sume makanan kt KT ni murah2 kot...
ReplyDeletethanks 4 dis kOmen tentang makanan nan minuman at restOran tu .. (pembancuh minuman at restOran terapung desa).. please cOme again ! ;)
ReplyDeletesy amik 3 gambar kOrg .. xpe kan ??
ReplyDeleteok2...boleh je...makanan kat sini mmg sedap....minuman gak
ReplyDelete