Thursday, September 20, 2012

Mengunjungi pekan Parit

Dah lama sangat tak ke pekan Parit. Biasanya pun sekadar lalu kalau dari Beruas nak ke Ipoh atau Kuala Kangsar. Pekan Parit ni ialah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Perak tengah  kira-kira 14 km dari Seri Iskandar.

Cuti baru-baru datang ke sini sekejap untuk menikmati mi hailam pekan Parit. Di pekan Parit ni ada beberapa kedai mi hailam yg agak popular dan antara yg paling polular ialah di satu kedai malayu di tepi sungai Perak terletak berhampiran dengan medan selera. Selain itu, Pekan Parit ni juga popular dengan laksanya (yg hampir sama dengan laksa kuala kangsar), cendol dan masakan-masakan traditional orang Perak seperti gulai tempoyak ikan patin.

Pekan Parit yg kecil dan comel



Memandangkan kami sampai di sini betul-betul pada waktu tengah hari hari jumaat, jadi kami cepat-cepat la singgah ke Masjid Pekan Parit untuk sembahyang Jumaat.

budak-budak ni first time pakai kain pelikat...haha

masjid pekan Parit
sempat lagi shopping...kalau dah perempuan, mana-mana pun boleh shopping

mi hailam pekan parit
setelah makan, jalan-jalan sekejap di sekitar pekan. Berhampiran dengan medan selera ada sebuah jambatan khas pejalan kaki dan motosikal yg menghubungkan pekan Parit dengan kampung Belanja Kiri di seberang sungai iaitu jambatan Cempakasari

jambatan cempakasari 

4 comments:

  1. ala rindu nak gi pekan paritjer tau... alahai tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermanja.. rindu.. rindu...
    cempaka sari dah tak ada yerk...

    ReplyDelete
  2. cempaka sari apa yg dah tak ada tu?? kurang pasti lah sebab jarang datang sini. kampung kat parit ke??

    ReplyDelete
  3. yg gmba ke-3 tu, khemah wrna merah tu, tmpt sy bekerja la tu..
    hehe..

    ReplyDelete