Pages

Thursday, March 29, 2012

AEON Ipoh station 18, Pengkalan - Jusco kedua di Ipoh

Harini (29 March) AEON atau Jusco baru dibuka di Station 18, Pengkalan, Ipoh. Jusco ni merupakan yg kedua di Perak dan dikatakan antara yg terbesar di Malaysia.

Memang besar pun AEON station 18 ni. Jauh lagi besar dari Jusco Kinta City di Ipoh garden tu. Antara f&b dan tenant2 yg ada kt sini ialah seperti Nandos, Sakae Sushi, coffee bean leaf, La Boheme, Daiso, caring pharmacy, pancake house, Espirit, padini concept, guess, La Kaffa, swatch dan sebagainya. Sekarang ni antara yg belum dibuka tetapi confirm akan masuk ialah TGV, sturbucks, Wendys dan Papa john pizza. Wendys dan sakae sushi ialah yg pertama di luar lembah kelang.





 akan dibuka- 8 screens TGV


Monday, March 26, 2012

tune hotel ipoh - Mulai 30 March ni dari RM39.00 semalam

Tak lama lagi tune hotel akan dibuka di ipoh mulai 30 march ni dengan harga dari RM39.00 ke atas. hotel ni merupakan satu entiti dengan air asia walaupun berbeza pengurusan. Konsepnya sama iaitu bayar untuk apa yg perlu je iaitu harganya hanyalah untuk bed (katil) sahaja dan boleh add on keperluan seperti shower, tv, intenet dan sebagainya dengan harga tambahan.

Berdasarkan pengalaman menginap di hotel-hotel tune yg baru dibina seperti di Kota Bharu dan Hatyai, tune ni memang cukup selesa walaupun kecil. design pun unik dan cantik.
Pengalaman dulu menginap di tune kota bharu:
http://kirapu.blogspot.com/2011/02/tunes-hotel-kota-bharu.html
Tapi dengar-dengar tune hotel yg dah lama seperti di KL dan Kuching kurang memuaskan. Tampahan pula tune yg lama tak ada tv untuk add on dan ada plak bilik yg tak ada tingkap. Kalau bosan tak boleh tidur, tengok dinding la jawabnya...haha.

kalau ceb di laman web diorang, sekarang ni memang boleh dapat harga RM39.00 tapi untuk weekdays la. Kalau weekend dalam RM50.

Kalau tengok design luar hotel ni cantik jugak. Nampak lain dan lagi cantik dari tune hotel kat tempat lain.

pandangan depan
dari tepi...cantik kan
pandangan belakang dengan shopoffice 3 tingkat
Alamat:
Tune Hotel - Ipoh
No. 2, The Host, 
Jalan Veerasamy, 
30000 Ipoh, 
Perak Darul Ridzuan,

Monday, March 19, 2012

Restoran Simpang Tiga, Ipoh - Masakan khas Minangkabau dan Indonesia

Salah sebuah restoran yg semakin popular di Ipoh kini ialah restoran Simpang Tiga, Ipoh. Istimewanya ialah restoran ini menyediakan makanan asli Minangkabau dan Indonesia dan cawangannya di Ipoh merupakan satu-satunya di Malaysia (cawangan lain kesemuanya di Indonesia). Selain makanan Indonesia, ada juga seksyen untuk makanan Western, Mi kicap (yg popular di Ipoh) dan lain-lain. Restorannya sangat besar, selesa dan ada suasana ala-ala kopitiam. Sangat best untuk lepak dan makan. Harga makanan kat sini agak berpatutan dan jauh lagi murah dari makan kat ayam penyet atau warong peyet.

Nasi goreng sarolangun (nasi goreng + udang & sotong goreng tepung + keropok + sayur) - RM7.90
Salah satu makanan western - Mushroom sup + roti (RM4.00) dan roti garlic
nasi padang
seronok lepak dan makan di sini

Restoran ni terletak di Greentown Square dekat area belakang Greentown mall. Senang je nak jumpa restoran ni sebab dari jauh boleh nampak design Minangkabau pada kedai ni.





Friday, March 9, 2012

Ipoh skyline (view dari Hospital Ipoh)

Foto-foto pemandangan skyline bandaraya Ipoh diambil dari Hospital Raja Permaisuri Bainun...

Right click and open in the new tab untuk view image yg lebih besar.














Monday, March 5, 2012

Ipoh di waktu malam

Dulu masa awal-awal duk ipoh ni (dalam 2 tahun lepas) terasa sangat yg ipoh ni sunyi sepi di waktu malam terutamamnya di pusat bandar..atas pukul 9 jalan trus lengang, kedai2 tutup temasuk pada hujung mingu. tapi sejak akhir-akhir ni terasa ipoh dah semakin meriah bebanding dulu. banyak hotel-hotel yg baru dibuka dan kedai-kedai yg direnovate. sekarang ni kalau lalu pusat bandar, jalan raya dah makin sibuk dan meriah terutamanya pada hujung minggu. pelancong termasuk foreigner pun makin ramai datang melawat ipoh.

pusat bandar
jalan utama area depan gerbang malam


Gunung rapat - kat sini ada mcd, kfc dan old town (24jam), burger king, tutti fruity, dominos, pizza hut, secret recipe, ayamas, station 1 cafe, nanyang kopitiam, dan lain-lain lagi


Dataran Ipoh @ Greentown

Antara kawasan yg menjadi tumpuan utama pada waktu malam di ipoh ni ialah dataran ipoh yg terletak dekat dengan bangunan MBI di greentown. sekarang ni hampir setiap hujung minggu kat sini ada event-event atau roadshow sempena tahun melawat Perak 2012. Kalau takde apa-apa pun memang ramai yg lepak makan-makan kat sini. Kawasan gerai-gerai makan dah diupgrade jadi greentown walk @ MBI terrace.

greentown (depan ipoh parade)


dataran ipoh @ greentown
Selain dataran, antara tempat lain yg menjadi tumpuan di waktu malam ialah padang ipoh (di old town/pekan lama), gerbang malam, gunung rapat, area depan station keretapi (yg ditutup untuk renovation) dan juga yg paling meriah di area ipoh garden (di sekitar tesco), tapi kat sini yg banyak pub la..

Thursday, March 1, 2012

Restoran Hj Sharin Low Grand, Ipoh - restoran masakan authentic cina muslim

pada malamnya, kami makan di restoran hj.syahrin low grand yg terletak di jalan greenhill, ipoh tak jauh dengan tower regency hotel. Restoran ni menyediakan makanan authentic cina muslim seperti itik panggang, ketam cili, sup herba dan sebagainya. Restoran ni sebenarnya asalnya dari KL (di jalan Ampang) dan yg di Ipoh ni ialah cawangannya, tapi ramai gak yg kata yg kat ipoh lagi sedap. rasanyan memang betul pun, kat sini memang sedap dan harganya pun tak la mahal dan berpatutuan dengan makanan yg kitorang order haritu.

Antara yg kitorang order ialah itik roasted, ikan kerapu sweet sour, fried butter prawn, sup cina (tak ingat nama apa), udang, sotong, tom yam seafood dan lain-lain...harganya dalam RM250 boleh makan lebih 10 orang. Kira agak murah lah untuk restoran yg macam ni, bukannya restoran biasa. Cuma dinasihatkan kalau datang sini elok datang ramai sebab setiap hidangan memang dibuat untuk beberapa orang dan lagi satu eloklah booking dan order siap-siap sebab ramai sangat yg datang dalam satu masa. Yg pasti memang puas hati makan kat sini.





ikan kerapu besar 
itik roasted
sup cina - tak ingat nama sup ni yg pasti sedap