Beberapa minggu lepas iaitu waktu cuti sekolah, kami sekeluarga pegi ke foodcourt di waterfront Lumut yg teletak dekat dengan Muzium kapal perang TLDM. Waktu ni hari isnin petang, tak banyak kedai yg buka. Tapi nasib baik ada satu kedai yg paling kiri sekali buka plak sebab datang sini pun memang nak makan laksa kat kedai tu.
Laksa kat sini memang sedap dengan kuahnya yg pekat. Selain laksa, ada banyak lagi menu lain yg ada kat sini seperti char kuey teow dan mi udang. makanan-makanan lain kt sini pun sedap juga.
Lagi best plak sebab kali ni dapat duduk kat meja yg teletak betul-betul kat tepi laut mengadap muzium kapal. Ditemani plak dengan angin laut yg sepoi-sepoi bahasa, sungguh nyaman dan selesa (over plak kali ni..hehe). Foodcourt Lumut Waterfront ni terletak di kawasan playground kanak-kanak (bukannya dekat pekan), jadi sangat sesuai la datang bersama keluarga.
|
muzium kapal perang KD Rahman |
|
famous playground |
|
waterfront |
Oh ada mee udang juga. Adakah se power macam yang di Kuala Sepetang...
ReplyDeleteyg kat sini tak penah la cuba...tapi ada satu yg kat pekan tu dekat dengan jetty, mi udang situ sedap jugak
ReplyDeletemesti best makan kat sini =) -fida
ReplyDelete