Monday, March 26, 2012

tune hotel ipoh - Mulai 30 March ni dari RM39.00 semalam

Tak lama lagi tune hotel akan dibuka di ipoh mulai 30 march ni dengan harga dari RM39.00 ke atas. hotel ni merupakan satu entiti dengan air asia walaupun berbeza pengurusan. Konsepnya sama iaitu bayar untuk apa yg perlu je iaitu harganya hanyalah untuk bed (katil) sahaja dan boleh add on keperluan seperti shower, tv, intenet dan sebagainya dengan harga tambahan.

Berdasarkan pengalaman menginap di hotel-hotel tune yg baru dibina seperti di Kota Bharu dan Hatyai, tune ni memang cukup selesa walaupun kecil. design pun unik dan cantik.
Pengalaman dulu menginap di tune kota bharu:
http://kirapu.blogspot.com/2011/02/tunes-hotel-kota-bharu.html
Tapi dengar-dengar tune hotel yg dah lama seperti di KL dan Kuching kurang memuaskan. Tampahan pula tune yg lama tak ada tv untuk add on dan ada plak bilik yg tak ada tingkap. Kalau bosan tak boleh tidur, tengok dinding la jawabnya...haha.

kalau ceb di laman web diorang, sekarang ni memang boleh dapat harga RM39.00 tapi untuk weekdays la. Kalau weekend dalam RM50.

Kalau tengok design luar hotel ni cantik jugak. Nampak lain dan lagi cantik dari tune hotel kat tempat lain.

pandangan depan
dari tepi...cantik kan
pandangan belakang dengan shopoffice 3 tingkat
Alamat:
Tune Hotel - Ipoh
No. 2, The Host, 
Jalan Veerasamy, 
30000 Ipoh, 
Perak Darul Ridzuan,

No comments:

Post a Comment