Monday, December 24, 2012

Trip ke Johor dan Legoland

Bulan lepas ke Johor selama 4 hari 3 malam dan kali ni dengan tujuan utama ialah melawat Legoland. Kebetulan pula dapat voucher diskaun masuk 30%. Sepanjang di Johor menginap di tune hotel yang terletak di Danga Bay. Tune hotel di JB ni walaupun sempit tapi sangat bersih, kemas dan selesa. Rasanya tune di JB antara tune hotel yg paling okay berbanding dengan tune di tempat lain. Bilik dibersihkan setiap hari.

Hari pertama sampai di skudai dah waktu malam. Aktiviti malam tu ialah pusing-pusing di sekitar JB dan Danga beach serta makan di sebuah restoran yang terletak di sekitar danga bay. Tak ingat nama restiran ni, yg pasti restoran ni dibuka 24 jam dan lokasinya ialah di seberang jalan besar kalau dari tune hotel. Macam-macam jenis makanan ada kat sini makanan melayu/thai sampailah makanan arab, korean steambot, snogurt dan sebagainya. Puas hati makan kat sini.



danga beach 
Esoknya pegi ke Larkin makan kacang pool yg popular kat Johor ni. Dah lama teringin makan kacang pool ni. Akhirnya dapat gak merasa. Kalau tak silap kedai ni terletak di medan selera dekat dengan balai bomba Larkin.



Aktiviti-aktiviti kemudiannya hanyalah melawat sekitar-sekitar Johor Bharu dari satu mall ke satu mall sampailah ke lewat malam...haha.
Hari seterusnya melawat Legoland yang terletak di Medini dekat dengan Nusajaya. Harga biasa tiket masuk ke Legoland ni ialah RM140 sehari dan RM240 untuk tiket tahunan. Tapi lepas tolak diskaun 30% (kepada yg ada voucher) jadilah RM98 sekali masuk. Masa datang ni, Legoland ni agak sesak jugak mungkin disebabkan cuti sekolah. Nak masuk sesuatu permainan kena baris paling kurang 20-40 minit...penat betul nak tunggu satu-satu. Antara yang paling best kat sini ialah roller coster, filem 4D dan taman mini. Agak puas hati sebab memang dari dulu suka main lego dan suka tengok gambar2 legoland di negara lain.



taman mini - KL
model bandar di Philipines
Di luar Legoland ni ada mall of medini. Di sini ada banyak cafe-cafe dan restoran yg agak menarik. Salah satunya ialah Restoran Amigos yg menyediakan makanan Mexico. sedap makanan-makanan kat restoran ni

chicken grill ala Mexico
Hari terakhir sebelum balik melawat Nusajaya dan Puteri Harbour. Nusajaya ni ialah pusat pentadbiran negeri Johor yg ala-ala macam Putrajaya. Di sini ada Puteri Harbour yg mana kat sini marina dan tarikan terbarunya Hello Kitty town. Taman yg dibuat khusus untuk budak kecik terutamanya perempuan.

Nusajaya
Puteri Harbour 
Hello Kitty town di Nusajaya

11 comments:

  1. Dasyat. Serang habis2an ke jb. Weekend lps smua famly mmbers aku pon ke sini. Kcuali aku dan suami tggl. Sbb nya laki aku ade koje! Dorg kte ank2 kck la paling syiok. Mak2 bdk menganga. X mcm uss. Mak bdk over. Btol ke? Nak jgk pg 1 hri nti bdua dgn laki!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang ni pun walaupun dh tua bangka tetap over mengalahkan budak2...haha. Memang patut pegi beb..puas hati. tapi elok pegi bukan musim cuti la...sesak sangat time cuti2 ni

      Delete
  2. untung lahhh dpat pergi. teringin jugak :)

    ReplyDelete
  3. wahhh !! bestnyeeee g legolandd.. hehe... hellokitty tu kim sempat pi . best la juga ! weee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada apa dlm hello kitty tu? teringin gak nak tegok tapi malas la nak masuk dalam...dh tua sangat ni...haha

      Delete
  4. aku belum sampai lagi ke sini, plan nak pi jugak, tapi orang sebelah aku ni asyik bizi jerk, hm~...selalu dengar cakang pool ni, nampak macam sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang pool tu ada yg suka ada yg kata biasa je...tapi aku mmg suka la makan kacang pool ni

      Delete
  5. Orang Johor pun belum sampai Legoland lagi...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la macam tu..orang luar selalunya lagi excited...hehe

      Delete
  6. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/ tinggalkan jejak...follow blog nice awak ni

    ReplyDelete