Pages

Saturday, December 3, 2011

Trip ke Pekanbaru, Riau - Kota Bertuah - part 1

Ahad baru ni (27/11) melawat Pekanbaru yg terletak di wilayah Riau, Sumatera tengah.  Provinsi Riau ialah wilayah yg paling kental jati Melayu di Indonesia malah tidak keterlaluan kika dikatakan wilayah Riau lebih kental Melayu dari Malaysia. Majoriti penduduknya keturunan Melayu Riau, Cina, Minang dan sebagainya. Riau terkenal dengan jolokan Bumi Melayu Negeri Lancang Kuning.

Dari KL naik flight AirAsia, betolak pukul 4.10 ptg sampai di airport Pekanbaru lebih kurang 40 minit. Flight dipenuhi rakyat Malaysia dan Indonesia selain beberapa pelancong barat. Kebanyakan orang Malaysia datang samada belajar, bisnes atau mempunyai talian keluarga di Riau. Dari dalam flight, boleh nampak wilayah Riau yg terbentang luas, dipenuhi ladang sawit dan kawasan perumahan yg agak tersusuk dan kurang padat lebih kurang sama je dengan Malaysia. Flight airasia terbang setiap hari ke Pekanbaru dari KL. Tambang lebih kurang RM260 pegi balik harga promosi termasuk tax dan surcharge.

Sampai di Pekanbaru, kelihatan banyak bangunan2 dan pejabat2 dengan senibina Melayu yg indah . Bangunan-bangunan di Pekanbaru besar-besar tidak seperti di Bandung. jalannya juga lebar-lebar dan tidak terlalu sesak walaupaun ada sebuah flyover sedang dalam pembinaan di tengah kota. Tak jauh dari airport ada sebuah konsulat Malaysia dan kalau tak silap hanya ada tiga je di seluruh Indonesia. Dari airport pegi ke hotel naik taxi proton saga FL...saja je. Banyak gak taxi proton di sini, yg lain Toyota, Hyundai, Nissan  dan sebagainya.


taxi proton saga FL
Malam itu berjumpa dengan teman-teman yg dikenali di SSCI. Semuanya ramah-ramah dan menurut mereka, orang Riau memang sentiasa mengalukan dan menyambut kedatang orang Malaysia ke sana. Malam itu, diorang bawa pusing menaiki motor di jalan-jalan utama di kota Pekanbaru.

view dari bilik hotel...boleh nampak jelas Masjid Agung An-Nur  (masjid milik pemenntah Riau)



Aktivit malam pertama ialah karaoke dan pusing-pusing di sekitar Pekanbaru. Banyak pula lagu-lagu Malaysia kat sini. Ada lagu Slam, Siti, Spoon dan sebagainya. Lepas tu puas meronda di Pekanbaru yg sangat besar dengan luasnya lebih kurang Ipoh.





14 comments:

  1. Wah Kira,akhirnya sampai gak ke Pekanbaru... Pasni bolehlah melangkah lebih jauh... :)

    ReplyDelete
  2. Insya'Allah kalau ada rezeki...timaseh selalu melawat sini =)

    ReplyDelete
  3. lpas ni gi mana lak agaknye..hehehe

    ReplyDelete
  4. tak tau la...sapa ni sbenarnya...mesti kenal kan??

    ReplyDelete
  5. Looks like you all had great fun :)

    ReplyDelete
  6. Yeah...for sure. Even this city is not a tourist & shopping city, but still worth to visit.
    hey trishtan, I used to read some post in ur blog, now still as nice as before

    ReplyDelete
  7. salam
    nak tanya boleh syorkan hotel yang bajet dengan lokasi yang mudah makan n berjalan
    kerana jasual pendek 2 malam sahaja
    dan adakah jauh pekannnya dari lapangan terbang
    tksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jauh bandar dengan airport...untuk menginap paling senang di sekitar pekanbaru mall..situ ad byk hotel dr yg budget sampai 5 bintang

      Delete
  8. seronok gak dpt jln2 mcm korang.... tp cmana bleh spend kos ntuk jln2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tinggi pun kos pegi pekanbaru....cuma pekanbaru ni bukan bandar tumpuan pelancong walaupun ramai juga org malaysia kat sini

      Delete
  9. salam aku pelawat di sini, aku nok komen aku tak suka dgn statement jiwa melayu riau lebih kental daripada jiwa melayu malaysia. mana kau tahu. melayu malaysia tu banyak jenis. adakah kau dah pergi semua mendalami jiwa2 orang melayu di setiap negeri di malaysia masa kau buat kenyataan ini. setau aku jiwa melayu di malaysia masih kental, contohnya di negeri sebelah pantai timur mcm kelantan, terengganu dan pahang.. negeri lain aku kurang tahu.. aku rasa tak kalahnya dgn bumi riau malah mungkin lebih kuat jiwa melayunya. sebab adat warisan budaya di sini masih dijunjung dan tarian ulik mayang dan tarian makyong juga dilestarikan masyarakat riau. itu dah menunjukkan kekayaan budaya negeri2 pantai timur dihargai oleh melayu indonesia. ingat klu nak compare, compare dgn kelantan. sebab melayu kelantan adalah penduduk terawal semenanjung dan peradaban budaya melayu di sini yg paling awal berkembang bukan melaka. jgn cepat buat kenyataan tanpa melihat realiti masyarakat melayu lain di malaysia.

    ReplyDelete
  10. tak taulah bagi orang lain. tapi bagi aku statement kau tu keterlaluan. kau dah bagi maklumat yg salah tentang melayu malaysia secara keseluruhan kepada orang luar, iaitu indonesia. jadi jgn cepat sgt klaim dan yakin bagi kenyataan itu ini, tanpa mengenal keseluruhan dan memastikan kesasihan yg kau cakap. sebagai orang melayu yg kental jiwa melayunya dan lahir dari negeri yg kaya budaya warisan dan masih terjaga dengan rapi sehingga sekarang, aku betul2 tersinggung dengan kenyataan kau. ingat kita bangsa melayu, jiwa melayu tak patut pudar dan terhakis dari jiwa kita. belajarlah dari orang lain bagaimana menjaganya.

    ReplyDelete
  11. Melayu mudah lupa. Bila senang sikit jer, dah mula lupa. Apatah lagi di peringkat persaingan antarabangsa, asyik kalah jer......

    ReplyDelete
  12. Salam...jagn marah2 atau emosi sangat....kita kan serumpun...mungkin stetmen didlm ini terlalu ringkas...dan maksudnya tidak bagitu jelas...pergi sendiri baru tahu tentang sebenarnya melayu itu apa.....jauh berjalan luas pemandangan....fikir2 kan...

    ReplyDelete