Wednesday, June 13, 2012

Dari Singapore ke Batam, Indonesia

Di Harbour Bay, kami menaiki ferry untuk Batam...kat sini ada beberapa jenis feri dan harga ptuket pun berlainan. Feri yg kami naik tu kalau tak silap S$23. View sepanjang perjalanan ke Batam sangat cantik dan menarik kerana boleh tengok Singapore dari view yg berbeza tetapi sangat jelas. Kalau tak silap antara tempat yg lalu ialah downtown Singapore, Pulau Sentosa dan kawasan2 yg baru dibangunkan di atas tanah yg ditambak. Sepanjang perjalanan, kami berdiri di luar feri untuk tengok view cantik ni sampailah ke Terminal ferry di Batam. Dalam 1 jam gak la berdiri kat luar tu.

menuju ke Batam



Singapore skyline


Trip Batam

Di Batam terdapat beberapa terminal ferry. Kami naik feri yg berhenti di termnal feri Batam Centre. Dari Batam centre, kami menuju ke Nagoya untuk check in hotel. Nagoya ni adalah kawasan tumpuan di Batam dan merupakan pusat belanja yg mana di sini terdapat banyak hotel dan beberapa pusat membli belah.

Batam Centre 
Malam tu jalan-jalan di sekitar Nagoya, tak sempat pun nak bergambar...masing-masing dah penat dan lapar...haha. Lagipun Batam agak gelap di waktu malam. Jadi tak ada lah gambar-gambar di Batam pada waktu malam..huhu.

Esoknya, kami dah bersiap nak balik...kami di sekejap je, tampai pun sehari...tak sempat pun nak pergi ke tempat yg menjadi tumpuan pelancong seperti Jambatan Barelang yg sangat terkenal di sini. Awal pagi tu, lepas check out hotel, kami ke kedai kek yg menjual kek pisang. Rupanya kek pisang sangat terkenanl sebagai makanan khas Batam...(padahal di Malaysia mana2 pun ada kek pisang)..haha. Tapi kek pisang di sini atasnya diletak pelbagai jenis perisa seperti cokelat dan cheese, macam brownies di Bandung.

Seterusnya sebelum balik sempat singgah di Coastarina, Batam yg merupakan salah satu kawasan perlancongan di Batam. Kawasan ni dibuat theme park dan sebagainya tapi sayang waktu kami datang sini, tempat ni agak kurang terurus. Dari sini boleh nampak jelas view Batam Centre.

Coastarina, Batam


haha
Setelah puas bergambar di sini kami, pun siap untuk balik. Diorang semua balik ke Pekanbaru, Riau naik flight dari Batam sementara aku sorang-sorang balik ke Johor naik boat dari Batam centre..sedih betul..huhuhu. Semoga jumpa lagi di lain masa...seronok dan puas jalan ngan korang semua.

selamat tinggal Batam 









10 comments:

  1. 2la,cadang nak g singapore jgak.tp kos die mhal kot..awl tdo sne skali ker pegi balek jer?

    ReplyDelete
  2. tido sane...tapi tido rumah sedara salah sorang dari diorang...

    ReplyDelete
  3. cayalah.. x tfkir pon bleh pegi batam dr spore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep dan tak tepikir pun view singapaore nak ke batam cantik betul.
      nak pegi batam dr johor pun boleh gak...

      Delete
  4. Selain tempat shopping, apa lagi yg menarik kat Batam ni...

    Betul ke slang diaorang cakap macam kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau la...tak sempat pun nk expolore. tapi batam ni bukan kota pelancongan mcm medan dan bukit tinggi..
      slang tu pun tak pasti sebeb tempat yg kami pegi banyak rakyat indonesia dr wilayah lain. tapi dengar kata mmg ada kawasan2 tertentu yg slang diorang mcm johor

      Delete
  5. Salam kira.

    Err..sebenarnya, lana konfius, batam tu, sebahagian dari Indonesia ya?

    Lagi satu, totally, belanja tuk sorang agak2 banyak tak? Teringin la pla nak gi singapore-batam. Kira gi singapore naik kereta ke apa?

    ReplyDelete
  6. haah...Batam tu dah masuk Indonesia...takde apa sangat pun, tempat2 pelancongan dan shopping lebih kurang macam Malaysia je.

    kitorang pegi Singapore naik air asia, masa tu ada promo RM70++ je sehala. Boleh je pegi Singapore naik kereta sendiri atau naik bas dan keretapi.

    ReplyDelete
  7. Naik feri pergi dan balik...mencabar sungguh..

    ReplyDelete
  8. tak la mencabar mana...feri tu pun selesa dan laju

    ReplyDelete