Tuesday, July 26, 2011

Restoran 3R mi udang lipan, Pantai Remis


Beberapa minggu lepas bersama keluarga pergi ke Pantai Remis untuk menikmati mi udang lipan. Mesti ramai yg tau dan tak pernah merasai udang lipan. Disinilah salah satu tempat kalau nak rasa udang lipan. 

Restoran tersebut ialah Restoran 3R mi udang lipan. Kalau dari Manjung atau Ayer Tawar, restoran ni terletak selepas melalui Pekan Pantai Remis dan hanya beberapa km je dari pekan. Walaupun restoran ni terletak agak ke dalam, tapi nak jumpa senang je sebab dari tepi jalan utama dah boleh nampak sign board besar tunjuk arah ke kedai ni.

Antara makanan yg popular di sini semestinya mi udang lipan dan juga mi goreng udang lipan. Selain itu, ada pelbagai jenis makanan berasaskan seafood memandangkan Pantai Remis memang terkenal dengan makanan seafood.


mi udang lipan
nasi goreng udang lipan
model-model cilik bergambar di depan kedai makan....hehe




1 comment:

  1. dah penah makan mi udg lipan ni kat panatai remis
    tapi syg tak sedap sgt T_T

    ReplyDelete