Friday, February 10, 2012

Muzium Kapal TLDM, Lumut dan Marina Island

Dalam beberapa minggu ni banyak betul cuti...haha. Kali ni balik jalan-jalan di sekitar kampung kat Manjung tu je la. Tapi nasib baik la di kampung ni banyak gak tempat pelancongan oleh itu cuti harus digunakan dengan sebaik-baiknya iaitu dengan melancong di tempat sendiri...hahaha

Di Lumut sekarang ada satu lagi tarikan terbaru iaitu muzium kapal perang TLDM yg terletak di Lumut Waterfront. Muzium terapung ni sebenarnya adalah sebuah kapal lama milik TLDM dijadikan muzium sempena Lumut sebagai bandar tentera laut. Kawasan ni sekarang menjadi tumpuan orang ramai kerana di sini gak terdapat sebuah food court tepi laut dan tapak permainan. Sesuai sangatlah pun kalau datang sini seisi keluarga.

muzium kapal TLDM

depan food court
Seterusnya kami pergi ke Pangkor Marina.Island. Di sekitar jeti Marina ni sekarang ada gerai-gerai makan yg dibina atas air. Malam-malam lepak-lepak minum kat sini memang best lah sambil menikmati pemandangan menarik di pulau buatan ni.

kawasan parkin depan jeti marina



Dulu ramai yg jangka bila buka je feri baru kat Marina Island, pekan Lumut akan kurang meriah tapi sebaliknya yg jadi. Dua2 jeti penuh dengan orang dan pekan Lumut tetap sama malah sekarang makin meriah.  Tempat parking di kedua-dua jeti sentiasa penuh. Jeti lama di Lumut tetap jadi pilihan terutama bagi penduduk Pangkor sebab kat sini parking berbumbung. Harga tiket nak ke Pangkor sama je cuma kalau dari Marina Island kurang 10 minit dah sampai Pangkor.


Read previous post about Marina Island:

5 comments:

  1. best nye jalan2.. lame dh tak g mana2 amik angin ni..

    zam bw kat sini ae.. jemput sggh ke blog :)

    ReplyDelete
  2. bro parking kereta berapa...? macam mana kira?

    ReplyDelete
  3. kalau hujung minggu percuma je...tak tau lak kalau hari lain

    ReplyDelete
  4. Kalau baik bot pusing2 pulau brapa ye Akan di charge

    ReplyDelete