Wednesday, July 11, 2012

Trip ke Melaka - part 1 - Melaka rivercruise

Dari Johor, kami terus bergegas ke Melaka. Niatnya nak naik rivercruise waktu malam. takut gak kalau tak sempat. Tak lengkap kalau ke Melaka tak naik rivercruise Melaka ni terutamanya pada waktu malam. harga tiket ialah rm10 seorang bagi pelancong tempatan. Rivercruise ni akan melalui banyak tempat-tempat menarik dan seperti Kampung Molten dan sebagainya. Selain tu di sepanjang rivercruise ni bolehlah menyaksikan keindahan sepanjang sungai dengan cahaya lampu-lampu dan menyaksikan banyak bangunan-bangunan bersejarah serta beberapa jambatan dan agak jauh jugaklah berlayar sehingga kalau tak silap sampai ke station monorail Melaka. Memang berbaloi sungguh naik river cruise ni.

sampai di Melaka...terus ke Melaka Rivercruise

beratur panjang...lama gak nak tunggu naik river cruise ni
sedia untuk berlayar
view di sepanjang sungai
bangunan2 lama yg cantik dan meriah
kampung Molten...yg dibelakng tu ialah Melaka monorail yg agak kurang popular

mendarat
sebelum balik berposing ala-ala model dulu....haha

Dekat dengan rivercruise ni ada beberapa kedai makan dan salah satunya kedai asam pedas...sedap jugak la asam pedas kat sini cuma agak kuang masin...yg pasti dari dulu memang suka makan asam pedas Melaka/Johor. Asam pedas belah utara agak lain sikit rasanya dan tak sesedap di sebelah selatan.

Seterusnya kami mencari hotel yg telah dibooking awal2 di agoda. Kalau ke Melaka ni eloklah booking awal2 sebab hotel di Melaka ni memang agak mahal, lagi mahal dari di KL kalau tak booking dulu.  

6 comments:

  1. dah lama tak ke melaka... wish list tahunni tapi dah bulan julai tak dapat pergi lagi.. tak penah lagi naik bendani...
    kalau belah utaratu bukan asam pedas kot mcm asam rebusjer...

    ReplyDelete
  2. sebenarnya kami pun dh lama gak tak pegi melaka...melaka skrg makin cantik. banyak perubahan.
    Kat utara mmg asam pedas tapi banyak kunyit ngan bunga kantan

    ReplyDelete
  3. wahh cantik sangatlah malaka nih bang... kapan2 kesanalah kita ya bg hahaha :D

    ReplyDelete
  4. ye, boleh2...nanti bila2 kita ke sana...banyak tu tempat2 menarik di sana =)

    ReplyDelete
  5. di sepanjang sungai ni memang cantik dan bewarna warni

    ReplyDelete