Tuesday, November 1, 2011

Bandung – Cihampelas dan Rumah Mode


Hari pertama
Hari pertama, kami menginap di Amaris Cihampelas. Harga hotel agak mahal berbanding biliknya yg kecik. Cuma kedudukannya strategik di tengah jalan Chihampelas. Pukul 7.00 pagi, kami bangun sarapan di sini. Makanan kat hotel ni walaupun ringkas dan tak banyak pilihan tetapi sangat sedap. Antara menu diorang ialah nasi goreng, mee hoon, ayam goreng, omelete dan bubur  semuanya sangat sedap….haha.

nice small restaurant with mini swimming pool

Kemudian kami pergi berjalan di sekitar Jalan Cihampelas. Kawasan ni terkenal dengan outlet-outlet yg menjual jeans tapi jeans kat sini tak semurah di toko tiga. Waktu ni kedai-kedai sume tak buka lagi tapi kami sempat mengambil peluang bergambar di kedai-kedai di sini yg dihiasi patung –patung watak superhero.




 Tak lama lepas tu seorang kenalan dari Indonesia telefon katanya dah sampai kat hotel. Memang sebelum ni dah plan nak jumpa kat Bandung…akhirnya dapat gak berjumpa di sini. Orangnya memang peramah sepeti kebanyakan masyarakat di Bandung ni, ramah, mesra dan mudah didekati. Memang tak puas berbual, banyak sangat cerita untuk dikongsi.

 
Kira-kira pukul 9.00 pagi kami bertolak ke Rumah Mode. Bandung memang terkenal dengan outlet-outlet yg menjual baju-baju branded pada yg sangat murah. Kalau kat Malaysia baju-baju yg sama mau-mau 3-4 kali ganda harga kat sini. Rumah Mode adalah outlet yg paling popular di Bandung ni dan dikalangan pelancong khususnya orang Malaysia. Selain butik, kat sini ada gak banyak restoran dan kedai aksesori.


melepak di salah sebuah kafe di rumah mode....sedap betul mochiato diorang




No comments:

Post a Comment