Saturday, May 21, 2011

Jom tengok Nur Kasih The Movie

Drama Nur Kasih betul-betul mencipta fenomena. Mana taknya, drama ni mencipta rekod rancangan tv paling ditonton di Malaysia dan memenangi pelbagai anugerah dan tak dinafikan sangat best termasuk kepada mereka yg tak meminati drama tv. Kerana terlalu mendapat sambutan drama dibuat sambungan dalam bentuk filem.

Tapi best ke filem Nur Kasih the movie ni? Ada yang kata best, ada yg kata tak best dan tak kurang ramai gak yg sangat best. Rasanya bergantung kepada selera orang yg tengok la agaknya. Yang pastinya filem-filem Kabir Bhatia memang sentiasa berkualiti samada dari sinematografinya mahupun jalan cerita. Nak tau filem Nur Kasih ni betul-betul best ke tak kenalah tengok sendiri.



Semalam (20 Mei) kitorang dengan terujanya (walaupun ada yang kata filem ni biasa je) pergilah TGV Jusco untuk tengok citer ni. Tiket pukul 10 malam memang dah penuh tinggal midnight je yang ada lagi. Harga tiket kat Jusco ni sangatlah mahal, RM13.00 rasanya antara yang paling mahal kat Malaysia ni. Dah la tu tiket wayang kat sini selalu fullhouse, sebab tu la kot boleh letak harga mahal. Tak kisahlah asalkan dapat gak masuk panggung.

sementara tunggu midnight lepak kt ground floor, kedai sume dah tutup....buat macam rumah sendiri la plak...hehe
dh puas lepak kat ground floor, lepak kat roof top pulak

akhirnya saat yg ditunggu
set popcorn yg menarik di TGV

Bagi aku filem ni memang best dengan ending yg perfect...jalan cerita pun best. Filem ni kena tengok betul-betul kalau tidak mungkin ada yg tak paham enidng dia. Secara keseluruhannya aku bagi lima bintang. Filem best, jalan cerita meanrik, gambar cantik, skrip berkualiti. Tersentuh hati tengok filem ni. Ramai je lelaki-lelaki macho masuk wayang tengok citer ni..hehe Lepas habis citer ni ramai penonton tepuk tangan.. Dan dengar kata filem ni takkan disiarkan di Astro first. Jadi kenalah cepat2 pegi tengok kat panggung.

Trailer Nur Kasih


OST Nur Kasih

7 comments:

  1. wah.betul2 best ke?ruginye xdpt tgk..

    ReplyDelete
  2. ade kat terengganu..cni xde wayang..

    ReplyDelete
  3. @ amin: duk area mana? Kat Kerteh kan ada TGV

    @ wan suhail: best...tapi mgkin ad gak yg x minat...kebanyakan kata best

    ReplyDelete
  4. saya dok kat marang.,asal perak,skg blajar cni.kerteh jauh dari cni.dulu dok PUO leh g jj.huhu

    ReplyDelete
  5. yelah, tak jauh kan dgn poli tu

    ReplyDelete