Tuesday, March 15, 2011

Makanan Indonesia dan Minangkabau di Restoran Simpang Tiga, Ipoh

Salah sebuah restoran yg semakin popular di Ipoh kini ialah restoran Simpang Tiga, Ipoh. Istimewanya ialah restoran ini menyediakan makanan asli Minangkabau dan Indonesia dan cawangannya di Ipoh merupakan satu-satunya di Malaysia (cawangan lain kesemuanya di Indonesia). Selain makanan Indonesia, ada juga seksyen untuk makanan Western, Mi kicap (yg popular di Ipoh) dan lain-lain. Restorannya sangat besar, selesa dan ada suasana ala-ala kopitiam. Sangat best untuk lepak dan makan. Harga makanan kat sini agak berpatutan dan jauh lagi murah dari makan kat ayam penyet atau warong peyet.

Nasi goreng sarolangun (nasi goreng + udang & sotong goreng tepung + keropok + sayur) - RM7.90
Salah satu makanan western - Mushroom sup + roti (RM4.00) dan roti garlic
nasi padang
seronok lepak dan makan di sini

Restoran ni terletak di Greentown Square dekat area belakang Greentown mall. Senang je nak jumpa restoran ni sebab dari jauh boleh nampak design Minangkabau pada kedai ni.





4 comments:

  1. wow. . .
    nampak sedap. . .
    harga boleh tahan. . .
    biasa lalu je restoran tu. . .
    hoho. . .
    kne try la ni..

    ReplyDelete
  2. lepas ni kena la try...
    mesti nak lagi =)

    ReplyDelete
  3. kalau kebetulan datan ipoh singgah le. agak mahal tapi berbaloi

    ReplyDelete