Masa tengok Nur Kasih baru ni kitorang makan di Black Canyon. Restoran Black Canyon ni terletak di pintu masuk utama Jusco Ipoh. Restoran ni menghidangkan pelbagai jenis makanan terutamanya makanan Western dan Thai.
Kat sini tak terlalu ramai orang macam restoran-restoran lain di Jusco kerana ramai yg ingat makanan di sini sangat mahal. Tapi harga makanan kat sini agak berpatutan berbaloi dengan makanannya yg best dan sedap dan lagi murah dari di Secret Recipe.Ada gak menu set untuk individu dan lebih yg termasuk tom yam dan desert atau juice dengan harga RM 9.00 ke atas. Tom yam kat sini sangat sedap
Drama Nur Kasih betul-betul mencipta fenomena. Mana taknya, drama ni mencipta rekod rancangan tv paling ditonton di Malaysia dan memenangi pelbagai anugerah dan tak dinafikan sangat best termasuk kepada mereka yg tak meminati drama tv. Kerana terlalu mendapat sambutan drama dibuat sambungan dalam bentuk filem.
Tapi best ke filem Nur Kasih the movie ni? Ada yang kata best, ada yg kata tak best dan tak kurang ramai gak yg sangat best. Rasanya bergantung kepada selera orang yg tengok la agaknya. Yang pastinya filem-filem Kabir Bhatia memang sentiasa berkualiti samada dari sinematografinya mahupun jalan cerita. Nak tau filem Nur Kasih ni betul-betul best ke tak kenalah tengok sendiri.
Semalam (20 Mei) kitorang dengan terujanya (walaupun ada yang kata filem ni biasa je) pergilah TGV Jusco untuk tengok citer ni. Tiket pukul 10 malam memang dah penuh tinggal midnight je yang ada lagi. Harga tiket kat Jusco ni sangatlah mahal, RM13.00 rasanya antara yang paling mahal kat Malaysia ni. Dah la tu tiket wayang kat sini selalu fullhouse, sebab tu la kot boleh letak harga mahal. Tak kisahlah asalkan dapat gak masuk panggung.
sementara tunggu midnight lepak kt ground floor, kedai sume dah tutup....buat macam rumah sendiri la plak...hehe
dh puas lepak kat ground floor, lepak kat roof top pulak
akhirnya saat yg ditunggu
set popcorn yg menarik di TGV
Bagi aku filem ni memang best dengan ending yg perfect...jalan cerita pun best. Filem ni kena tengok betul-betul kalau tidak mungkin ada yg tak paham enidng dia. Secara keseluruhannya aku bagi lima bintang. Filem best, jalan cerita meanrik, gambar cantik, skrip berkualiti. Tersentuh hati tengok filem ni. Ramai je lelaki-lelaki macho masuk wayang tengok citer ni..hehe Lepas habis citer ni ramai penonton tepuk tangan.. Dan dengar kata filemni takkan disiarkan di Astro first. Jadi kenalah cepat2 pegi tengok kat panggung.
Di Bandar Nusajaya, Johor sekarang terdapat sebuah themepark Legoland yang sedang rancak dibina. Taman tema lego ni dijangka siap sepenuhnya dan dibuka pada hujung tahun 2012...
Apabila siap, Legoland Themepark ni akan menjadi taman lego pertama di Asia dan yang kelima di dunia selepas Legoland Billund di Denmark, Legoland Windsor di England, Legoland Deutschland di Jerman dan Legoland California di Amerika Syarikat.
Gambar-gambar Legoland sekarang yang sedang dalam pembinaan
replika kompleks Perdana Putra
Masjid Putra
Tapak pembinaan di bandar Nusajaya
Gambar diambil dari http://www.straitstimes.com/BreakingNews/SEAsia/Story/STIStory_639457.html
Di Ipoh terdapat sebuah Retoran Makanan Western yg agak menarik iaitu Restoran Eastern’s Brasserie yg terletak dekat dengan traffic light simpang antara Jalan Cockman dengan Jalan Sultan Idris Shah. Restoran terletak di tingkat bawah bangunan Eastern Hotel...
Makanan di sini memang sedap dan makanannya betul-betul Western. Layanannya yg diberikan di sini sangat tiptop terasa seperti di hotel dan harga makanannya pun boleh tahan...Selain itu, ada gak set promosi iaitu untuk lunch RM11 (main course meal + soup + dessert + drink ) dan set dinner RM16 (main course + soup + drink).
Esoknya (2 Mei) tiba-tiba je diajak pergi ke Lumut.Tanpa dirancang terus pergi ke Lumut dari Ipoh kira-kira 1 jam. Detinasi pertama ialah Teluk Batik yg penuh sesak kerana cuti. Pergi begambar je sebab tak bawa baju untuk mandi....sayang gak tak dapat mandi.
Dah puas jalan-jalan di Teluk Batik, kitorang pegi ke Marina Island untuk bergambar. Pulau buatan Marina Island ni kian popular terutamanya untuk bersantai, beriadah bersama keluarga dan juga untuk bergambar terutamanya di jambatan ni yg designnya ala-ala jambatan Putrajaya.
Kemudian pergi ke Lumut naik atas bukit yg ada tulis Selamat datang Lumut dan Pulau Pangkor. Dari atas ni boleh nampak Pekan Lumut, Manjung, TLDM dan Lumut Port.
Pekan Lumut di waktu senja
Malam tu makan di Shabu Shabu stimbot & bbq. Makanan di sini dihidangkan secara buffet dengan harga RM18.90 seorang. Boleh makan apa-apa saja termasuk stimbot, bbq, desert dan banyak lagi makanan-makanan lain. Memang puas dan sangat berbaloi makan di sini.
Cuti 1 Mei baru ni pegi ke Cameron highland...tapi waktu tu jalan jam sangat teruk....betolak dari Ipoh pukul 5 kira-kira pukul 8 baru sampai ke pekan Brinchang. Jadi kali ni hanya sempat menikmati malam hari di Cameron Highland sebab malam tu jugak nak betolak balik ke Ipoh.. Cameron Highland waktu cuti ni sangatlah sesak dengan pelancong.
sampai sini dalam pukul 6...waktu ni tak jam lagi
dekat pukul 8 baru sampai Brinchang
makan dulu
jalan-jalan
Brinchang night market
macam-macam ada
Pekan Brinchang
On the way balik singgah sekejap di kedai bunga....waktu tu dah pukul 11 lebih....singgah je tak beli pun...