Pages

Wednesday, November 21, 2012

Trip ke Riau dan Sumatera Barat - part 1

Tiba di Pekanbaru, Riau - Kota Bertuah

Minggu lepas sempena cuti panjang ni sekali lagi pegi ke Pekanbaru buat kali kedua. Tapi kali ni sebab planning nak ke Bukittinggi, Padang dan tempat-tempat lain di Sumatera Barat pula. Kebetulan pula bulan lepas airasia buat promosi KL-Pekanbaru dengan tiket pegi balik dalam RM160 je. Masuk je flight tengok agak ramai juga orang Malaysia sama macam masa datang ke Pekanbaru dulu. Nampak macam kebanyakan mungkin yg ada sedara kat sini dan sesetengahnya menuntut di universiti2 di Riau dan yg lain mungkin atas urusan bisnes. Pekanbaru dan Riau ni bukanlah pusat pelancongan seperti mana Padang dan Bukittinggi di Sumatera Barat.

Flight tiba di Pekanbaru kira-kira selepas 40 minit berlepas dari KL. Kali ni mendarat di terminal baru airport Pekanbaru iaitu bandara internasional Sultan Syarif Kassim 2. Airport yg serba baru dan moden ni baru je dibuka tahun lepas. Design terminal ni sangat cantik, classy dan berbentuk seakan-akan buku terbuka dengan sentuhan design yg ala-ala Melayu tetapi moden. Masuk je terminal ni terdengar pula
dendangan muzik lagu-lagu traditional Melayu yg antaranya ialah lagu Cindai dari Siti Nurhaliza dan lagu Lancang Kuning. Agaknya sebagai menandakan yg kita ni berada di Tanah Melayu provinsi Riau, Indonesia yg terkanal dengan jolokan Riau - bumi Lancang Kuning.

Pekanbaru dari udara



disambut rakan di sana
pintu gerbang dengan tulisan jawi 



tugu zapin

Seperti kota-kota lain di Indonesia, kota Pekanbaru ini juga dihiasi dengan tugu-tugu dan monumen-monumun seperti tugu keris, tugu selamat datang, tugu ikan selais tiga sepadan dan lain-lain serta yg terbaru ialah tugu zapin seperti gambar di atas.

(in editing).....

9 comments:

  1. nak tahu apa lg menarik kat sana...nanti post arr

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok tapi cerita2 lebih lanjunt tentang pekanbaru akan menyusul selepas pulang dari sumatera barat untuk entri2 yg terakhir.

      Pekanbaru ni bukan kota pelancongan. Kalau kat Malaysia ni, Pekanbaru ni statusnya lebih kurang macam ipoh, Kuantan dan Kota Bharu. Tapi kotanya memang cantik

      Delete
  2. Wah Pekanbaru semakin cantik dan bersih. Masa saya sampai dulu airport tu sedang dalam pembinaan, memang serabut tapi bila siap nampak cantik banget...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..memang makin cantik dan bersih, berbeza dari masa pegi tahun lepas. cuaca kat sana skrg ni pun dingin..dah tak panas.

      Delete
  3. aku tak pernah jejak kaki lagi kat sini, teringin jugak nak datang, tunggu buget lebih la kot, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos ke sini tak besar pun...air asia pegi balik dalam seratus lebih...hotel kat sini banyak dan murah. Harga dlm RM60 dah blh dpt hotel yg selesa

      Delete
  4. Saya pun tak pernah sampai lg kat sini. Apa yg bestnya kat pekan baru. Sekarang ni saya kat Jogja spi 25 nov. Tak tau la apa yg menarik selain borobodor

    ReplyDelete
  5. kalau Jogja pun takde apa maknanya Pekanbaru lagi lah takde apa...banyak pusat bisnes dan komersil je agaknya...yg banyak pusat karaoke yg grand2 dan mall...haha

    ReplyDelete
  6. Assalamu Alaikum wr-wb, perkenalkan nama saya ibu Sri Rahayu asal Surakarta, saya ingin mempublikasikan KISAH KESUKSESAN saya menjadi seorang PNS. saya ingin berbagi kesuksesan keseluruh pegawai honorer di instansi pemerintahan manapun, saya mengabdikan diri sebagai guru disebuah desa terpencil di daerah surakarta, dan disini daerah tempat mengajar hanya dialiri listrik tenaga surya, saya melakukan ini demi kepentingan anak murid saya yang ingin menggapai cita-cita, Sudah 9 tahun saya jadi tenaga honor belum diangkat jadi PNS Bahkan saya sudah 4 kali mengikuti ujian, dan membayar 70 jt namun hailnya nol uang pun tidak kembali bahkan saya sempat putus asah, pada suatu hari sekolah tempat saya mengajar mendapat tamu istimewa dari salah seorang pejabat tinggi dari kantor BKN pusat Jl. Letjen Sutoyo No. 12 Jakarta Timur karena saya sendiri mendapat penghargaan pengawai honorer teladan, disinilah awal perkenalan saya dengan beliau, dan secara kebetulan beliau menitipkan nomor hp pribadinya 0853-1144-2258 atas nama Drs Muh Tauhid SH.MSI beliaulah yang selama ini membantu perjalanan karir saya menjadi PEGAWAI NEGERI SIPIL, alhamdulillah berkat bantuan bapak Drs Muh Tauhid SH.MSI SK saya dan 2 teman saya tahun ini sudah keluar, bagi anda yang ingin seperti saya silahkan hubungi bapak Drs Muh Tauhid SH.MSI, siapa tau beliau bisa membantu anda

    ReplyDelete