Monday, December 19, 2011

Mutiara Damansara dan Putrajaya

Masa di KL baru ni kitorang lepak di Mutiara Damansara sebab dah lama rindu nak datang sini..hehe. Masa zaman belajar dulu, Mutiara Damansara ni antara shopping mall yg tak ramai orang tapi sekarang dah sesak nak parking pun susah. Suka betul datang tempat ni terutamanya makan di IKEA, makanan paling famous kat sini dah tentulah meatball diorang yg paling sedap di dunia tu (suka2 ja)...selain tu, makanan2 western kat sini betul2 western,sedap dan tak mahal...air pulak boleh refill banyak kali.

di IKEA Mutiara Damansara. datang makan je...haha

dalam food court IKEA

Dah puas makan kat IKEA, lepak kat The Curve.


tengok performance jazz kat The Curve

Dah puas lepak kat Mutiara Damansara (tak puas pun sebenarnya) bergerak ke Nilai. Sementara nak ke Nilai singgah dulu di Putrajaya...Kat Putrajaya ni kawasan kediaman banyak, tapi nak cari kedai makan susah, tak banyak pilihan. Lama gak la berpusing di Putrajaya ni nak cari tempat makan yg okey sikit. Sayang, kawasan perumahan banyak, besar2 tapi kawasan komersil sikit...terlampau planning sangat agaknya.

Malam tu selepas makan lepak sekejap di Jambatan Seri Wawasan, Putrajaya menyaksikan pemandangan Putrajaya di malam hari. Putrajaya memang cantik dan indah dengan lampu2 tapi terlalu sunyi sepi di malam hari. Malam minggu pun sunyi sepi... tunggu ada program apa2 kot baru meriah









1 comment:

  1. No matter if some one searches for his necessary thing, therefore he/she wishes
    to be available that in detail, so that thing is maintained over here.


    my web blog: medical negligence solicitors

    ReplyDelete