Wednesday, February 2, 2011

Perjalanan ke pantai timur - Grik dan Tasik Banding

Pada 31 Januari lalu bermulalah percutian kami yang bajet tapi sangatlah puas dan menyeronokkan di pantai timur selama 4 hari 3 malam dengan kos kira2 RM300 seorang termasuk makan dan hotel. Antara destinasi yg dituju ialah Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kertih, Kuantan dan Bukit Tinggi.

Perjalanan bermula di Ipoh menuju ke Grik. Kami sempat singgah bersarapan di Sungai Perak.

Pekan Grik
Tasik Banding

Dalam perjalanan ke Kelantan, terperasan pula satu kawasan yg agak agak cantik. Lagipun sejak akhir-akhir ni memang agak selalu gak dengar nama tempat ni iaitu Tasik Banding. Jadi kami pun singgahlah di sini untuk bergambar. Memang ramai yg berhenti di sini bergambar. Kat sini ada gak restoran, hotel dan kemudahan lain.

menara tinjau khusus untuk pelawat
baik punya pose....blh jadi cover majalah ni.....hehe
Kawasan hotel Banding inn
sesuka hati bersiar-siar di kawasan hotel walaupun tak menginap
swimming pool hotel mengadap tasik, Banding....mesti best kalau swimming kt sini





2 comments: