Tuesday, July 24, 2012

Trip ke Melaka - part 2

Malam tu lama jugaklah cari hotel yg dah dibooking sebelum ni...hotel pulak tak berapa nak bagus. mahal jugak hotel2 kat melaka ni. Esoknya dah dekat pukul 12 baru start jalan2...huhuhu. Tempat pertama ialah Dataran Pahlawan, biasalah kalau dah jalan dengan perempuan ni wajiblah pegi tempat shopping. ok jugak shopping kat sini, banyak pilihan dan harga boleh tahan.



kemudian kami ke Menara Taming sari yg terletak dekat je dengan Dataran Pahlawan. Menara Taming Sari ni merupakan landmark bandaraya Melaka kerana selain popular, menara ni boleh nampak dari jauh. Tak lengkap kalau ke Melaka ni kalau tak naik menara ni. Bayaran masuk ialah rm10 untuk pelancong tempatan dan RM20 bagu pelancong asing. Dari atas ni boleh nampak keseluruhan bandar Melaka hinggalauh sejauh Klebang dan menara ni berputar 360 darjah.

depan kompleks Menara Taming Sari
view dari atas menara berputar menara taming sari


Seterusnya kami berjalan-jalan di sekitar Melaka. Niat asal nak bejalan di sepanjang sungai Melaka tapi tak sempat sebab petang tu jugak nak balik ke KL. Jadi pegi je lah mana yg sempat dan antaranya ialah tempat tempat bersejarah di sekitar bandar hilir



kota A Famosa


Masa nak balik balik sempat singgah di Coconut shake di Klebang dan tapau asam pedas di restoran asam pedas claypot yg popular du Melaka ni. Ramai betul orang kat coconut shake ni, lama gak la baru dapat duduk. 







7 comments:

  1. Jalan - jalan terus, ingin jugak lah ke melaka. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sama bg :D
      apalagi setelah melihat view dari atas Menara Taming Sari tuh.. cool!!

      Delete
    2. perhatikan, rupanya di Melaka juga ada becak :P

      Delete
    3. di Melaka ni memang ada beca..di Penang pun ada

      Delete
    4. Penang pun ada ? aku takde nampak lah :(

      Delete
    5. beca di Penang mmg tak sebanyak di Melaka

      Delete
  2. @Agri & Edri: lain kali jom datang ke sini =D

    ReplyDelete