Wednesday, June 8, 2011

i-city Shah Alam

Dari KLCC kitorang pergi ke I-City yg terletak di Shah Alam. Tempat ni dah menjadi semakin popular terutamanya untuk bergambar, melepak dan makan. Di sini juga ada arked permainan, show reptilia dan snowwalk iaitu tempat salji buatan. Nak sampai ke sini senang je, dari Jalan Persekutuan keluar exit Kampung Jawa dan ikut je signboard yg banyak kat sini. Bayaran masuk ialah RM15.00 satu kereta pada hujung minggu dan hari biasa RM10.00. Kalau nak tengok salji kena bayar RM25.00 seorang untuk masuk ke snowwalk.



snowalk - tempat salji buatan
bangunan arked hiburan

2 comments: