Dari Kedah ke Penang kemudian datang ke Straits Quay. Rasanya masih ramai yg tak tau tempat ni. Straits Quay ni terletak di Seri Tanjung Pinang area antara Gurney dan Batu Feringgi, Pulau Pinang dan mula dibuka awal tahun lepas kalau tak silap. Ada kawan orang Penang pun tak tau...hehe.
Yg bestnya datang sini kerana tempat ni terasa seperti berada di marina kat luar negara...(macam la penah pegi, perasan je lebih...haha). Selain marina, kat sini ada shopping centre yg agak menarik dengan kedai2 yg super brand (aka tak mampu), stage atas air, convention centre dan art gallery.
Dah alang-alang, kitorang datang amik kesempatan la makan kt sini. Restoran kat sini pun semestinya kelas-kelas. Tapi ada gak la yg boleh tahan macam subway dan secret recipe. Restoran lain kat sini ialah seperti dome, blue rich, Charlie Brown cafe (1st in Malaysia) starbuck, pappa rich, Aseana cafe, Heally Mac's dan sebagainya. Best betul makan tepi marina tambah plak dengan makanan western yg ala-ala dalam masterchef...haha.
Waktu malam di Straits Quay memang best dan lagi meriah... nasib baik masa datang memang dah dekat nak malam...dapat la merasa lagi suasana malam kat sini.
Next entry: Bukit Bendera
Tempat ni boleh masuk senarai utk trip akan datang... Lama dah tak ke Penang...
ReplyDeletememang patut masuk....cantik tempat ni
ReplyDelete