Monday, June 4, 2012

Trip ke Singapore (part 1)

Dari Cameron ke KL kemudian dari ke KL ke Singapore naik Air Asia..haha. Tiket ke Singapore ni dah dibeli awal-awal kira-kira 3 bulan lepas lagi. Masa tu ada promo agaknya, harga tiket termasuk tax semua baru RM70 lebih..berbaloi-baloi. Dari LCCT kurang 1 jam sampailah di Budget Terminal Changi International Airport.

mantap betul budget terminal diorang...jauh beza dengan LCCT

Dari budget terminal naik skytrain ke main terminal...free je



Main terminal (kalau tak silap la)


Orchard Road

Di Singapore, kami menumpang di rumah saudara salah seorang dari diorang yg terletak di Ubi Avenue...jadi selamatlah duit hotel kali. Sampai je kemudian terus stesen MRT yg terletak di Eunos untuk ke Orchad Road...Orchad road terkenal sebagai tempat shopping kerana banyak pusat membeli belah di sini ala-ala Bukit Bintang, tapi kawasan Orchad ni lagi besar dan cantik dipenuhi pokok-pokok yg menghiasi jalan..




nyaman lepak sini, pokok berimbun


Besar betul kawasan Orchard road ni, tak larat la nak pusing habis..tu pun banyak gak diorang shopping kat sini, dah puas shopping naik MRT ke destinasi seterusnya iaitu Marina Bay...


7 comments:

  1. LCCT KLIA yang baru nanti mungkin lebih canggih dari S'pore punya...

    ReplyDelete
  2. Harap2 macam tu la...kawasan dia pun besar

    ReplyDelete
  3. woooooow,,,, ituu ada sayaaa,,,

    ReplyDelete
  4. haha...mana blog bg alam wu ni??

    ReplyDelete
  5. hahahhaa,, blog saya tak cantik bang,, hanya banyak berceritera tentang kereta sahaja,,
    boleh sila kunjungi
    http://alam0247.wordpress.com/

    ReplyDelete
  6. atau di sini bang

    http://alam25.multiply.com/

    namun tak ada update karena tak punya banyak masa menulis,,

    ReplyDelete