Friday, July 27, 2012

Pembukaan Billion baru Manjung

Hari ni (27/7) balik ke Manjung dan kebetulan pula ada pembukaan pasar raya Billion yg baru. Billion ni terjetak di area Pundut jalan ke Lumut berdekatan dengan IPD Manjung. Billion baru ni juga menggantikan BiIllion asal yg terletak di Taman Samudera. 

Billion baru ni sangat lah besar, jauh lagi besar dari Tesco dan Giant Manjung. Kedai-kedai lain yg disewa pun banyak dalam ni, macam-macam jenis kedai dan cafe ada kat sini walaupun bukan dari brand yg popular. Waktu sampai sini dalam pukul 11 lebih malam tapi orang masih sgt ramai. Hampir semua kedai masih buka sampai ke lewat malam. Nampak gayanya Billion masih menjadi pilihan penduduk Manjung walaupun dah ada tesco dan Giant beberapa kilometer je dari sini.


Tuesday, July 24, 2012

Trip ke Melaka - part 2

Malam tu lama jugaklah cari hotel yg dah dibooking sebelum ni...hotel pulak tak berapa nak bagus. mahal jugak hotel2 kat melaka ni. Esoknya dah dekat pukul 12 baru start jalan2...huhuhu. Tempat pertama ialah Dataran Pahlawan, biasalah kalau dah jalan dengan perempuan ni wajiblah pegi tempat shopping. ok jugak shopping kat sini, banyak pilihan dan harga boleh tahan.

Wednesday, July 11, 2012

Trip ke Melaka - part 1 - Melaka rivercruise

Dari Johor, kami terus bergegas ke Melaka. Niatnya nak naik rivercruise waktu malam. takut gak kalau tak sempat. Tak lengkap kalau ke Melaka tak naik rivercruise Melaka ni terutamanya pada waktu malam. harga tiket ialah rm10 seorang bagi pelancong tempatan. Rivercruise ni akan melalui banyak tempat-tempat menarik dan seperti Kampung Molten dan sebagainya. Selain tu di sepanjang rivercruise ni bolehlah menyaksikan keindahan sepanjang sungai dengan cahaya lampu-lampu dan menyaksikan banyak bangunan-bangunan bersejarah serta beberapa jambatan dan agak jauh jugaklah berlayar sehingga kalau tak silap sampai ke station monorail Melaka. Memang berbaloi sungguh naik river cruise ni.

sampai di Melaka...terus ke Melaka Rivercruise

Monday, July 9, 2012

Trip ke Senai dan Johor Premium Outlet (JPO)

Dua minggu lepas pegi ke Johor pula untuk menghadiri kenduri kahwin kawan kat sana. Sampai sini pun dah agak lewat dalam pukul 4 petang. Rumahnya terletak di Senai tak jauh dengan JPO atau Johor Premium Outlet. Memang dari awal niat nak pergi ke JPO tapi tak sangka pulak sangat dekat.

Thursday, July 5, 2012

Menikmati Mc Cafe di McD Kota Damansara - Mc cafe pertama di Malaysia

Baru-baru ni masa di KL, berpeluang menikmati Mc Cafe di McD kota Damansara. Mc Cafe ni merupakan yg pertama di Malaysia dan baru je diperkenalkan beberapa minggu lepas. Sebelum ni pernah minum Mc Cafe dan pancakenya masa di Singapore. Minuman mc cafe macam capucino, mochiato, dan cafe latte memang sedap. Mc cafe ni dah lama ada negara lain seperti Singapore, Thailand dan Indonesia dan baru sekarang nak masuk Malaysia...huhu. dan yg peliknya set kat singapore tu lagi murah dari kat sini.Yang pasti rasa kopi diorang terutama capucino lagi sedap dari di stabuck dan coffee bean..tak tau la kalau bagi orang lain mungkin lain kot. Yang pastinya memang minat betul minum kopi ni terutama di Mc cafe.

excited

Monday, July 2, 2012

Bangunan Perak Darul Ridzuan / SUK, Ipoh

Inilah dia bangunan Perak Darul Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Bangunan SUK yang
merupakan salah satu landmark negeri Perak khususnya Ipoh. Bangunan ni merupakan pejabat setiausaha kerajaan negeri Perak dan di sini lah letaknya Dewan Sidang DUN dan juga pejabat menteri besar negeri Perak. 

Bangunan ni terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh. Selain itu, bangunan SUK ini pernah dilanda kontroversi tiga tahun lepas kerana di sini lah berlakunya pertukaran kerajaan negeri secara tidak demokrasi dan seterusnya berlaku perhimpunan haram dari pihak yang tidak berpuas hati. Sayang betul, bangunan cantik macam ni tak terlepas dari kontroversi. Sedangkan bangunan SUK Perak ni diiktiraf antara yang tercantik di Malaysia dan pernah memenagi beberapa anugerah termasuk dari segi pengurusan berkualiti.


pandangan dari belakang
pandangan depan

sebahagian dalam


bangunan lama