lepak2 depan Thamrin city...puas tunggu diorang sibuk shopping |
Monumen Nasional (MONAS)
Seterusnya kami melawat MONAS (Monumen Nasional) iaitu tugu monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia memperjuangkan kemerdekaan. Bahagian atas tugu ni dibuat daripada emas. Di tugu MONAS ni, pelancong boleh naik ke puncak atas dan menikmati panorama kota Jakarta dari atas. Tapi, sebab waktu pun dah malam, kami hanya bergambar di luar tugu sahaja.
depan MONAS |
Jalan Sabang (Jalan Hj. Agus Salim)
Dah puas bergambar, kami pun pegi check in hotel yg terletak tak jauh pun dari MONAS ni iaitu Maxonehotel.com yg terletak di Hj. Agus Salim atau lebih dikenali sebagai Jalan Sabang. Hotel ni kami booking dari website airasia awal-awal. Harga diorang kira amat berpatutan bagi sebuah hotel baru yg terletak di lokasi strategik di tengah kawasan tumpuan kota Jakarta. Perasa ramai gak orang Malaysia menginap di sini. Hotel ni designya sangat cantik,stail,cozy dan walaupun agak kecil tapi lansung tak terasa.
Selepas check in, kami berjalan-jalan di sekitar Jalan Sabang untuk makan. Jalan Sabang sememangnya terkenal sebagai tempat makan popular di Jakarta. walaubagaimanapun, kena berhati-hati sebab bukan semua warung dan restoran di sini halal. Nak selamat masuk kedai-kedai yg standard je lah.
Salam Kira,
ReplyDeleteLps ni bolehlah cuba ke negara Vietnam pulak, khususnya HCM City. Banyak tarikan di sana...
salam
ReplyDeleteMmg tringin gak nak pegi vietnam....teringin pegi Saigon..mngkin thn dpn klu ad peluang :)