Salah sebuah restoran yg semakin popular di Ipoh kini ialah restoran Simpang Tiga, Ipoh. Istimewanya ialah restoran ini menyediakan makanan asli Minangkabau dan Indonesia dan cawangannya di Ipoh merupakan satu-satunya di Malaysia (cawangan lain kesemuanya di Indonesia). Selain makanan Indonesia, ada juga seksyen untuk makanan Western, Mi kicap (yg popular di Ipoh) dan lain-lain. Restorannya sangat besar, selesa dan ada suasana ala-ala kopitiam. Sangat best untuk lepak dan makan. Harga makanan kat sini agak berpatutan dan jauh lagi murah dari makan kat ayam penyet atau warong peyet.
|
Nasi goreng sarolangun (nasi goreng + udang & sotong goreng tepung + keropok + sayur) - RM7.90 |
|
Salah satu makanan western - Mushroom sup + roti (RM4.00) dan roti garlic |
|
|
nasi padang |
|
seronok lepak dan makan di sini |
Restoran ni terletak di Greentown Square dekat area belakang Greentown mall. Senang je nak jumpa restoran ni sebab dari jauh boleh nampak design Minangkabau pada kedai ni.
yang paling sedap perut (babat)masak lemak dengan rendang daging marvelous.
ReplyDelete